Assalamu'alaikum wbt!
Apa khabar semua? Semoga sihat n ceria2 selalu... ^_^
Dah sebulan dah aku x dtg jengah n conteng2 blog ku yg trchenta nie. Sampai bersawang jadinya. Dan brsempena dgn tarikh arinie yg hanya akan muncul 4 tahun sekali, aku nak kongsikan sesuatu dgn korang.
Arinie genap smggu kita melepasai bulan Rabiul'Awal, bulan kelahiran Rasulullah S.A.W. Di kesempatan nie aku nak kongsikan sedikit pengalaman menyambut Maulidur Rasul utk tahun nie. Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul yg aku rasakan tahun nie sangatlah brbeza dgn tahun2 yg sudah.
Sbb pertama yg aku katakn brbeza dgn tahun2 yg sudah adalah kerana Maulidur Rasul kali nie aku sambut bkn di Kampung Jawa, Segamat sprti slalunya. Alhamdulillah, kali nie aku brpeluang brsama2 Kak Watie dan Kak'A sekeluarga ke Masjid Al-Falah USJ utk brsama2 memeriahkn sambutan Maulidur Rasul kat situ.
Suasana sambutan Maulid Nabi yg sgt brbeza yg pernah aku rasakn. Alunan qasidah dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melatari ruang masjid mengundang satu perasaan sayu yg mghadirkn rasa rindu yg sgt dalam buat baginda s.a.w. Satu pesanaan dari Habib Ali Zainal Abidin yg sempat ku catatkan, "apabila cinta kpd Allah dan Rasul, pasti makin kurang kecintaan kpd dunia". Dan solat Isya' brjemaah malam tu betul2 buat aku tenggelam dlm rasa kasih dan rindu kpd baginda s.a.w. Subhanallah! Allahu Akbar!
Malam esoknya kami tak kemana-mana sbb Abg Rahim keluar utk menjayakn Program Kuala Lumpur Berselawat kat Masjid Saidina Hamzah. Kami cuma dpt tgk program tu yg disiarkn scra lgsg kat TV Al-Hijrah jelah.
Sebagai penutup entry khas nie, aku ada attach dua video dari Program Kuala Lumpur Berselawat buat tatapan kalian. Kerana tiada lg kata2 yg dpt ku luahkn utk mggambarkn perasaan nie. Hanya entry pendek nie la yg dpt ku kongsikan buat kalian sama2 merasa. Semoga kasih dan rindu kita kpd Rasulullah S.A.W tidak berhenti di sini saja, malah brterusan hingga ke akhirnya, insyaAllah. Amin!
"Barangsiapa yang mentaati Rasul, maka dia telah mentaati Allah" (Surah An-Nisa, ayat 80)
♥ ♥ ♥ Cinta Allah, Cinta Rasul ♥ ♥ ♥
0 comments:
Post a Comment