Showing posts with label Me Myself. Show all posts
Showing posts with label Me Myself. Show all posts

Monday, 11 May 2015

Motor Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.

11.4.2015 – 11.5.2015 = sebulan : Alhamdulillah! :$

Kembali kepada tajuk, kenapa ‘Motor Kasih’ ek? Emmm... Macam ni ceritanya...

Dua minggu lepas Abang (my hubby) balik bercuti kat kampung [hah! buat yang tak tahu, aku sebenarnya tinggal berjauhan dengan suamiku buat sementara]. Jadi bila Abang balik, sangat seronoklah kan dapat jumpa suami. Wink3! ;) Abang balik naik motor kali ni. Abang sampai dah nak pukul 11 pagi jugak lebih kurang. Petang tu pulak kitorang pergi dating dan kemudian balik singgah rumah mertuaku jap.

Yang nak dikisahkan tu sebenarnya, kitorang dating naik motor! Hoorayy!!! :e Hahaha. Ok, ape yang beria sangat aku ni? Aku beria sangat ni sebab aku tak pernah keluar ke bandar naik motor. Paling-paling jauh naik motor dengan Bapak sampai SKKJ dan SAKJ jelah. Sebabnya, alhamdulillah, rezeki Bapak dah ada kereta dah waktu tu. Jadinya ke mana-mana naik kereta jelah.

Mulanya tak jadi jugak nak naik motor sebab hujan masa kitorang tengah bersiap nak keluar tu. Tapi masa dah siap, hujan pun dah berhenti.

Kata suamiku, “Sayang betul ke nak naik motor ni? Kita naik kereta jelah.”

“Kita naik motorlah, Abang. Tengok langit dah cerah tu. InsyaAllah pergi ni tak hujan. Kalau hujan pun, kita berhentilah kat mana-mana nanti. Takpe je kalau balik nanti hujan. Sama-sama lencunlah.”

Suamiku yang baik hati pun turutkanlah keinginan si isteri ni. Hihihihi. :O

Alhamdulillah, perjalanan pergi dating kitorang tak hujan. Tapi! Waktu kitorang dating tu hujan. Dok berdating kat tempat berbumbung tinggi dan berdinding tebal, memang tak perasanlah cuaca kat luar macam mana, kan? Rupa-rupanya hujan kat luar. Motor yang parked kat luar tu pun sah-sahlah basah! >.<

Dikala bilal kat masjid dan surau sedang bersiap sedia untuk melaungkan azan Maghrib, kitorang berdua suami isteri gigih mengelap tempat duduk motor. :P Kering tak keringlah tempat duduk tu kan. Kitorang terus gerak ke Teluk Kelubi lepas tu [ape daaa Maghrib kat jalanan - huh! jangan contohi sikap ini :tdown].
Sejuk wooo naik motor lepas hujan. Abang pulak terlupa nak pakai jaket. Aku pun terlupa nak ingatkan sebelum pergi sebab dah excited sangat. Glove jelah yang ada untuk Abang pakai.

Sampai rumah, salam dengan Mak, Mak tegur, “sejuk tangan”. Hehehehe.

Nak balik Kampung Jawa malam tu, memang minta Abang pakai jaket yang ada Abang tinggalkan kat rumah. Dah pukul 10 malam, mestilah udara lebih sejuk kan. Lagi-lagi lepas hujan.

“Takpe ke sayang tak pakai jaket?”

“Takpe, Abang. Sayang duduk kat belakang. Abang yang kat depan kena pakai jaket. Dah la masih batuk. Sejuk nanti, makin lambatlah nak baik.”

Baru keluar rumah pun dah terasa sejuk. Belum lagi gerak naik motor. :ice 
Mak bekalkan kitorang kek batik dan pisang nangka untuk digoreng buat sarapan esok pagi. :)

Perasaan aku??? I’m really happy!!! ^_^ Walaupun kecut perut jugaklah bila Abang menyelit antara dua buah lori masa berhenti kat traffic light dalam perjalanan nak balik tu. Tapi, ia tetap jadi kenangan manis buat aku. Pengalaman hari ini dalam sejarah buat seorang Siti Aishah. Cuba merasai perjalanan pergi-balik suamiku, KL-Segamat, Segamat-KL. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pemelihara.

Dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari rahmat kasih sayang-Nya, kasih antara kitorang berdua suami isteri bersemi dan menyubur. :h

I love my hubby, Mohamad Zakwan bin Md Mohid.! :L <3



Saturday, 25 April 2015

Aishah & Zakwan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt. Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu di bawah naungan rahmat kasih sayang Allah SWT. Sudah agak lama saya tak menulis di sini kan? Dan entry ini merupakan entry pertama saya untuk tahun 2015.

Perkongsian kali ini ingin saya khabarkan bahawa hari ini genap dua minggu saya bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, pada tarikh 11 April 2015 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1436H, dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Mohamad Zakwan bin Md Mohid pada jam menghampiri 11 pagi.


Tiada kata lain yang mampu diungkap selain kesyukuran yang tidak terhingga kerana majlis berjalan lancar. Setinggi-tinggi terima kasih buat kedua-dua belah keluarga, saudara mara, jiran tetangga serta sahabat handai yang banyak membantu dan yang hadir memeriahkan majlis. Jazakallah khairan kathira.

Mohon doa juga dari semua buat kami berdua agar kami kuat, tabah dan sabar dalam membangun dan menyuburkan baitul muslim yang baru terbina ini.


Salam kasih sayang dari saya dan suami,
Aishah & Zakwan


Assalamu'alaikum wbt.

Thursday, 1 May 2014

Selamat Hari Pekerja

Assalamu'alaikum.
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu.! ^_^

Hari nie 1 Mei bersamaan dengan hari pekerja. Jadi aku nak amek kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua yang bergelar pekerja; baik yang bekerja makan gaji mahupun yang bekerja sendiri, baik yang bercuti mahupun yang bekerja hari nie. Bagi yang bekerja hari nie, selamat menjalankan tugas! ;)

Soalan:
Aku nie termasuk dalam golongan pekerja yang patut diraikan tak? :et

Jawapan:
Tak! 8) Sebab aku masih lagi bergelar penganggur tegar.!
Hahahaha :P

Soalan: 
Kenapa aku tak kerja lagi? :brow

Jawapan:
Biarlah rahsia. Hahahaha :P
(Ekk??? Macam tu punya jawapan pun ada ke..?? >.<)

Hehehe. Ok-lah, meh sini aku explain sikit jawapan aku tu. Setiap seorang daripada kita dah dijanjikan rezeki masing-masing oleh Allah, kan? Dan bila sebut pasal rezeki nie membawa pengertian yang luas. Nikmat yang Allah kurniakan tu rezeki, ujian yang Allah berikan tu pun rezeki.

Untuk persoalan tu, ini jawapan aku; "rezeki aku sekarang nie adalah untuk jaga Bapak, untuk teman Bapak."

Eh2!? Kenapa jadi sesi soal-jawab pulak nie? Hahahaha. Apa-apa jelah! :P

Akhir kata, SELAMAT HARI PEKERJA..!! :party

Wednesday, 1 January 2014

Azam Tahun Baru 2014



Selamat tahun baru 2014 buat semua! :party

Entry kali nie tersangatlah pendek sebab aku just nak share salah satu azam aku untuk tahun 2014 nie iaitu aku berazam untuk mengeratkan sillaturrahim! :h

Sekian. :P

Tuesday, 31 December 2013

Hadiah Akhir Tahun

Assalamu'alaikum.

Just nak share satu picture konvo aku masa atas pentas terima sijil. Alhamdulillah, lepas genap 4 minggu dari tarikh konvokesyen aku, tadi dalam pukul 4.10 petang aku dah terima gambar konvokesyen aku. :e


Hadiah akhir tahun atau hadiah tahun baru sebenarnya? :brow ;)

Okay-lah. That's all. See you on next entry!. :h

Friday, 27 December 2013

24 Safar = 24 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ni 24 Safar 1435H genaplah usiaku 24 tahun. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas nikmat usia, kesihatan dan juga rezeki yang telah dilimpahkan buat diri ini. Alhamdulillah!


Saturday, 14 September 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari ini, 23 tahun lalu - Aku dilahirkan ke dunia pada hari Jumaat keliwon jam 0040 bersamaan dengan 24 Safar 1411H.

Hari ini, 10 tahun lalu - Aku sudah punya handphone sendiri dengan menggunakan perkhidmatan Maxis. Kad sim tersebut masih kekal hingga ke hari ini dan ia dibeli bukan dengan harga RM5 atau RM10 seperti sekarang.

Hari ini, 9 tahun lalu - Aku mula mengenakan arm socks sebagai salah satu proses menutup aurat dengan lengkap.

Hari ini, 1 tahun lalu - Aku masih berpraktikal. Habis waktu pejabat, aku bergegas meninggalkan pejabat untuk bertemu Kak Watie di KLCC dan seterusnya bersama-sama menunggu bas di situ untuk pergi melawat Bapak di IJN.

Hari ini - Genap usiaku 23 tahun mengikut kalendar Masihi. Aku bersyukur atas nikmat usia yang Allah kurniakan kepadaku. Semoga usiaku yang telah lalu dan yang bakal bertambah ini diberkati dan diredhaiNya.

Friday, 30 August 2013

3 Bulan Lagi

30 Ogos 2013 - 30 November 2013 : 3 bulan lagi

Ape bnda yg 3 bln lg tu? Knp dgn tarikh tu? Jeng! Jeng! Jeng!
Meh cnie aku bgtau ada apa dgn tarikh tu. Sila bce announcement kat bwh nie.

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

UUM ONLINE: SUKACITA dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-26 Universiti Utara Malaysia seperti berikut:

Tarikh : 30 November – 3 Disember 2013 (Sabtu – Selasa)
Tempat : Dewan Mu'adzam Shah, UUM


Hah, korang dah faham dah kan ape yg aku cube sampaikan..?? Bagus...! :tup

Huhuhu.. Punye lama nak tunggu konvo. Lbh dr setahun dari tarikh aku hntr report praktikal aku tau. :@ Aku hntr report 11 November 2012. Dan aku tak rse la aku dpt konvo pd hari pertama 30 November 2013 tu. Mgkn 2nd day, mgkn 3rd day, or mgkn jgk last day. :( (tapi klu dpt 1st day tu pun bgus jgk. alhamdulillah! ^_^)

Aritu, lps je kluar tarikh yg official nie, aku mmg jd down abes. D0k sms dgn member, dia ckp nak 'blk kg' naik flight bagai. Tp aku yg tgh down wktu tu, x rse excited lgsg. Smpi dia pun perasan and ckp, dia x prnh tgk aku sedown tu. Putus cinta pun x mcm nie! >.< (pernah putus cinta ke, aishah?? hehehe)

Bak kata member aku tu, "nie klu kawen, dah blh dpt anak sorang tau, sha. hahaha" :P Btl jgk kn? Murah rezeki, dah dpt ank sorang. Itu klu rezeki dpt sorang, klu rezeki dpt kembar?? Hah, x payah la den nk smbg ayt pnjg2.

Penantian tu satu penyeksaan tau! Huhuhu :~

Buat mse skrg, terus terang ckp, rse excited aku utk konvo mmg dah gone. Harap2nye akan dtg blk la rse tu. Yelah, nie la 1st time aku nk konvo kan. Dpt raikan ramai2 dgn keluarga and kawan2. Andai kata ade rezeki smbg bljr, konvo, mse tu mgkn dah x semeriah mcm konvo prgkt bachelor degree nie. :||

Pape pun, korang doa2kn la utk aku ea. Aku pun nak merasa pakai jubah konvo jgk!

(atau mgkn Allah nk bg aku pluang gunakn mse yg ada nie utk kawen dlu kot! :brow hahahaha.. xP)

Ok lah, see you all next time. Thanks sbb sudi bce aku mmbebel kali nie. :i

Tuesday, 9 July 2013

9 Julai - Hari Pertama Berpraktikal

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum wbt :)

Seperti yang telah aku janjikan dalam entry sebelum nie, entry kali nie aku nak kongsikan sikit pengalaman aku berpraktikal kat Persatuan Remisier tahun lepas.

9 Julai 2012 - Hari pertama aku berpraktikal. Beberapa hari sebelumnya, penyelia tempat kerja dah ada call beritahu yang aku boleh datang lapor diri pukul 11 pagi. Dia saja bagi masa lewat sikit sebab faham je kot2 ada yang sesat tak jumpa jalan ke kan. Hihihi ^_^

Aku pulak, punyalah dedikasinya, pukul 9 lebih dah sampai office 8) Hah, apsal aku sampai awal sangat tu? Aku follow nasihat akak aku yang suruh pi awal. Sebab hasil pengalaman kami berdua yang dah pi survey beberapa hari sebelumnya, sangatlah lama tunggu bas kat KLCC tu untuk pi Jalan Tun Razak. Berdiri, duduk, berdiri lagi, duduk lagi, dan berdiri lagi. Penat tunggu! xP Walaupun aku sampai awal, aku tak terus pi lapor diri pun. Aku duduk tenangkan diri dulu kat kafe. Nervous! :ice Lagipun, dah kata lapor diri pukul 11 kan, pukul 11 lah baru aku pi lapor diri 8| Hehehe :D

Pukul 11 pagi aku masuk lapor diri. Masa tu tinggal seorang je lagi yang belum sampai untuk lapor diri. Actually, student UUM yang bakal berpraktikal kat situ ada 4 orang termasuk aku. Tapi dalam 4 orang tu, aku seorang je perempuan. Tak best betul! :|| Then, disebabkan aku praktikal kat Persatuan, office pun just satu bilik kecik yang boleh muat 4 meja kerja, so lepas taklimat ringkas, kitorang pun diagih2kan ikut ahli yang ada. Lepas tu kitorang semua gerak pi kafe untuk lunch ramai2.

Lepas lunch kitorang berempat 'melepak' tengok market sementara tunggu penyelia masing2 bawak balik office masing2. Lepas 'melepak' tu, barulah aku dihantar ke office penyelia aku (dihantar - sebab penyelia aku tak join taklimat pagi tu), dekat sangat dengan KLCC, seberang jalan je ;) Kerja pertama aku kena buat hari tu sebelum dapat balik adalah cop borang2 dan dokumen2 perjanjian yang perlukan sign penyelia aku. Then, baru boleh balik :P

market

Aku bersyukur sangat sebab aku dapat tempat kerja yang dekat. Means dekat dengan KLCC. Sebab perjalanan aku jadi mudah - naik bas dari rumah abang, then naik LRT and berhenti kat stesen KLCC, pastu jalan kaki pi office ^_^
*Jadi, jgn pelik kalau aku cakap aku rindu KLCC. Mana taknye, hari2 lalu kat situ pergi-balik kerja selama 4 bulan. Kdg2 tu waktu lunch pi la beli makanan kat situ :L

Antara pengalaman yang paling tak boleh aku lupakan adalah masa penyelia aku pi holiday kat Korea selama seminggu! >.< Aku diberi kepercayaan untuk uruskan IPO baru yang bakal masuk dalam senarai Bursa Saham Malaysia. Walaupun bukanlah dari A-Z aku kena buat sendiri, tapi lebih kurang G-Z jugaklah yang aku kena buat. :~ Kena jawab soalan2 daripada klien pasal unit2 saham diorang and pasal bayaran pembelian saham tu semua, kena make sure semua dokumen yang diperlukan untuk perjanjian lengkap, dan segala yang berkaitanlah. Hari pertama tu memang beberapa kali jugaklah aku call akak kat HQ tanya apa yang patut. Hari kedua tu dah ok sikit dah. Sampai akak kat HQ pulak yang call aku, tanya ada masalah ke tak. Hihihi ;) Alhamdulillah, aku berjaya lalui tempoh mencabar tu. Dan walupun tengah bercuti, penyelia aku tetap guide aku untuk buat semua tu :) Terima kasih sangat2 kat akak berdua! :k
*Untuk makluman, aku kerja berdua je dengan akak supervisor aku tu. Dia remisier. Bila aku masuk praktikal kat situ, aku jadi pembantu dia la, pembantu remisier (perasan!). Sbb tu bila dia takde, aku yg kena buat sorang2.

Yang menariknya masa aku praktikal nie, buat pertama kalinya ada orang panggil aku dengan panggilan Siti. Hehehe :D Ada seorang brother (Indian) kat Capital Department nie panggil aku Siti. Mungkin sebab awal2 dulu aku kenalkan diri as Siti Aishah kan, so dia captured yang Siti jelah kot ;) Tiap kali dia call suruh ambil cheque, memang akan keluarlah nama Siti tu :) Pape pun, aku nak berterima kasih jugaklah kat brother tu and akak2 (2 Malay & 1 Chinese) kat Capital Department tu atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang aku praktikal kat situ.
*Knp diorg br4 je? Sebab kat department tu, dengan diorang br4 je yg selalu aku berurusan.

Eh2! Dah panjang jugak perkongsian aku nie. Rasanya cukuplah setakat tu je kan. Walaupun kerja yang aku lakukan hari2 hampir sama je sepanjang 4 bulan tu, tapi aku tetap bersyukur dan gembira  dengan ilmu dan pengalaman yang aku dapat. Saham - salah satu perkara yang aku tak minat, tapi akhirnya aku menimba pengalaman daripadanya dengan berpraktikal di broker saham.

Dan bercakap pasal saham, marilah kita sama2 menambah saham kita di akhirat dengan mempertingkatkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan yang akan datang nie. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia. Ampun dan maaf atas salah silap ku. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan dalam bulan Ramadhan yang mulia. Sekian, wassalam.


Monday, 24 June 2013

24 Jun - Setahun Berlalu

Bismillahirrahmannirrahim. Salam Nisfu Syaaban!
Apa khabar semua? Semoga sihat2 saja hendaknya.

24 Jun - Pada tarikh ini setahun yang lepas, pagi-pagi lagi aku dah berkemas-kemas dan bersiap-siap untuk meninggalkan UUM. Hari terakhir aku di UUM, sebelum aku mula berpraktikal di KL pada bulan Julai nanti.

Bapak, Kang Amir, Kang Iman, Kak Sue dan Adam Aryan telah pun sampai semalamnya dari KL dengan dua buah kereta dan menginap di University Inn. Kak Watie yang telah pun sampai beberapa hari sebelumnya juga sibuk membantu aku mengemas. Jangan sampai ada barang penting yang tertinggal! Selesai urusan memunggah barang ke dalam kereta, aku pun berpamitanlah dengan Kak Melly, roommate ku dan sahabat-sahabat yang masih belum pulang kerana masih ada lagi exam yang perlu diduduki. Setelah itu, aku terus ke Pejabat DPP Tradewinds untuk urusan pemulangan kunci dan proses daftar keluar.

Kami sekeluarga seterusnya bergerak ke rumah Kak Kiran di Taman Teja, Changlun. Kak Kiran dah pesan awal-awal, agar kami bersarapan di rumahnya sebelum berangkat pulang. Baik sungguh Kak Kiran sekeluarga. Kehadiran mereka membuatkan aku rasa tak pernah jauh dari keluarga sepanjang tiga tahun pengajianku di UUM. Kami dijamu dengan nasi kerabu special pagi itu. Selepas beberapa ketika di rumah Kak Kiran, kami meminta diri untuk pulang. Nak berjalan-jalan dulu ke Padang Besar sebelum berangkat pulang ke KL.

Dan sebenarnya, perbualan di dalam kereta antara Kang Iman dan Kak Sue sewaktu dalam perjalanan keluar dari DPP Tradewinds menuju pintu gerbang UUM itulah yang membawa aku untuk menulis dan berkongsi pengalaman singkat ini di sini.

"Aishah dah abes nie, nak keluar, balik kampung, takde sedih2, nangis pun. Happy, rileks je.", kata Kang Iman. Dan balas Kak Sue, "Mestilah happy. Dah abes belajar, takde nak stress2 dgn assignment semua lagi." (perbualan sebenar tak dapat ku ingati betul2 kerana aku sendiri hampir terlupa tentangnya. tapi begitulah isi perbualannya) Dan aku yang duduk di depan, di sebelah Kang Iman hanya mampu tersenyum dengan perasaan yang bermacam-macam.

Sungguh, perasaan aku ketika itu berbaur. Gembira, sedih, takut, semua ada. Gembira sebab aku hampir berjaya menamatkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda aku. Sedih untuk meninggalkan tempat ku menimba ilmu dan pengalaman selama tiga tahun dengan kawan-kawan yang selalu berada di sisi. Takut untuk menghadapi tempoh praktikal selama empat bulan akan datang. - Mampukah aku menempuh satu alam baru yang tak pernah aku lalui? Bolehkah aku lulus dan dapat A? Bagaimana kalau aku gagal dalam praktikal nanti? - Persoalan-persoalan itu benar-benar membuatkan aku 'cuak' dan hampir saja menyerah kalah.

Dengan kebesaran Illahi, alhamdulillah aku berjaya menjalani tempoh praktikal dengan jayanya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Dan hari ini aku boleh menulis di sini, bercerita tentangnya.

Tapi apa yang pasti, satu perkataan untuk menggambarkan perasaan ku pada hari ini setahun yang lepas ialah SAYU. Benar, aku terasa begitu sayu waktu tu. Cuma saja aku tak mampu untuk membiarkan airmata ku tumpah di hadapan ramai orang. Sebagaimana kenangan yang tercipta selama tiga tahun itu ku abadikan di dalam lubuk hati, begitu juga ingin ku pendamkan airmata ini jauh ke dasar hati. Biar saja senyuman dan kegembiraan mewakili diri.

Sampai di sini saja. Sebagai penutup, ingin ku laungkan ucapan TERIMA KASIH ku buat semua yang menyumbang kepada warna-warni kehidupan ku sepanjang aku berada di UUM, bergelar seorang penuntut jurusan pentadbiran perniagaan. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya. Amin!

*insyaAllah pengalaman berpraktikal akan ku kongsikan di entry akan datang

Saturday, 4 May 2013

Pesta Buku 2013

Buku! Buku! Buku! :fire

Hah~! Kalau dalam entry sebelum nie aku ada kongsikan hasil tuaian BB1M aku, entry kali nie aku nak kongsikan hasil tuaian BB1M terakhir aku yang berbaki RM50 dan beberapa buah buku yang dapat aku beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL'13) yang berlangsung di PWTC. PBAKL'13 nie dah berlangsung dari 26 April 2013 yang lepas dan akan berlanjutan hingga esok, 5 Mei 2013 (hari mengundi).


Maksudnya aku ke KL lagilah!??? :brow Yup, KL! ^_^ Aku ke KL hari Isnin (29/4/2013) tu dengan follow Kang Romzi yang akan balik ke Klang setelah seminggu bercuti di kampung (jimat belanja beli tiket bas ke KL.. hehehe :D)


Disebabkan aku dah plan ke PBAKL'13 hari Rabu (1 Mei = cuti hari pekerja) dengan Kak Watie, maka hari Selasa tu aku ajak Hafiz teman aku pergi cc untuk download Running Man yang latest :e (cukupkn stok RM! :party).


Dan 1 Mei tu, keluarlah aku ke PBAKL'13 bersama-sama Kak Watie and Yana. :) Aku rasa sangat excited masa dah sampai kat PWTC tu. Yelah, dah berapa tahun kan tak pergi PBAKL, tu yang jadi excited lebih tu. :O Plus tak sabar nak dapatkan buku terakhir dalam senarai 'wanted' aku. ;)


Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah - akhirnya, aku dapat jugak buku yang aku nak nie kat booth Jasmin. xD Harga asal buku nie RM55, bila beli kat Pesta Buku jadi RM45. Aku nak bayar guna BB1M terakhir aku. Untuk tidak membiarkan baki RM5 BB1M burn begitu saja, aku pun belilah sekali buku Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra tu dengan tambahan cash RM11. :D


Lepas tu, aku dan Yana dah tak sabar-sabar nak ke booth Popular untuk dapatkan novel Biarkan YM Terus Berbicara karya Hanni Ramsul iaitu kesinambungan daripada novel Biarlah YM Berbicara. :e Mula-mula aku nak beli novel tu satu je, tapi rupanya Popular offer beli combo 3 buku (picture kat atas tu) dengan harga RM57 je, maka aku pun dengan senang hatilah membelinya. :P Hahaha!


Akhir sekali, atas bantuan Yana yang dah dulu-an pergi terjah booth Jemari Seni, aku berjaya beli novel Nama Atas Kertas nie! ;) Tak sure betul-betul best ke tak, tapi sinopsisnya dah cukup buatkan aku tertarik untuk masukkan novel nie dalam senarai 'wanted' masa aku sibuk-sibuk 'usha' buku yang nak dibeli lepas dapat BB1M aritu. Hihihi~ :)


Lepas je dapat buku-buku yang aku nak, aku dan Kak Watie pun bersesak-sesak la dengan orang ramai kat dalam PWTC tu untuk keluar dan seterusnya beredar menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Seriously, ramai betul orang hari tu! xP Sampai kat TBS, kitorang terus tuju kaunter tiket. Aku nak balik Segamat pulak! Disebabkan masa tu dah dekat pukul 1.30, aku decided beli tiket pukul 3.30 petang ke Segamat. Jadi sempatlah aku dan Kak Watie lunch and solat Zohor dulu. :||


Alhamdulillah, aku selamat sampai Segamat pukul 6.30 petang. Penat, tak payah cakaplah. Memang tersangatlah penat! Bapak tanya, aku nak drive ke? Aku cakap tak nak la. Kaki dah tak larat nak tekan pedal, dah terasa nak terbaring je hah. xP Pape pun, I'm happy sebab dikelilingi buku-buku yang banyak! :e Hehehe :r

Sunday, 14 April 2013

Pensel Warna ku

Assalamu'alaikum :b


Wah~! Dah lama jugak aku tak conteng2 kat blog aku nie ek. :||
Banyak benda nak dikongsi sebenarnya, tapi tak rajin nak online and hadap blog lama2. Hehehe :P
Pape pun, hari nie genap 271 bulan umur aku! :party Ngeee~ :$
Ok lah, meh start cerita meh. :)

Jumaat minggu lepas bersamaan 5 April 2013, aku ke KL untuk melaksanakan 1 misi penting. (cewwaahhh~ ape jelah yg pntg sgt tu kn? :P) Sebenarnya aku ke KL kali nie adalah bertujuan untuk nak pergi amek bekalan ubat bapak kat IJN. Walaupun tarikh amek ubat sebenarnya 12 April, tapi aku saja datang awal. Dah amek awal kan dah senang. ;) Kurang lebih, pukul 10 malam jugak aku sampai kat umah abang aku malam tu.

Esoknya aku keluar pi cari (beli) buku dengan kakak aku ke Jaya Jusco, Wangsa Maju. Macam mana aku boleh 'gagah' sangat nak beli buku, padahal duit nak beli topup pun tinggal ciput je!??? Meh sini aku bagitau. Actually aku baru je dapat BB1M hari Khamis sebelum pi KL tu. xD Alhamdulillah, tak lama aku tunggu. Tepat lepas seminggu aku hantar surat ke SAC, selamatlah BB1M tu dihantar sampai kat umah. :e Dan 3 naskhah buku kat bawah nie lah antara hasilnya setelah beberapa jam kat dalam MPH tu. ^_^

 [1 naskhah 'Indahnya Hidup Bersyariat' buat Kak Watie <3]

* * * * * * * * *


Hari Ahad pulak aku keluar dating dengan Yana and Ima ke i-City, Shah Alam. :O Untuk kitorang yang 'kaki posing underground' nie, Yana cadangkan kitorang pergi Art Trick Museum kat i-City tu. Fuhhh~! :f Penat posing kat dalam tu. xP


Yang menariknya dating kitorang kali nie adalah . . . . :o Jeng! Jeng! Jeng!


Kitorang bertiga cuba aktiviti baru iaitu memanah! 8) Mula-mula rasa macam banyak je 30 arrows setiap sorang. Tapi bila dah habis 30 tu, tak puas! :fire
[untuk tau kisah lanjut pasal date kitorang bertiga nie, boleh terjah blog Yana ye]

* * * * * * * * *


Dan picture kat bawah nie pulak adalah hasil tuaian BB1M aku kat Popular Book Co. Sampai je dari KL, and lepas je letak beg dalam kereta, aku terus ajak bapak pergi 1 Segamat Mall nak sambung borong buku. :L But, unfortunately buku yang aku cari tak ada stok kat Popular Segamat nie. Kalau nak jugak, kena pi Melaka atau Muar. >.< Mak aihhh~! Jauh tu!!! <\3
Kechiwa punya pasal, maka aku pun belilah 3 buah novel nie buat pengubat luka (alasan!) :P


Hahaha. Pape pun, baki baucer RM50 lagi tu aku nak simpan untuk beli buku yang aku nak tu. :D Tapi, nak cari kat mana ek?? :/ Di Pesta Buku Antarabangsa mungkin...? :brow InsyaAllah! ^_^

Sampai sini dulu ye. Sampai jumpa lagi. :h

Sunday, 10 March 2013

Biskut Marie

Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar, semua? Semoga sihat2 selalu. ^_^

Hmmm... Rasanya dah lama aku tak berkongsi kisah dengan korang kan. Kali nie nak bercerita pasal apa pulak ek? Pape pun, let's begin!


 Hah! Tau tak gambar apa kat atas tu? Itulah biskut marie. ^_^ Meh sini aku nak cerita sikit kaitan biskut marie nie dgn aku.

Kalau korang nak tau (klu xnk tau pun, buat2 nk tau jgk la ea..hehehe), dulu zaman aku sekolah rendah aku selalu bawak biskut marie nie as bekal aku. Yang paling aku ingat masa aku darjah 6 la. Boleh dikatakan setiap hari aku akan bawak bekal biskut marie coklat pi sekolah. Sambil naik motor Bapak hantar pi sekolah, sambil aku makan. Pastu sampai kelas, aku sambung makan yang baki.

Berkeping-keping jugak la aku bawak tiap2 pagi. Daripada kawan2 aku tak tau, sampai diorang tau kebiasaan aku. Siap ada yang tanya, "hari nie tak bawak bekal biskut marie ke, sha?" kalau hari tu aku tak makan biskut marie. Hahaha!


Dan korang mesti dah biasa jugak makan kek batik biskut marie nie kan? Aku paling suka kek batik yang abang aku buat. Walau macam mana sedap kakak aku or kakak ipar aku or orang lain yang buat, aku tetap suka kek batik abang aku! ^_^ Mungkin sebab dulu kat rumah memang abang aku tu je yang selalu buatkan kek batik untuk kitorang yang ada kat rumah waktu tu. Hihihi~

Ok~! Nak cerita apa lagi pasal biskut marie nie ek? Tak ada apa dah kot. Cumanya yang aku nak highlight kat entry nie adalah pasal biskut marie yang aku jadikan bekal pi sekolah tu. Rindu pulak nak buat macam tu semula. Dan idea entry nie sebenranya datang malam tadi. Sebab tetiba je aku terbau biskut marie. Sedapnye~!!! Rindu~! Ahaks! :P

Ok la, sehingga bertemu lagi.
Salam sayang dariku, Siti Aishah!

Thursday, 3 January 2013

Sup Ayam

Bismillahirrahmannirrahim.

Berrrkkkk~! Alhamdulillah, kenyang dah lepas lunch kejap tadi. Hari nie aku masak sup ayam. Cubaan kali ke-2 aku masak sup ayam. 1st time hari tu tak berapa nak jadi, kurang rasa sup. Kalau nak diikutkan, awal2 lagi aku dah cakap dengan kakak2 aku yang aku dah taknak masak sup ayam lagi pasnie sebab dah kuchiwa~ Huhuhu.

Tapi, disebabkan aku dah tak tau nak masak apa untuk hari nie, akhirnya aku buat keputusan untuk masak sup ayam. Yelah, dalam seminggu nie aku dah masak ayam masak kicap, ayam masak merah la, sampai aku pun dah tak tau nak masak apa lagi ayam yang bapak beli buat lauk tu. Dah la aku nie pun bukan tau sangat masak. (kat cnie tak la brmksd yg hari2 bapak beli ayam and hari2 aku masak lauk ayam ye ;D)

Mula2 tadi ingat nak goreng je ayam tu sebab aku nak mbening. Tapi bila tengok bahan2 untuk mbening tak cukup, maka tak jadi la nak mbening. Habis tu, takkan nak makan ayam goreng macam tu je kan? Macam tak syok la pulak nak hidang kat bapak lauk makan tengah hari ayam goreng kosong je. Tu yang last2 aku decided masak sup ayam je tu.

Masa aku tengah masak tu, aku pun rasalah kan sup aku tu. Hmmm. Kurang gula dan kurang garam. So, aku tambah la sikit lagi garam dan gula kan. Bila rasa balik, still ada yang kurang. Ok fine~! Bahan2 aku masih lagi kurang rupanya. Aku pun buatlah misi menyelamat sup aku tu. Kasik tumbuk merico (lada putih/lada sulah) lagi sikit, hiriskan bawang merah dan bawang putih jugak. Plup! Masuk dalam sup. Tunggu la sampai mendidih. (apsal dah mcm ajar cara2 nak masak sup pulak ek? hahaha) Bila rasa semula, dah ok la kot.

Lepas je solat, time to makan lah kan ~_^ Berselera betul makan hari nie. Bapak makan pun sampai tambah tadi. Memang aku saja masak nasi lebih sikit daripada biasa hari nie sebab dapat rasa yang kitorang berdua akan makan lebih sikit tengah hari nie. ^_^ Dan, satu ayat dari bapak yang buat aku tambah kenyang hari nie ialah "seger madang iki dino". Wink3! *_*

*nota kaki: lupa la nak snap gambar sup ayam aku tu.. huhu

Monday, 31 December 2012

Lulus!

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum wbt. Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu ^_^

Hah! Sejak akhir2 nie banyak pulak kan entry baru yang aku tulis. Hehehe. Sementara duduk kat rumah nie tak berapa nak ada kerja, aku konon2 merajinkan diri menulis kat blog la, apa lagi.. ~_^

Ok~! Entry kali nie bukanlah satu entry yang panjang. Entry nie cuma nak share mood bahagia dan gembira aku yang baru je lulus ujian kereta dengan JPJ tadi. Wink3! *_* Alhamdulillah, lulus jugak akhirnya. Penutup tahun 2012 yang tidak mengecewakan ^_^ Terima kasih kepada semua yang sama2 mendoakan aku. Sayang awak juga~~~!


Friday, 31 August 2012

Blogku 1 Tahun

Bismillahirrahmannirrahim...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yg ke-55 tahun. Juga selamat ulang tahun yg pertama buat blog kesayangan ku nie. Hehehe :D


Ok2, entry kali nie bkn nak cerita pasal merdeka or birthday blog aku nie.
Tapi aku nak cerita pasal...~

Macam nie, siang td saat aku duduk kat opis sorang2 dari pagi sampai la ke petang (huhuhu.. sedih2), aku terdengar lagu nie kat radio. Ntah knp, ttbe je aku rasa sayu dgr lagu nie. Terkenang pengalaman pertama aku menghabiskan raya kat KL. Rindu kenangan lebaran2 yg lalu. Rindu sgt2 dgn family aku even skrg nie aku dah duduk dekat dgn mereka. Ok, jgn salah faham. Mood lagu nie mmg la riang ria raya, cuma aku je yg ttbe rasa lain macam. Syahdu je rasanye.

Bila difikirkan blk, mmg aku sndri tak sangka dan tak percaya yg skrg nie aku sedang hidup di KL. Sejak kecik wlupun aku selalu je ke KL, pi rumah abg or kakak aku, tapi aku tak pernah berani utk membayangkan yg satu hari nanti aku akan turut serta mengharungi hidup kat KL nie. Sekarang, lihat apa yg berlaku. Aku kini berdiri di bumi Kuala Lumpur, brsma2 menjalani kehidupan di Kuala Lumpur yg penuh dgn 1001 ragam manusia.

Pape pun, aku tetap bersyukur yg hingga ke hari nie ALLAH masih mengurniakan aku kekuatan utk terus menjalani kehidupan di dunia pinjaman nie. Alhamdulillah! Dan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia hari nie, semoga kita turut sama2 memerdekakan minda dan fizikal kita drpd prkra2 yg dlarangNya. InsyaAllah!

nie la lagu yg aku maksudkan

Wednesday, 15 August 2012

Novel - Contengan Jalanan

Assalamu'alaikum wbt!
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu dalam meniti hari2 terakhir Ramadhan kali nie.

Ok lah, entry kali nie aku cuma nak kongsikan sikit pasal satu novel karya Hlovate nie.
Tajuknye 'Contengan Jalanan'.


Novel nie ada 2 part. Yg 1st mengisahkan pasal perjalanan Affendy mencari Tuhannya dan yg 2nd plk kisah perjalan Ku Kamaruzzaman mencari Tuhannya.
Serius! Mula2 baca mmg mcm 'jenuh' jgk la. Sebabnye aku tak berapa nak faham terms2 yg digunakan [kalau nak tau apakah terms yg aku maksudkan, silalah baca sendiri ye]. Tp, start menarik bila perjalan mencari Tuhan tu bermula. Lg2 kembara si Fend (Affendy) dan Chad (Irsyad) ke bumi kanggaru dlm bulan puasa. Mmg kena sgt la aku baca time Ramadhan nie. Terasa menusuk ke kalbu!
Secara keseluruhannya, daripada 5 bintang, aku blh bg 4 setengah jelah. Sebab ape tak cukup kan je yg setengah lg? Semua tu sebab terms2 yg aku tak faham tu la. Hahaha ~_^

Ok, nak out dulu. Dah nak masuk waktu berbuka dah. InsyaAllah raya nanti aku sediakan satu entry baru ye. See you next time!
Selamat berbuka ^_^

Saturday, 28 July 2012

Cerita 3 Minggu

Assalamu'alaikum wbt!
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu... ^_^


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan juga para sahabat.

Alhamdulillah, sedar x sedar, dah 3 minggu aku menjalani tempoh praktikal ku. Bermakna, telah hampir sebulan aku berada kat KL nie. Siapa sangka (aku la yg x sangka tu maksudnye), aku berjaya jgk mengharungi deras arus manusia kat KL nie dlm tempoh 3 minggu nie. Walaupun ia belum lg satu pencapaian yg patut dibanggakan, tapi buat diri ku sendiri, aku dapat merasai perbezaannye. Cukup la kan bila aku dah rasa dapat sesuaikan diri kat KL nie? Lagipun aku yg bakal menjalani kehidupan aku nie, bukannye org lain.

Minggu pertama kat KL sblm aku mula praktikal, aku berkesempatan utk mengikuti Maulid Akbar di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Walaupun perasaannye kurang ckit drpd Majlis Maulid yg pernah ku ikuti pada Maulidur Rasul yg lalu, tapi aku tetap bersyukur atas kesempatan yg dpt aku isi malam tu.

Selepas seminggu berpraktikal, aku rasa 'lost' kejap. Maka, aku bertindak pergi 'berjalan' menikmati panorama alam ke Sri Damansara, rumah Kak'A. Dan seminggu kemudiannya atau lebih tepat ujung minggu lepas, aku kembali ke Sri Damansara utk sama2 balik ke kampung halaman bagi menyambut Ramadhan bersama2 bapak.

Dan, minggu nie aku kembali semula ke Sri Damansara! Hah! (Dah mcm jd kewajipan plk kan utk ke Sri Damansara setiap hujung minggu.. ~_^) Hehehe... Ok lah, sebenarnye aku kembali ke Sri Damansara nie sbb nak kena teman Muhammad Bunyamin buat persembahan nasyid sekolah tadikanya kat SACC Mall, Shah Alam. Tu jelah sebenarnye ;D

Ok, tu je dulu buat kali nie. Sebagai penutup, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin muslimat di seluruh dunia. Bersama-samalah kita menghayati keindahan bulan Ramadhan nie. Semoga rahmat dan redhaNya sentiasa ada mengiringi setiap langkah perjalanan kita di atas muka bumi nie. Amin, insyaAllah!

Sehingga berjumpa lagi!
Wassalam.

Friday, 6 July 2012

Bermula Kelana Di Kuala Lumpur

Assalamu'alaikum wbt!
Semoga kalian sihat dan ceria2 selalu.. ^_^

Alhamdulillah, hari Selasa lepas tepat jam 1.30 ptg, aku telah selamat menjejakkan kaki di bumi Kuala Lumpur. Kak'A dan Abg Rahim bersama si kecik ayu Siti Khadijah yg dtg jemput aku kat Terminal Bersepadu Selatan. Dlm prjalanan blk nk ke umah Kang Amir, kami singgah makan tghri (yg dah x brpa nk tghri tu) kat HADRAMAWT - The Best Yemeni and Arabian Food in Town (yeke???). Makan nasi arab! Minum air fresh manggo yg sgt2 pekat dan likat. Mmg mangga semata yg dikisar utk dijadikan jus. Sedut punye sedut, mcm x kurang2 je level fresh manggo aku tu. Dah la aku kongsi dgn si kecik Khadijah, mmg x abes2 la jawabnye. Hahaha... ;D

Dan alhamdulillah semalam aku dah pi wat lawatan sambil belajar ke 'bakal tmpt' praktikal aku. Terima kasih sgt2 pada Kak Watie yg sudi teman aku pi wat survey semalam ~_^ Buat masa skrg, kurg ckit dah rasa cuak nk mula berpraktikal Isnin nie lps dpt tgk sndri tmpt praktikal tu cmne. Lps wat survey, kitorg pi la jalan2 kat sekitar Wangsa Maju (Carrefour lbh tepat!).

Samsung Champ Deluxe Duos C3312

Hah, korang nmpk kn gmbr hp kat atas nie?? Agak2 korang, apsal ek ttbe je ada gmbr tu kat dlm entry aku kali nie? Tak rasa mcm lari topik ke? Hahaha...! Ok la, nk bgtau, tu la hp baru aku smpna kehidupan baru aku kat KL nie. Sblm nie aku prnh ceritakan perihal handphone2 aku dlm satu entry khas kan? Jadi, utk brlaku adil aku kena la ceritakn jgk pasal hp aku C3312 nie. Aku beli C3312 nie masa jalan2 cuci mata dlm prjalanan blk lps wat survey semalam. Hehehe ;D

Ok la, tu je dlu utk kali nie. Lgpun jap lg aku dah kena brsiap2 nk pi ke rumah Kak'A. Sbb petang nie nak ikut pi Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Ada Maulid Akbar, Majlis Ta'lim Darul Murtadza pukul 9 malam nie. Jom, sahabat2 dan saudara2 ku semua, kita ke sana!

Wednesday, 11 April 2012

Cerita Handphone Ku

Assalamu'alaikum wbt...

Wah! Kwn2 aku masih lg syok brcuti kat kg halaman msg2 skrg nie. Al-maklum, cuti pertengahan semester la kata kan. Dan, arinie plk merupakan cuti umum sempena hari pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yg ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (Sultan Kedah tu! Bangga jap smntra d0k kat UUM Sintok Kedah nie. Hihihi ~_^).
Selamat brcuti ye ku ucapkan buat semua yg brcuti arinie.

Ok, entry kali nie aku nak brkongsi cerita pasal handphone (hp). Ape pasal nak cerita pasal hp plk ek? Hehehe... Xde pape sbnrnye. Nie namanye dah bosan tahap xtau nak cerita pasal apa sbgi entry baru kat blog nie. Dah sape suruh x blk waktu cuti2 mcm nie kan? Wlupun korang mcm xde hati je nk baca, tp sudi2 kan la jgk utk baca ea. Ahaks! ;P


NOKIA 2100


Kali pertama aku guna hp dlu masa aku tingkatan 1. Kak Jilah yg belikan sempena hari lahir aku yg ke-13 tahun. Nokia 2100 kat atas tu la yg Kak Jilah belikan. Aku pilih sebijik, sama dgn Kang Romzi. Aku igt lg tarikh beli hp nie, 12 September 2003 kat KL. Lps tu aku blk semula ke kg masa birthday aku. Dan ptg birthday aku tu la Kang Romzi keluar pi bandar belikan nombor utk aku. Dgn itu, tanggal 14 September 2003, bermulalah hari aku sbgi pgguna rangkaian Maxis - Hotlink.


NOKIA 2600


Masa nak masuk matrik, Kang Romzi bg aku Nokia 2600 nie kat aku. Sbbnye aku dah guna dua nombor waktu tu. Hah, mcm mna plk kisahnye aku blh guna smpi dua nombor nie ek?? Meh, aku ceritakan ckit. Masa aku tingkatan 4, Kang Romzi tgh praktikal kat JKR Segamat masa tu. Satu hari nie sempena Le Tour De Langkawi yg bakal lalu kat Segamat, ada la bukak booth2 pameran kat Dataran Segamat tu. Disebabkan dah dekat sgt JKR dgn dataran tu, Kang Romzi pun x la melepaskan peluang utk meramaikn majlis. Hahaha! Kang Romzi ada la join contest2 yg djalankn kat booth2 yg ada kat dataran waktu tu. Aku pun dah x igt sgt pertandingan apa yg Kang Romzi masuk waktu tu, tp yg aku igt, blk umah ptg tu, Kang Romzi bawa blk basikal dan bbrpa kad prabayar (nombor2 baru) Celcom - Xpax. Dsebabkn byk sgt kad prabayar yg Kang Romzi dpt, Kang Romzi pun jual la kat kwn2 dia. Wlupun dah byk jgk yg djual, aku tgk kat umah waktu tu ada la dlm 2 ke 3 lg yg masih ada. Apa lg, dgn status ku sbgi satu2nye adik, aku pun wat muka ala2 comel, mintak satu dr Kang Romzi. Mula2 tu mmg Kang Romzi x nak bg kat aku tau. Klu nak jgk, kna beli. Tp tu la kan, mcm aku ckp td,dgn muka ala2 comel yg aku buat [comel ke???], akhirnye aku dpt jgk satu dgn percuma. Hehehe ;D


Sony Ericsson K530i


SE K530i nie plk aku dpt sebelum aku masuk matrik jgk. Masa tu aku masih jaga arwah mak kat HKL. Aku igt lg pesan akak2 n abg2 aku waktu tu, "x payah la bawak hp baru tu pergi hospital, tukar je guna hp lama yg Nokia 2100 tu, bhya bawak brg2 brharga nie, lg2 yg baru". Tp msa tu, aku dgn degilnye bawak je jgk pi hospital utk jaga mak. Sbbnye, dah hp baru kan, sure la excited nak guna. Hehehe! Pape pun, alhamdulillah sbb semuanye slmt. Siap sempat lg aku rakamkan pandangan malam Menara KL dan KLCC dr tgkp wad 20 msa tu. Dan kekal pun smpi aku mndftr kat UUM.


Sony Ericsson W980


Hampir sebulan aku bergelar mahasiswa UUM, ada ekspo yg brlgsg kat Dataran Siswa. Masa tu ada la bbrpa booth yg jual gadget2 mcm nie. Aku yg masa tu mmg nak mencari hp flip nie, pi la terjah booth tu. Akhirnye impian aku utk memiliki hp flip sejak kecik dlu pun trcapai la pd tanggal 23 Julai 2009. Perasaan masa tu, gembira sgt2! Mmg rasa cukup puas dah bila keinginan dah trcapai. X pndg dah hp lain yg lbh canggih drpd SE W980. Sbb function dlm SE W980 tu dah ckup lgkp buat aku. Dan biar pun xde Wi-Fi, aku dah merasa cukup sbb ada 3G.


NOKIA 7230


Slps 3 tahun aku mggunakan khidmat SE K530i tu, akhirnye bln 10 tahun lps (2011), aku trpaksa mnrma hakikat bhwa aku x dpt lg mgharapkn khidmatnye [hahaha! amek kau! trkeluar ayt drama jap.. hehehe]. Semuanye brmula bila aku perasan yg bhgn blkg K530i tu makin kembong. Bila aku bukak, rupa2nye bateri dah kembang semangkuk. Lps tau mcm tu, aku pi la kedai hp, nak carikan bateri yg baru. Dapat! Tp bila aku cuba on kan, x boleh. Ye je carikan 'nyawa' baru utk K530i aku tu. Nmpknye mmg dah smpi masa utk K530i ku itu pergi. Huhuhu... Dan akhirnye, msa cuti pertengahan sem aku ujung bln 10 tu, Kang Romzi bg la kat aku hp Nokia 7230 nie. Kang Romzi ckp dia dpt hadiah. Sempat guna skjp je, pastu simpan smpi la Kang Romzi bg kat aku. Teruja aku nk guna hp slide nie. Sblm nie aku x minat sgt dgn hp yg slide2 nie. Sbb impian n citarasa aku mmg kat hp flip je. Mula2 mmg susah jgk nk biasakn diri guna hp slide nie. Tp, lama2 ok je. Siti Aishah kan?!! Hahaha!




Dan semenjak aku reti guna hp, mmg dah xdenye la aku guna public phone lg. Dlu masa sekolah dr tingkatan 1 smpi tingkatan 5 ada lg la. Waktu rehat d0k brgayut, telefon mak kat umah. Mcm dah lama sgt x jmp, pdhal tiap2 hari jmp. Hahaha! Tp tu la, waktu tu je, lps tu mmg xde dah. Bkn nak eksyen, cuma nak manfaatkan apa yg dah ada kat tgn la kan ~_^ Ok lah, smpi cnie dlu entry aku kali nie. Dah ckup la aku cerita pasal hp nie. Jmp lg kat entry seterusnye ea. Skli lg, selamat bercuti! ^_^

Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting