Monday, 11 May 2015

Motor Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.

11.4.2015 – 11.5.2015 = sebulan : Alhamdulillah! :$

Kembali kepada tajuk, kenapa ‘Motor Kasih’ ek? Emmm... Macam ni ceritanya...

Dua minggu lepas Abang (my hubby) balik bercuti kat kampung [hah! buat yang tak tahu, aku sebenarnya tinggal berjauhan dengan suamiku buat sementara]. Jadi bila Abang balik, sangat seronoklah kan dapat jumpa suami. Wink3! ;) Abang balik naik motor kali ni. Abang sampai dah nak pukul 11 pagi jugak lebih kurang. Petang tu pulak kitorang pergi dating dan kemudian balik singgah rumah mertuaku jap.

Yang nak dikisahkan tu sebenarnya, kitorang dating naik motor! Hoorayy!!! :e Hahaha. Ok, ape yang beria sangat aku ni? Aku beria sangat ni sebab aku tak pernah keluar ke bandar naik motor. Paling-paling jauh naik motor dengan Bapak sampai SKKJ dan SAKJ jelah. Sebabnya, alhamdulillah, rezeki Bapak dah ada kereta dah waktu tu. Jadinya ke mana-mana naik kereta jelah.

Mulanya tak jadi jugak nak naik motor sebab hujan masa kitorang tengah bersiap nak keluar tu. Tapi masa dah siap, hujan pun dah berhenti.

Kata suamiku, “Sayang betul ke nak naik motor ni? Kita naik kereta jelah.”

“Kita naik motorlah, Abang. Tengok langit dah cerah tu. InsyaAllah pergi ni tak hujan. Kalau hujan pun, kita berhentilah kat mana-mana nanti. Takpe je kalau balik nanti hujan. Sama-sama lencunlah.”

Suamiku yang baik hati pun turutkanlah keinginan si isteri ni. Hihihihi. :O

Alhamdulillah, perjalanan pergi dating kitorang tak hujan. Tapi! Waktu kitorang dating tu hujan. Dok berdating kat tempat berbumbung tinggi dan berdinding tebal, memang tak perasanlah cuaca kat luar macam mana, kan? Rupa-rupanya hujan kat luar. Motor yang parked kat luar tu pun sah-sahlah basah! >.<

Dikala bilal kat masjid dan surau sedang bersiap sedia untuk melaungkan azan Maghrib, kitorang berdua suami isteri gigih mengelap tempat duduk motor. :P Kering tak keringlah tempat duduk tu kan. Kitorang terus gerak ke Teluk Kelubi lepas tu [ape daaa Maghrib kat jalanan - huh! jangan contohi sikap ini :tdown].
Sejuk wooo naik motor lepas hujan. Abang pulak terlupa nak pakai jaket. Aku pun terlupa nak ingatkan sebelum pergi sebab dah excited sangat. Glove jelah yang ada untuk Abang pakai.

Sampai rumah, salam dengan Mak, Mak tegur, “sejuk tangan”. Hehehehe.

Nak balik Kampung Jawa malam tu, memang minta Abang pakai jaket yang ada Abang tinggalkan kat rumah. Dah pukul 10 malam, mestilah udara lebih sejuk kan. Lagi-lagi lepas hujan.

“Takpe ke sayang tak pakai jaket?”

“Takpe, Abang. Sayang duduk kat belakang. Abang yang kat depan kena pakai jaket. Dah la masih batuk. Sejuk nanti, makin lambatlah nak baik.”

Baru keluar rumah pun dah terasa sejuk. Belum lagi gerak naik motor. :ice 
Mak bekalkan kitorang kek batik dan pisang nangka untuk digoreng buat sarapan esok pagi. :)

Perasaan aku??? I’m really happy!!! ^_^ Walaupun kecut perut jugaklah bila Abang menyelit antara dua buah lori masa berhenti kat traffic light dalam perjalanan nak balik tu. Tapi, ia tetap jadi kenangan manis buat aku. Pengalaman hari ini dalam sejarah buat seorang Siti Aishah. Cuba merasai perjalanan pergi-balik suamiku, KL-Segamat, Segamat-KL. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pemelihara.

Dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari rahmat kasih sayang-Nya, kasih antara kitorang berdua suami isteri bersemi dan menyubur. :h

I love my hubby, Mohamad Zakwan bin Md Mohid.! :L <3



Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting