Bismillahirrahmannirrahim.
Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.
Nampaknya tahun ni tak banyak entry yang sempat untuk dicatatkan di sini. Tapi tak apa, hari ni saya mengambil kesempatan di hari terakhir tahun 2015 untuk meluangkan masa di sini.
Saya kongsikan sedikit sekitar
majlis bertandang pada hari Sabtu, 26 Disember 2015 yang lalu. Selepas lebih 8 bulan nikah dan
kena jadi pengantin lagi sekali, agak-agak apa rasanya? Hahaha. Sukar untuk ku
gambarkan dengan kata-kata.
bersama keluarga belah pengantin perempuan |
bersama keluarga belah pengantin lelaki |
Apa pun, sangat bersyukur majlis
berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Jutaan terima kasih buat kedua belah
keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga yang banyak membantu serta para
tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Jazakallahu khairan jazak.
0 comments:
Post a Comment