Saturday, 26 January 2013

2 Minggu Bercuti

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamu'alaikum!

Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah hampir pukul 4 petang tadi. Akhirnya aku kembali ke Kampung Jawa setelah 2 minggu meninggalkannya. Hehehe :D Ke mana jelah aku pergi dalam 2 minggu tu ek? Meh sini aku 'story-mory' kat korang.

Sabtu, 12 Januari yang lepas - Aku ikut abang aku hantar Bapak pi KL utk appointment kat IJN hari Selasa. Balik dari IJN petang Selasa tu, aku ke Klang, ikut Bapak pi rumah abang aku. Aku kembali ke KL hari Khamis malam Jumaat sebab hari Jumaat tu dah janji dengan my niece nak keluar pi beli tiket untuk ke Terengganu.

Sabtu, 19 Januari - Aku ke rumah kakak aku kat Sri Damansara. Duduk kat situ 3 hari, hari Isnin aku balik semula rumah abang aku kat Keramat Wangsa. Malam tu d0k sibuk mengemas barang untuk pi Terengganu esoknya.

Selasa, 22 Januari - Aku and my niece pun bertolaklah pi Terengganu naik bas pukul 10.45 pagi (bas gerak pukul 11 pagi). Sampai stesen bas Kuala Terengganu pukul 7.30 malam. Maghrib! Kakak aku pun bawaklah kami berdua solat dulu kat Masjid Negeri. Lepas solat, baru pi makan. Alhamdulillah.

Rabu, 23 Januari - (BIRTHDAY BAPAK), aku bersama kakak dan anak buah aku keluar melaksanakan misi jalan2 cuci mata. Hahaha! Tempat pertama yang kami lawati ialah Taman Tamadun Islam (TTI). Kat bawah nie aku ada kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan korang. ^_^







pintuKAH ATAU tingkapKAH???!

 Lepas berjalan-jalan tengok monumen kat TTI, waktu Zohor pun masuk. Kami pun pi lah solat kat Masjid Kristal. Alang2 dah kat situ kan. Lagipun bila lagi nak merasa solat kat Masjid Kristal. ;)


Lepas solat, kami teruskan misi jalan2 kami ke Muzium Negeri Terengganu. Masuk muzium dalam pukul 3.45 petang. Kami tak dapat lama kat situ sebab muzium tutup pukul 5 petang. Sebelum pukul 5 kami dah keluar dari bangunan muzium sebab nak gerak pi tengok kapal besar pulak. Ngeee~ :D

Muzium Negeri Terengganu



Setelah penat seharian berjalan-jalan (pi 2 tempat je pun), akhirnya kami singgah di Pizza Hut untuk mengisi perut yang dah kelaparan. Hihihi~ :D

having meals at Pizza Hut

Khamis, 24 Januari - Lepas Zohor kami pi bekwoh kawan kakak aku kawen (tak ingatlah area mana bekwoh tu). Balik dari bekwoh, kami ke Kelulut. Makan kepok and sotong goreng celup tepung kat tepi pantai. Seronok dan tenangnya dapat tengok laut terbentang luas depan mata. ^_^

Pulau Kapas - pandangan dari jauh

Sabtu, 26 Januari (hari ni la) - Bas dari Terengganu pagi tadi pukul 9. Tapi aku sampai stesen bas pukul 9.03 pagi. Hampir2 aku tertinggal bas tau. Huhuhu. Alhamdulillah, sempat jugak naik.

Alhamdulillah juga my niece selamat sampai kat Hentian Putra KL nak dekat pukul 5 petang tadi.

Akhir kata, terima kasih tak terhingga buat abang2 dan kakak2 ku yang sudi menerima kunjungan ku di rumah mereka. Sayang awak juga~! ^_^

Sunday, 13 January 2013

Jalan-jalan Cari Makan

Assalamu'alaikum :)
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu. :O

at Dubu Dubu Seoul Food

Meh nak cter sikit. :fire Siang tadi aku dengan Yana pi buat aktiviti jalan2 cari makan ke Mid Valley. Pi jalan2 sampai sana sebab nak pi try makan makanan Korea kat Dubu Dubu Seoul Food. Dah lama teringin nak makan makanan Korea sejak gilerr dengan Running Man and Family Outing (Season1). xD

winter sonata

Dan akhirnya, aku dapat jugak merasa makan makanan Korea. :e Tadi aku try combo soondubu jigae - seafood & chicken. Boleh tahan la. :tup Tapi aku tak dapat nak abeskan sebab bila dah tak panas, kuat sangat rasa toufu yang ada dalam tu. Tak boleh nak telan lagi dah. xP

Lepas jalan2 kat Mid Valley, kitorang gerak pi KLCC. Dating sambil makan KFC kat Taman KLCC. o_O Makan lagi!??? :r Haruslah! Sebab tu la title entry nie, 'Jalan-jalan Cari Makan'.
 Hehehe. ;)



Ok la, sebagai penutup entry, aku share kat cnie status aku kat FB tadi. ;)

 "mse kuar date td, cik Liyana ade trberkenan kat 1 beg nie.. tp ble tgk harga, HEART ATTACK jadinye.. maka dgn BROKEN HEART, yana brlalu pergi dr ctu.. dan tanpa dpt dknalpsti dmna hilangnya PLAN A, kami brdua menemui PLAN B yg akhirnye brkesudahan dgn BACKUP PLAN.. tapi, ada lg ssuatu yg lbh mnrik yg kami nmpk.. kami nmpk BATMAN dan SUPERMAN!!! jeng! jeng! jeng! ^^,
(al-kesah utk arinie)"
 

Thursday, 3 January 2013

Sup Ayam

Bismillahirrahmannirrahim.

Berrrkkkk~! Alhamdulillah, kenyang dah lepas lunch kejap tadi. Hari nie aku masak sup ayam. Cubaan kali ke-2 aku masak sup ayam. 1st time hari tu tak berapa nak jadi, kurang rasa sup. Kalau nak diikutkan, awal2 lagi aku dah cakap dengan kakak2 aku yang aku dah taknak masak sup ayam lagi pasnie sebab dah kuchiwa~ Huhuhu.

Tapi, disebabkan aku dah tak tau nak masak apa untuk hari nie, akhirnya aku buat keputusan untuk masak sup ayam. Yelah, dalam seminggu nie aku dah masak ayam masak kicap, ayam masak merah la, sampai aku pun dah tak tau nak masak apa lagi ayam yang bapak beli buat lauk tu. Dah la aku nie pun bukan tau sangat masak. (kat cnie tak la brmksd yg hari2 bapak beli ayam and hari2 aku masak lauk ayam ye ;D)

Mula2 tadi ingat nak goreng je ayam tu sebab aku nak mbening. Tapi bila tengok bahan2 untuk mbening tak cukup, maka tak jadi la nak mbening. Habis tu, takkan nak makan ayam goreng macam tu je kan? Macam tak syok la pulak nak hidang kat bapak lauk makan tengah hari ayam goreng kosong je. Tu yang last2 aku decided masak sup ayam je tu.

Masa aku tengah masak tu, aku pun rasalah kan sup aku tu. Hmmm. Kurang gula dan kurang garam. So, aku tambah la sikit lagi garam dan gula kan. Bila rasa balik, still ada yang kurang. Ok fine~! Bahan2 aku masih lagi kurang rupanya. Aku pun buatlah misi menyelamat sup aku tu. Kasik tumbuk merico (lada putih/lada sulah) lagi sikit, hiriskan bawang merah dan bawang putih jugak. Plup! Masuk dalam sup. Tunggu la sampai mendidih. (apsal dah mcm ajar cara2 nak masak sup pulak ek? hahaha) Bila rasa semula, dah ok la kot.

Lepas je solat, time to makan lah kan ~_^ Berselera betul makan hari nie. Bapak makan pun sampai tambah tadi. Memang aku saja masak nasi lebih sikit daripada biasa hari nie sebab dapat rasa yang kitorang berdua akan makan lebih sikit tengah hari nie. ^_^ Dan, satu ayat dari bapak yang buat aku tambah kenyang hari nie ialah "seger madang iki dino". Wink3! *_*

*nota kaki: lupa la nak snap gambar sup ayam aku tu.. huhu

Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting