Assalamu'alaikum! ~_^
Alhamdulillah selesai sudah aku menghadiri Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011 yg berlangsung dari 17 November 2011 hingga 20 November 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia, kampus Bangi. Entry kali nie aku nk share suka duka sepanjang konvensyen selama 4 hari 3 malam nie ;D
17 November 2011
Jam 7.30 pagi aku ngan Liyana dah ada kat mall utk brkumpul sblm naik bas. Tggu punya tggu, pukul 8 jgk baru bas gerak sbb tggu bdk2 nie yg lmbt smpi. Pukul 8 tu bru nak gerak pi jemput bdk2 kat DPP Muamalat n DPP Bank Rakyat, kirenye dalam 8.30 jgk lah bru kami betul2 mninggalkan UUM utk brmusafir ke UKM selama 4 hari yg seterusnya nanti.
Kami berhenti makan tghri kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Hujan lebat sgt masa tu. Mmg agak lama la kami 'trsangkut' kat jejantas tu. Maaf ye, abg bas... ~_^ Perjalanan ke UKM dteruskn lps tu dan akhirnye kami smpi kat UKM dlm pukul 5.15 petang. Selesai urusan pendaftaran kat foyer Kolej Pendita Za'aba (KPZ), kami dpt kunci bilik, cadar, bantal n sarung bantal semua, pukul 6 jgk kami bru smpi kat bilik.
SPR UUM @ Foyer Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM |
Seawal jam 7.30 mlm kami dah kena brkumpul kat bus stop utk sama2 brgerak mnuju ke Panggung Seni, UKM. Makan malam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Slot pertama utk mlm tu adalah taklimat program dan konvensyen, ice-breaking n taklimat 'Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah'. Habis slot utk mlm tu, kami mimum mlm kat DECTAR n then brkumpul utk kembali semula ke KPZ.
dinner |
18 November 2011
Pukul 7 pagi, naik bas utk pi sarapan kat DECTAR. Lps tu terus ke Panggung Seni utk dgr pembentangan kertas kerja yg pertama oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Abd. Halim bin Sidek, pensyarah UiTM yg brtajuk "Rasuah Adalah Jenayah, Kenapa Perlu Dipolitikkan?".
Lps minum pg, pembentangan kertas kerja yg ke-2 brtajuk, "Nilai Murni dan Integriti Asas Pembentukan Sahsiah Diri dan Pembinaan Modal Insan Cemerlang" oleh YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Mohd. Ali, Pengarah Sektor Swasta Institut Integriti Malaysia (IIM).
YBrs. Tuan Mohd Nizam bin Mohd. Ali |
Selesai je mnikmati makan tghri, yg lelaki solat Jumaat kat Masjid Universiti yg trletak brtentangan dgn DECTAR dan yg perempuan plk solat kat surau yg ada dlm bangunan DECTAR tu je.
eida, hunny, are-na, tinie |
ima, aishah, nadia, liyana |
Slot ptg tu plk adalah slot utk persiapan 'Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah'. 5 zon yg akan brtanding iaitu zon tengah A (UKM, UPM, UMS, UNIMAS), zon tengah B (UiTM, UIAM, UPNM, UM), zon utara (UPSI, USM, UUM, UNIMAP), zon selatan (USIM, UTeM, UTM, UTHM), dan zon timur (UMK, UMT, UniSZA, UMP).
Selepas brtungkus lumus ptg tu wat latihan, akhirnya sampailah masa utk perform! Team dari zon utara yg memegang angka giliran no.2 brsedia utk mmpersembahkn puisidra yg brtajuk, "Sinar Dalam Kegelapan". Dan kerahan tenaga kami ptg tu brbaloi apabila diumumkn sbgi juara bg 'Pertandingan Kreatif Anti-Rasuah' dlm Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT kali nie ^___^
SPR IPT Zon Utara ~ juara pertandingan kreatif anti-rasuah bergambar bersama 'abah' |
19 November 2011
Bangun pagi dgn senyuman yg masih lebar dan semangat yg semakin tggi lps menang mlm td. Hehe ;D Menuju ke Panggung Seni dgn menaiki bas.
dalam bas Kiffah |
Slot utk hari ke-3 diteruskan dgn pembentangan kertas kerja ke-3 oleh YBhg. Dato' Hjh. Sutinah bt Sutan, Timb. Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yg brtajuk, "Transformasi SPRM: Mengutamakan Kebebasan dan Ketelusan". Dan seterusnya disambung dgn pembentangan kertas kerja yg ke-4 brtajuk, "Tekad Memerangi Rasuah Bersama SPRM" oleh Encik Khairil Anuar bin Azmi, Presiden Alumni SPR IPT.
SPR UUM with Presiden Alumni IPT, abg Khai |
Forum yg brtajuk "Memperkukuhkan Jatidiri Memerangi Rasuah" mgisi slot lps minum pg. Forum dpgrusikan oleh Tuan Mohamad Dahlan bin Maamor, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan ahli2 panel forum trdiri drpd;
1- Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan, Imam Muda 2010
2- Prof. Madya Dr. Mohd Khaidzir Hj. Ismail, Pengarah Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM
3- Prof. Madya Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
Pukul 2.30 ptg, wakil sekretariat kena attend Mesyuarat Pemantauan dan Pelarasan Program Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT 2/2011 kat Dewan Senat, UKM brsama dgn Dato' Samsiah binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. SPR UUM diwakili oleh aku, Ima n Ammar.
Mesyuarat ptg tu habis dlm pukul 6.15 ptg. Blk dari mesyuarat terus brsiap2 utk attend dinner or lebih tepat, attend Majlis Perasmian Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011 yg dsmpurnakn oleh YBhg. Dato' Sri Hj. Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
YBhg. Dato' Sri Hj. Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM |
Mlm tu jgk, kami team zon utara tak ketinggalan utk posing dgn hamper kemenangan ~_^
juara pertandingan kreatif anti-rasuah zon utara ~ unimap, uum, ums, upsi |
SPR UUM |
SPR UPSI |
SPR USM |
20 November 2011
Sama je mcm 2 hari sblmnya. Pagi2 lg kami dah kena tggu bas [atau yg lebih tepat, bas yg tggu kami] utk ke Panggung Seni. Sarapan, dan seterusnya meneruskan slot terakhir sebelum majlis penutup iaitu perbincangan kumpulan mgenai 5 kertas kerja yg tlh dbentangkan. Kami dari zon utara nie dikehendaki mmbincangkn tentang kertas kerja yg ke-3 iaitu "Transformasi SPRM: Mengutamakan Kebebasan dan Ketelusan".
SPR UUM & SPR UPSI |
Next, pembentangan 8 resolusi oleh Presiden Alumni IPT dan seterusnya penyerahan resolusi kpd YBhg. Dato' Hjh. Sutinah bt Sutan dan disusuli dgn penyampaian sijil kpd wakil setiap SPR IPT.
SPR UUM brtolak pulang ke Sintok jam 3.30 ptg dan smpi di UUM jam 11.30 mlm. Hujan sepanjang prjalanan blk tu. Sejuk n mggigil selama dlm bas. Mana taknye, blm pun keluar dari kwsn UKM tu, hujan turun dgn slebat2nya. Sampai kat UUM pun masih renyai2 lg.
peserta Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011 |
Hah, tu laa ckit prkongsian dari aku utk Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) IPT 2/2011 nie [ckit ke? hehehe ;D] Ok lah, sebagai penutup entry kali nie, buat Sekretariat Pencegahan Rasuah IPT seluruh Malaysia khususnya SPR IPT Zon Utara, terimalah lagu Satu Malaysia nie. Wlupun kita x sempat nyanyi lagu nie ngan SPR IPT dari zon yg lain, tp kita sempat nyanyi sama2. Kita2 je, zon utara! ~__^ Kita mampu lakukan perubahan, bersama perangi rasuah! ^__^
0 comments:
Post a Comment