Saturday 16 February 2013

Hukum Pemakaian Inai

E-FATWA

Bagi wanita, sama ada yang sudah berkahwin mahupun belum, pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki adalah harus, selagi ia tidak menimbulkan fitnah. Demikian diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009.

Namun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur meragukan.

Mengenai corak atau ukiran digunakan pula, muzakarah itu menjelaskan yang dibenarkan adalah bentuk daun dan tumbuh-tumbuhan, manakala corak haiwan, lambang dewa dan ajaran atau apa juga gambaran bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Sementara pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan, kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin sewaktu majlis perkahwinan dan bagi tujuan perubatan.

Sumber : Harian Metro, 16 Februari 2013 - Addin, m/s 26.

Wallahu'alam.

Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting