Monday 21 November 2011

Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011

Assalamu'alaikum! ~_^

Alhamdulillah selesai sudah aku menghadiri Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011 yg berlangsung dari 17 November 2011 hingga 20 November 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia, kampus Bangi. Entry kali nie aku nk share suka duka sepanjang konvensyen selama 4 hari 3 malam nie ;D


17 November 2011

Jam 7.30 pagi aku ngan Liyana dah ada kat mall utk brkumpul sblm naik bas. Tggu punya tggu, pukul 8 jgk baru bas gerak sbb tggu bdk2 nie yg lmbt smpi. Pukul 8 tu bru nak gerak pi jemput bdk2 kat DPP Muamalat n DPP Bank Rakyat, kirenye dalam 8.30 jgk lah bru kami betul2 mninggalkan UUM utk brmusafir ke UKM selama 4 hari yg seterusnya nanti.

Kami berhenti makan tghri kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Hujan lebat sgt masa tu. Mmg agak lama la kami 'trsangkut' kat jejantas tu. Maaf ye, abg bas... ~_^ Perjalanan ke UKM dteruskn lps tu dan akhirnye kami smpi kat UKM dlm pukul 5.15 petang. Selesai urusan pendaftaran kat foyer Kolej Pendita Za'aba (KPZ), kami dpt kunci bilik, cadar, bantal n sarung bantal semua, pukul 6 jgk kami bru smpi kat bilik. 

SPR UUM @ Foyer Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM

Seawal jam 7.30 mlm kami dah kena brkumpul kat bus stop utk sama2 brgerak mnuju ke Panggung Seni, UKM. Makan malam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Slot pertama utk mlm tu adalah taklimat program dan konvensyen, ice-breaking n taklimat 'Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah'. Habis slot utk mlm tu, kami mimum mlm kat DECTAR n then brkumpul utk kembali semula ke KPZ.

dinner

18 November 2011

Pukul 7 pagi, naik bas utk pi sarapan kat DECTAR. Lps tu terus ke Panggung Seni utk dgr pembentangan kertas kerja yg pertama oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Abd. Halim bin Sidek, pensyarah UiTM yg brtajuk "Rasuah Adalah Jenayah, Kenapa Perlu Dipolitikkan?".

Lps minum pg, pembentangan kertas kerja yg ke-2 brtajuk, "Nilai Murni dan Integriti Asas Pembentukan Sahsiah Diri dan Pembinaan Modal Insan Cemerlang" oleh YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Mohd. Ali, Pengarah Sektor Swasta Institut Integriti Malaysia (IIM).

YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Mohd. Ali

Selesai je mnikmati makan tghri, yg lelaki solat Jumaat kat Masjid Universiti yg trletak brtentangan dgn DECTAR dan yg perempuan plk solat kat surau yg ada dlm bangunan DECTAR tu je.

eida, hunny, are-na, tinie

ima, aishah, nadia, liyana

Slot ptg tu plk adalah slot utk persiapan 'Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah'. 5 zon yg akan brtanding iaitu zon tengah A (UKM, UPM, UMS, UNIMAS), zon tengah B (UiTM, UIAM, UPNM, UM), zon utara (UPSI, USM, UUM, UNIMAP), zon selatan (USIM, UTeM, UTM, UTHM), dan zon timur (UMK, UMT, UniSZA, UMP).

Selepas brtungkus lumus ptg tu wat latihan, akhirnya sampailah masa utk perform! Team dari zon utara yg memegang angka giliran no.2 brsedia utk mmpersembahkn puisidra yg brtajuk, "Sinar Dalam Kegelapan". Dan kerahan tenaga kami ptg tu brbaloi apabila diumumkn sbgi juara bg 'Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah' dlm Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT kali nie ^___^

SPR IPT Zon Utara ~ juara pertandingan kreatif anti-rasuah
bergambar bersama 'abah'

19 November 2011

Bangun pagi dgn senyuman yg masih lebar dan semangat yg semakin tggi lps menang mlm td. Hehe ;D Menuju ke Panggung Seni dgn menaiki bas.

dalam bas Kiffah


Slot utk hari ke-3 diteruskan dgn pembentangan kertas kerja ke-3 oleh YBhg. Dato' Hjh. Sutinah bt Sutan, Timb. Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yg brtajuk, "Transformasi SPRM: Mengutamakan Kebebasan dan Ketelusan". Dan seterusnya disambung dgn pembentangan kertas kerja yg ke-4 brtajuk, "Tekad Memerangi Rasuah Bersama SPRM" oleh Encik Khairil Anuar bin Azmi, Presiden Alumni SPR IPT.

SPR UUM with Presiden Alumni IPT, abg Khai

Forum yg brtajuk "Memperkukuhkan Jatidiri Memerangi Rasuah" mgisi slot lps minum pg. Forum dpgrusikan oleh Tuan Mohamad Dahlan bin Maamor, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan ahli2 panel forum trdiri drpd;
1- Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan, Imam Muda 2010
2- Prof. Madya Dr. Mohd Khaidzir Hj. Ismail, Pengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM
3- Prof. Madya Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM


Pukul 2.30 ptg, wakil sekretariat kena attend Mesyuarat Pemantauan dan Pelarasan Program Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT 2/2011 kat Dewan Senat, UKM brsama dgn Dato' Samsiah binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. SPR UUM diwakili oleh aku, Ima n Ammar.


Mesyuarat ptg tu habis dlm pukul 6.15 ptg. Blk dari mesyuarat terus brsiap2 utk attend dinner or lebih tepat, attend Majlis Perasmian  Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011 yg dsmpurnakn oleh YBhg. Dato' Sri Hj. Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

YBhg. Dato' Sri Hj. Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM

Mlm tu jgk, kami team zon utara tak ketinggalan utk posing dgn hamper kemenangan ~_^

juara pertandingan kreatif anti-rasuah
zon utara ~ unimap, uum, ums, upsi

SPR UUM

SPR UPSI

SPR USM

20 November 2011

Sama je mcm 2 hari sblmnya. Pagi2 lg kami dah kena tggu bas [atau yg lebih tepat, bas yg tggu kami] utk ke Panggung Seni. Sarapan, dan seterusnya meneruskan slot terakhir sebelum majlis penutup iaitu perbincangan kumpulan mgenai 5 kertas kerja yg tlh dbentangkan. Kami dari zon utara nie dikehendaki mmbincangkn tentang kertas kerja yg ke-3 iaitu "Transformasi SPRM: Mengutamakan Kebebasan dan Ketelusan".

SPR UUM & SPR UPSI

Next, pembentangan 8 resolusi oleh Presiden Alumni IPT dan seterusnya penyerahan resolusi kpd YBhg. Dato' Hjh. Sutinah bt Sutan dan disusuli dgn penyampaian sijil kpd wakil setiap SPR IPT.


SPR UUM brtolak pulang ke Sintok jam 3.30 ptg dan smpi di UUM jam 11.30 mlm. Hujan sepanjang prjalanan blk tu. Sejuk n mggigil selama dlm bas. Mana taknye, blm pun keluar dari kwsn UKM tu, hujan turun dgn slebat2nya. Sampai kat UUM pun masih renyai2 lg.

peserta Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011

Hah, tu laa ckit prkongsian dari aku utk Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011 nie [ckit ke? hehehe ;D] Ok lah, sebagai penutup entry kali nie, buat Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT seluruh Malaysia khususnya SPR IPT Zon Utara, terimalah lagu Satu Malaysia nie. Wlupun kita x sempat nyanyi lagu nie ngan SPR IPT dari zon yg lain, tp kita sempat nyanyi sama2. Kita2 je, zon utara! ~__^ Kita mampu lakukan perubahan, bersama perangi rasuah! ^__^


Saturday 12 November 2011

3 Tahun Berlalu

Assalamu'alaikum wbt...

16 Zulhijjah 1432H - Arinie genaplah tiga tahun mak pergi brtemu Kekasih yg dirindu. Dlm tiga tahun nie jgk, masih kuat ingatan dan rindu ku pada mak. Masih trbayang-bayang kelibat mak memasak, mngemas umah dan lain2 lg.

Aidilfitri 1429H (2008) - Syawal terakhir bersama mak

Terimbau kenangan sewaktu mak mula2 sakit dlu. Badan mak susut. Selera makan pun dah kurang sgt. Akibatnya, mak kna tahan kat wad. Selain tu, sekali dgn nk tggu kputusan ujian utk tau apa sbnrnya sakit mak.

Dlm tempoh tu jgk la aku jd pghuni x rasmi wad 20 HKL sbb jga n teman mak kat wad. 1st night kat wad tu aku mmg x dpt tido. Sekejap duduk, sekejap bangun, sekejap baring. Sampai naik letih kerusi rotan tu melayan kerenah aku. Last2, ada sorg nurse yg dtg tgk keadaan mak mlm tu offer aku tido kat mna2 katil yg kosong yg ada kat partition tu. Tp aku x tido pun kat situ. Setia kat kerusi rotan tu jelah.

mak di hari perkahwinan kak Jilah - 2007

16 Zulhijjah 1429H = 14 Disember 2008 (Ahad) - Kak Jilah dah bawa mak balik ke umah kak'A semalamnya dr Terengganu sbb hari Isnin mak ada appointment dgn doktor. Tghri tu kak'A call bgtau mak dah nmpk lain sgt dah. Bapak pun dah siap2 nk brtolak dr umah. Klu aku nak ikut, boleh je bapak singgah masa dlm perjalanan ke sna nnti. Tp aku tolak dgn alasan aku x nak trlepas utk taklimat isi borang upu esoknya.


Masa aku nk solat Asar ptg tu, kak Nina plk call bgtau bapak dah suruh anak2 brkumpul dah. Klu x kak Nina yg dtg jmput aku, kang Romzi yg akn dtg jmput aku nnti. Perasaan aku dah lain mcm wktu tu. Lps solat, aku mintak sorg drpd roommate aku teman jmp felo utk dptkn kebenaran blk. Kang Romzi smpi dah nk Maghrib wktu tu. Trase lama prjalanan ke KL kali nie. Kami smpi kat umah kak'A dlm pukul 9.30 mcm tu.


Tak sempat nak pndg kiri kanan, aku terus meluru masuk ke bilik kat mna mak dtempatkn. Sempat ku cium tangan bapak sblm akhirnya air mata mengalir laju membasahi pipi melihat keadaan mak yg dah x boleh nak wat pape waktu tu. Selain bapak, kang Iman di sisi mak tak jemu mengajar mak mgucapkn kalimah kesaksian 'La Illaha Illallah'...


Dan akhirnya, tepat jam 10.40 malam mak pergi buat selamanya. Sejam terakhir brsma mak yg ku rasakn sgt singkat. Tp sempat jgk ku gunakn masa trsebut utk brada dekat di sisi mak mggantikan posisi kang Iman. Hanya aku, bapak dan kak Nina yg betul2 brada di sisi mak pd saat trakhir nafasnya. Reaksi ku yg mmandang ke muka pintu bilik dgn wajah sayu dan sugul brjya memancing pandangan kang Awie yg kebetulan lalu dan brsedia utk masuk ke bilik tika itu.. ='(




Bapak nekad utk bawa blk jenazah mak mlm tu jgk. Suami kak'A, abg Rahim mgusahakn utk dapatkan van jenazah dari surau brdekatan. Tgh mlm tu, brmulalah prjalanan kami mmbawa pulang jenazah mak ke Kampung Jawa, Segamat. Perjalanan KL-Segamat yg biasanya mgambil masa antra 2 hgga 3 jam saja slalunya tlh memakan masa lbh dr 5 jam utk sampai.


Blm lama kami sampai di umah, berkumandanglah azan subuh mnandakn permulaan hari yg baru. Seusai solat Subuh, bapak dah sibuk memastikan sgla prkara brkaitan dgn pgurusan jenazah telah disiapkn. Bermula dr memandikan, mgkafankan, solat dan akhir skli, mgbumikn jenazah. Alhamdulillah, jenazah mak selamat dkebumikan tghri Isnin tu.


~...perginya seorang hamba Allah, seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, juga seorang nenek...~
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hendon binti Mashud!




Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting