Showing posts with label Me & Friends. Show all posts
Showing posts with label Me & Friends. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Cerita Raya 2014

Assalamu'alaikum wbt.
Selamat Hari Raya Aidilfitri! ^_^
(errr... rasanya belum terlewat sangat kan untuk ucapan selamat hari raya tu sebab hari nie baru 7 Syawal. hehehe :D)

Entry kali nie taknak cakap banyak. Cuma nak kongsi beberapa keping gambar sepanjang seminggu berhari raya. ;)

1 Syawal 1435H @ Kg. Jawa Segamat

  

@ Kg. Gudang Garam Segamat

2 Syawal 1435H @ Sagil

~ <3 3 Syawal 1435H - full with love <3 ~

5 Syawal 1435H : beraya bersama kawan-kawan sekolah

Salam kasih sayang dan salam syawal,
Siti Aishah binti Mat Angsar
Syawal 1435H = 2014M

Saturday, 28 June 2014

Ima & Aishah


28 Jun - 5 tahun yang lepas pada tarikh ini buat pertama kalinya aku jumpa dia. Dia yang menjadi roommate ku, coursemate ku dan juga classmate ku. Dia yang ku maksudkan ialah Nurul Hasimah binti Abdul Rahman, Ima.

Ima & si boOolat

Banyak sangat kenangan yang kami kongsikan bersama. Suka dan duka sepanjang kami berdua jadi roomate untuk 3 semester pertama di UUM serta menjadi coursemate and classmate sepanjang menyelesaikan 3 tahun pengajian sebagai penuntut Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan. Terlalu panjang untuk aku terjemahkan dengan tulisan, cukuplah sekadar beberapa keping kompilasi gambar kami kat bawah nie sebagai pengganti kata.


Semester 1

Semester 2

Semester 3

Semester 4

Semester 5

Semester 6

our's latest picture together - 21 Jun 2014 - last week

To Ima:
Terima kasih semek untuk semua yang kita lalui bersama hingga ke hari ini. Wish you all the best and always be happy, my dear.
Love you so much! :L 
(nah picture bajet hot kita berdua :P)



Tuesday, 24 June 2014

Sehari Bersama Keliling Satu Dunia

Assalamu'alaikum. I'm back! Do you miss me? I miss you too! ;)

Entry kali nie saya nak cerita kisah dating saya dengan Hawa, Ima & Yana hari Sabtu lepas. Dating kami kali nie yang pertamanya sebab memang dah lama sangat tak dating beramai-ramai. And yang keduanya pulak, konon nak meraikan Cik Hawa as orang bujang sebab lepas raya nanti Hawa dah nak tukar status dah, insyaAllah. 8)


Sampai je destinasi yang dituju - seperti biasa bila kami pi tempat yang tak biasa pi - direktori menjadi pilihan untuk dibelek sebab nak cari tempat untuk mengisi perut yang kelaparan. Hahahaha :vD

Selepas disenarai pendek, ada 2 pilihan tempat makan. Sebelum keputusan dibuat, kami pi survey menu dulu. Dan yang paling kelakar bila Yana suruh angkat tangan - Yana, Ima & Hawa telah mengangkat tangan mereka - untuk vote nak makan kat mana. Hahahahaha... (gelak golek-golek) :r :r :r


before and after lunch time


Agenda dating kami kali nie banyak dipenuhi dengan aktiviti berposing! xD Kalau tak percaya, dipersilakan untuk terjah Facebook Ima & Yana, kemudian tengok gambar-gambar kami kat situ. Atau mungkin boleh singgah blog-blog mereka berdua untuk tinggalkan komen (tu pun kalau mereka dah sempat update story pasal dating nie la). Hehehe :D



Tersangatlah happy dapat spent times dengan Ima, Yana & Hawa. :e Dari Malaysia, kami sampai ke Vietnam, lepas tu kami ke Bali, seterusnya ke Venice, dan tak ketinggalan ke China. 8)
(jauhhh kan kami pi melanconggg...? :P)


  

Akhir kata, buat Hawa, Ima, Yana, dan juga sahabat-sahabatku yang lain, harapanku semoga jalinan ukhuwah yang terbina antara kita akan kekal walau apa jua status masing-masing lepas nie.
Sayanggg korang! :k


~ <3 Hawa <3 Ima <3 Sha <3 Yana <3 ~
*To Yana: Sorry madam. I 'culik' gambar kat atas dari Facebook you. Hehehe :P

Sekian entry yang skema dariku. :P
Salam sayang dan rindu, Siti Aishah Mat Angsar. :h

Saturday, 25 January 2014

Kembali Ke Sekolah!

Bismillahirrahmannirrahim.

"Salam sha.InsyaAllah esok akan ada surprise utk ko.Doa banyak2 ea."

Hah! Tu sms yang Mal hantar kat aku malam tadi. Gaya suruh doa banyak2 macam orang nak datang bawa rombongan meminang je. :P Hahaha.

Dan alhamdulillah, lebih kurang pukul 3.30 petang tadi Mal sekeluarga sampai. Then, boleh pulak cik kak nie ajak aku pi sekolah! Aku mula2 tu macam tak nak sebab arinie kan cuti. Bukan boleh jumpa cikgu2 pun. Tapi, bila fikir2 balik, bagus jugak cadangan nak pi melawat sekolah tu. Taklah segan sangat nak posing sebab takde orang. :e Hehehe :O

Dari kawasan letak kereta kat bahagian depan, kitorang berdua menapak pi blok paling belakang yang dekat dengan asrama. And of course bila dah sampai kat kelas kitorang masa form 3 dulu, mestilah kitorang nak masuk! Lagi2 bila Mal keluarkan ayat, "Sha, tempat kita dulu Sha." Hah, lagilah membuak2 rasa hati nak masuk kelas tu and duduk kat tempat duduk kitorang dulu. :L

3 KAA 1 - SMKDBDS - 2005

     

Setelah puas lepas rindu kat dalam kelas, barulah kitorang ronda2 keliling sekolah. Hah, kat bawah nie ada beberapa gambar yang boleh aku kongsikan.

~ biarlah foto berbicara ~






@ Taman Astakona SMKDBDS

Sedar tak sedar, dah lebih sedekad rupanya usia persahabatan kitorang nie. Ukhuwah fillah abadan abada, insyaAllah! :k Semoga redha Allah selalu mengiringi perjalanan kita di muka bumi ini. Amin! :h

...: <3 Sha & Mal <3 :...

with love,
Siti Aishah binti Mat Angsar
23 Rabi'ul Awal 1435H

Monday, 13 January 2014

Kisah Cinta

Bismillahirrahmannirrahim.

11 Januari 2014

Dating again! :e

Destinasi pilihan Yana untuk kitorang date kali nie ialah One Utama. Kenapa One Utama? Biarlah rahsia... Hehehe :D

Dari stesen LRT Taman Bahagia kitorang berdua naik teksi untuk ke One Utama. Bro teksi tu hantar kitorang kat pintu masuk yang dekat dengan Sri Pentas.

Masuk2 je bangunan One Utama tu, perkara pertama yang kitorang berdua cari ialah direktori. 8| Hahaha. Direktori tu penting ye kawan2 bila masuk shopping mall yang besar gedabak tu. :P And what are we looking for? We are looking for Pizza Hut... Hihihi. Macam biasalah kan, tiap kali keluar dating perut mesti mau penuh dulu before teruskan dengan sebarang aktiviti lepas tu. xD

Pizza Hut has been found! :party
TAPI, ada sesuatu kat sebelah Pizza Hut tu yang lebih menarik perhatian Yana! :L
Taraaa~ katak ijo! :tup
Bersungguh2 Yana posing dengan prince frog dia. Akakaka~ :P

Yana & her boyfriend??? Ahaks! :P

Dah sudah makan, kitorang pi surau dulu untuk solat Zohor sebab dah masuk waktu. Lepas solat barulah bermula sesi jelajah One Utama oleh kitorang berdua.

First, kitorang pi terjah U-Bowl. Aku ajak Yana main bowling sekali tapi dia tak nak pulak. Takut bola banyak masuk longkang katanya! :~ 
[Madam, sila tengok result saya nie. Teruk ok! Nie sebab banyak masuk longkang jugak la nie. Al-maklum, dah setahun lebih tak main bowling kan. Sepatutnya kamu join je saya main. Kita boleh sama2 buat rekod bola paling banyak masuk longkang. Hahaha]


Hentian kitorang yang seterusnya ialah MPH Bookstores sebab Yana cakap dia nak beli novel. Keluar je dari MPH kitorang decided nak balik sebab tak nak lewat sangat sampai rumah.

Seperti yang telah aku janjikan dengan Yana masa mula2 kitorang masuk One Utama tu, aku cakap aku akan pastikan untuk bawa dia keluar melalui pintu yang sama dengan yang kitorang masuk. Dan aku berjaya! :e
[Yana, sila belanja saya chicken chop dan tolong sediakan pingat ilmu, budi, bakti untuk saya ye! Hihihi]

Sha & Yana @ One Utama

12 Januari 2014

Memenuhi jemputan majlis pertunangan kat Taman Permata. :e

Jumpa Ima kat LRT Setiawangsa dalam pukul 10 lebih untuk gerak sama2 pi Taman Melati. Yana and her parents jemput kat LRT Taman Melati sebelum kami berlima sama2 pi majlis tu. Happy together! Wink3 ;)

.: <3 Ima, Sha, Yana - we trio together again <3 :.

Ucapan khas buat my lalink,
"Tahniah, Hawa! Semoga dipermudahkan urusan Hawa dan tunang dalam persiapan menempuh alam rumah tangga lepas nie. Jangan lupa sediakan kad jemputan VVIP untuk saya sempena majlis walimah kamu nanti ye." ;)


.: <3 amek berkat - congratz my dear lalink, Hawa Jalilah <3 :.


Dua gambar kat bawah nie pulak sempat disnap sementara tunggu ayah Yana amek kereta masa dah nak balik tu. Caption untuk dua gambar nie, 'kami di bawah pohon bamboo!'. Hihihi :$ Terima kasih buat mak and ayah Yana sebab sudi tumpangkan saya dan Ima. Nice to meet you both, pakcik and makcik. :)

        

with love,
Siti Aishah binti Mat Angsar

Tuesday, 10 December 2013

Epilog Kembara di UUM

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, penantian selama 1 tahun 1 bulan dari tarikh hantar laporan praktikal telah pun berakhir pada minggu lepas.


3 Disember 2013 - Hari konvokesyen ku! :e

Aku kini secara rasminya ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian - Bachelor's Degree in Business Administration with Honors dari Universiti Utara Malaysia. 8)


Terima kasih buat seluruh ahli keluargaku yang menjadi tulang belakangku sepanjang kembaraku di bumi Sintok. :h

Terima kasih tak terhingga juga buat Bapak, Kak Nina sekeluarga, Kak Jilah sekeluarga, Kang Iman sekeluarga dan juga Kang Romzi sekeluarga yang dapat hadir untuk bersama-sama meraikan kejayaanku ini. :k


Tak dilupakan, terima kasih banyak buat kak Kiran & abg Zawawi sekeluarga yang sudah seperti keluargaku sendiri sepanjang 3 tahun aku di negeri jelapang padi ini. :$ Semoga hubungan kekeluargaan ini berterusan, in sha Allah! ^_^


Last but not least, buat sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan, terima kasih dan tahniah buat kalian! :party Ukhuwah fillah abadan abada <3

pra-konvo
pra-konvo
hari konvo!

Next, let's continue aiming for awesomeness! ;)



with love,
Siti Aishah binti Mat Angsar


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting