Sunday 24 March 2013

Kami 'Balik Kampung'!

Assalamu'alaikum! :)


Ahad! Ahad! Kuliah! Kuliah! Kuliah!
Hehehe ;) Tak tau kenapa, dalam 2, 3 minggu nie, aku rasa rindu sangat zaman bergelar siswi kat UUM! Rasanye kalau boleh, aku nak kembali berada kat sana, mengulang saat2 indah :d

Ok2, alang2 aku ada mood nak menulis nie kan, meh sini aku nak kongsi detik2 bahagia masa aku dan 2 orang lagi member aku 'balik kampung' untuk hantar laporan praktikal lebih 4 bulan lepas.

@ Stesen KTM Alor Setar ^_^

Kami bertiga - aku, Yana & Hawa - decided nak 'balik kampung' gunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 8) Yelah, selalu sangat dah balik naik bas. So, kali nie nak try naik train pulak. Kitorang pilih Kelas Superior Malam sebab nanti boleh baring, tidur sepanjang perjalanan malam tu :i Train kitorang berlepas dari KL Sentral pada 8/11/2012 jam 2120.

 


Dan sebagaimana yang tertulis kat tiket, kitorang sampai kat stesen KTM Alor Setar tepat jam 0716, 9/11/2012. :)

      

Kami sampai jugak kat UUM setelah sekian lama menunggu bas kat Shahab untuk perjalanan masuk ke UUM. :f Sampai2 je letak beg kat bilik and then terus pi serang kafe untuk lunch. Kesian Su sebab lama tunggu kitorang untuk lunch sama2. ;)

Petang tu pulak, lepas hujan reda, kami - aku, Yana, Hawa & Su - pakat ramai2 pi serang kafe DPP EON untuk makan chicken chop kat situ :party Dan seharusnya my ex-roommate, cik Ima pun ada sekali. :e

chicken chop - our dinner @ cafe DPP EON

Report dah siap, tinggal nak hantar je 11/11/2012. :L So, 10/11/2012 tu kitorang pun keluar la berjalan2 kat Changlun. ;) (Changlun jelah sebab plan A and plan B dah terpaksa cancel. :( Guna la backup plan akhirnye. :||)

Pape pun, alhamdulillah, sebab segala urusan berkaitan laporan praktikal dan yang lain2 dapat diselesaikan sepanjang kitorang kat sana. :D Terima kasih sangat2 buat Su dan roommatenye sebab sudi tumpangkan kitorang untuk menginap kat bilik diorang :L

Dan sebelum aku tamatkan entry nie (yg dah pnjg jgk aku brceloteh rupenye), aku secara peribadi rasa happy sangat sebab dapat jumpa dan kumpul balik ramai2 dengan member2 rapat aku selama 3 tahun aku kat UUM.

Selain tu, aku rasa bersyukur sangat sebab akhirnya aku dapat merasa naik train setelah sekian lama aku impikan. Kalau sebelum nie aku pernah kongsikan pengalaman dan perasaan aku dapat merasa naik flight dalam entry terbang di awan biru, kali nie aku kongsikan pengalaman dan perasaan naik train pulak. :o (wlupun x byk yg aku cter pasal tu kn.. :$ Hehehe :i)

Ok, sampai sini dulu. Sehingga bertemu lagi dalam entry2 akan datang. ;)
Wassalam :)


*entry pengubat rindu ;)

Sunday 10 March 2013

Biskut Marie

Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar, semua? Semoga sihat2 selalu. ^_^

Hmmm... Rasanya dah lama aku tak berkongsi kisah dengan korang kan. Kali nie nak bercerita pasal apa pulak ek? Pape pun, let's begin!


 Hah! Tau tak gambar apa kat atas tu? Itulah biskut marie. ^_^ Meh sini aku nak cerita sikit kaitan biskut marie nie dgn aku.

Kalau korang nak tau (klu xnk tau pun, buat2 nk tau jgk la ea..hehehe), dulu zaman aku sekolah rendah aku selalu bawak biskut marie nie as bekal aku. Yang paling aku ingat masa aku darjah 6 la. Boleh dikatakan setiap hari aku akan bawak bekal biskut marie coklat pi sekolah. Sambil naik motor Bapak hantar pi sekolah, sambil aku makan. Pastu sampai kelas, aku sambung makan yang baki.

Berkeping-keping jugak la aku bawak tiap2 pagi. Daripada kawan2 aku tak tau, sampai diorang tau kebiasaan aku. Siap ada yang tanya, "hari nie tak bawak bekal biskut marie ke, sha?" kalau hari tu aku tak makan biskut marie. Hahaha!


Dan korang mesti dah biasa jugak makan kek batik biskut marie nie kan? Aku paling suka kek batik yang abang aku buat. Walau macam mana sedap kakak aku or kakak ipar aku or orang lain yang buat, aku tetap suka kek batik abang aku! ^_^ Mungkin sebab dulu kat rumah memang abang aku tu je yang selalu buatkan kek batik untuk kitorang yang ada kat rumah waktu tu. Hihihi~

Ok~! Nak cerita apa lagi pasal biskut marie nie ek? Tak ada apa dah kot. Cumanya yang aku nak highlight kat entry nie adalah pasal biskut marie yang aku jadikan bekal pi sekolah tu. Rindu pulak nak buat macam tu semula. Dan idea entry nie sebenranya datang malam tadi. Sebab tetiba je aku terbau biskut marie. Sedapnye~!!! Rindu~! Ahaks! :P

Ok la, sehingga bertemu lagi.
Salam sayang dariku, Siti Aishah!


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting