Thursday 31 December 2015

Penutup Diari 2015


Bismillahirrahmannirrahim. 

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. 

Nampaknya tahun ni tak banyak entry yang sempat untuk dicatatkan di sini. Tapi tak apa, hari ni saya mengambil kesempatan di hari terakhir tahun 2015 untuk meluangkan masa di sini.

Saya kongsikan sedikit sekitar majlis bertandang pada hari Sabtu, 26 Disember 2015 yang lalu. Selepas lebih 8 bulan nikah dan kena jadi pengantin lagi sekali, agak-agak apa rasanya? Hahaha. Sukar untuk ku gambarkan dengan kata-kata.

bersama keluarga belah pengantin perempuan

bersama keluarga belah pengantin lelaki


Apa pun, sangat bersyukur majlis berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Jutaan terima kasih buat kedua belah keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga yang banyak membantu serta para tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Jazakallahu khairan jazak.


Saturday 15 August 2015

Semangat Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk timbul di sini setelah agak lama tenggelam.

Ramadhan telah berlalu dan Syawal baru saja melabuhkan tirai. Kini bulan haji mengambil gilir. Kepada bakal-bakal jemaah haji, selamat berlepas ke tanah suci. Semoga selamat dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh berada di sana dan semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.

Turn off mood skema, turn on mood santai.

Majlis kenduri kahwin kembali memenuhi hujung minggu sejak awal raya hari tu. Minggu ni Bapak tak ada jemputan kenduri kahwin, jadi semalam aku balik rumah mentua sebab rasa macam dah lama sangat tak balik sana. Balik lepas rindulah konon.

Hari ni aku menyibukkan diri aku dengan meng ikut Mak Abah pi dua jemputan kahwin. Makan lauk rumah pengantin la kita. :party

Ada sesuatu yang menarik perhatian aku masa pi majlis tadi dan aku suka! Aku suka bila ada seorang pakcik ni datang majlis kahwin dengan berbaju melayu siap sampin. Al-kisahnya pakcik ni dari jemputan rumah terbuka sempena raya dan lepas tu terus datang memenuhi undangan majlis kahwin. Pada orang lain aku tak tahu, tapi pada aku itu menarik! Sebab seingat aku, aku belum pernah ternampak dalam mana-mana majlis kahwin sebelum ni. Selalunya dalam majlis kahwin yang biasa segak berbaju melayu selain pengantin yang nak akad nikah, keluarga dan saudara mara ...dan juga pengapit. Tapi kali ni bila nampak tetamu yang datang dengan berbaju melayu, aku yang semangat! Wahhh~!

Dan bercerita pasal semangat majlis kahwin ni, aku terasa nak meluahkan rasa semangat aku.

Sejak dari kecik tak berapa nak kecik, aku memang suka tengok majlis kahwin. Tapi bukan yang pergi ikut Bapak dan arwah Mak tu. Suka tengok yang ada kat TV, kat majalah ke, kat surat khabar ke. Hah, yang macam tu. Boleh berangan, “nanti majlis kahwin aku tema macam ni, pelamin nak macam tu, baju pulak macam ni”, macam-macam. Paling suka tengok warna inai kat jari pengantin perempuan.

Diakui dulu aku memang suka dan rasa nak buat majlis kahwin aku secara besar-besaran, gah dan mewah. Terpengaruh dengan statement ‘wedding of the year’. Tapi, alhamdulillah pengaruh ‘wedding of the year’ tu semakin berkurangan seiring peningkatan usia, ditambah dengan pendedahan yang ada dan ilmu yang dicedok sikit-sikit.

Alhamdulillah majlis kahwin aku hari tu berjalan seperti yang diharapkan walaupun rasa macam masih ada ‘over’ sikit. Biasalah, semangat majlis kahwin namanya. Dikesempatan ni aku mohon maaf andai ada kekurangan dalam majlis tu, ye.

Dan dengan semangat yang masih terbawa-bawa sampai sekarang, kalau nak pi majlis kahwin (pi sendiri), aku akan cuba datang dekat-dekat waktu ketibaan pengantin. Sebab aku suka nak tengok pengantin tu. Konon-kononnya aku pun pengantin jugak. Ahaksss!

Baiklah, sekian untuk kali ini.


Semoga kasih, sayang, cinta dan rindu ini kerana Allah dan berpanjangan hingga ke syurga.

“Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah”.

Monday 11 May 2015

Motor Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.

11.4.2015 – 11.5.2015 = sebulan : Alhamdulillah! :$

Kembali kepada tajuk, kenapa ‘Motor Kasih’ ek? Emmm... Macam ni ceritanya...

Dua minggu lepas Abang (my hubby) balik bercuti kat kampung [hah! buat yang tak tahu, aku sebenarnya tinggal berjauhan dengan suamiku buat sementara]. Jadi bila Abang balik, sangat seronoklah kan dapat jumpa suami. Wink3! ;) Abang balik naik motor kali ni. Abang sampai dah nak pukul 11 pagi jugak lebih kurang. Petang tu pulak kitorang pergi dating dan kemudian balik singgah rumah mertuaku jap.

Yang nak dikisahkan tu sebenarnya, kitorang dating naik motor! Hoorayy!!! :e Hahaha. Ok, ape yang beria sangat aku ni? Aku beria sangat ni sebab aku tak pernah keluar ke bandar naik motor. Paling-paling jauh naik motor dengan Bapak sampai SKKJ dan SAKJ jelah. Sebabnya, alhamdulillah, rezeki Bapak dah ada kereta dah waktu tu. Jadinya ke mana-mana naik kereta jelah.

Mulanya tak jadi jugak nak naik motor sebab hujan masa kitorang tengah bersiap nak keluar tu. Tapi masa dah siap, hujan pun dah berhenti.

Kata suamiku, “Sayang betul ke nak naik motor ni? Kita naik kereta jelah.”

“Kita naik motorlah, Abang. Tengok langit dah cerah tu. InsyaAllah pergi ni tak hujan. Kalau hujan pun, kita berhentilah kat mana-mana nanti. Takpe je kalau balik nanti hujan. Sama-sama lencunlah.”

Suamiku yang baik hati pun turutkanlah keinginan si isteri ni. Hihihihi. :O

Alhamdulillah, perjalanan pergi dating kitorang tak hujan. Tapi! Waktu kitorang dating tu hujan. Dok berdating kat tempat berbumbung tinggi dan berdinding tebal, memang tak perasanlah cuaca kat luar macam mana, kan? Rupa-rupanya hujan kat luar. Motor yang parked kat luar tu pun sah-sahlah basah! >.<

Dikala bilal kat masjid dan surau sedang bersiap sedia untuk melaungkan azan Maghrib, kitorang berdua suami isteri gigih mengelap tempat duduk motor. :P Kering tak keringlah tempat duduk tu kan. Kitorang terus gerak ke Teluk Kelubi lepas tu [ape daaa Maghrib kat jalanan - huh! jangan contohi sikap ini :tdown].
Sejuk wooo naik motor lepas hujan. Abang pulak terlupa nak pakai jaket. Aku pun terlupa nak ingatkan sebelum pergi sebab dah excited sangat. Glove jelah yang ada untuk Abang pakai.

Sampai rumah, salam dengan Mak, Mak tegur, “sejuk tangan”. Hehehehe.

Nak balik Kampung Jawa malam tu, memang minta Abang pakai jaket yang ada Abang tinggalkan kat rumah. Dah pukul 10 malam, mestilah udara lebih sejuk kan. Lagi-lagi lepas hujan.

“Takpe ke sayang tak pakai jaket?”

“Takpe, Abang. Sayang duduk kat belakang. Abang yang kat depan kena pakai jaket. Dah la masih batuk. Sejuk nanti, makin lambatlah nak baik.”

Baru keluar rumah pun dah terasa sejuk. Belum lagi gerak naik motor. :ice 
Mak bekalkan kitorang kek batik dan pisang nangka untuk digoreng buat sarapan esok pagi. :)

Perasaan aku??? I’m really happy!!! ^_^ Walaupun kecut perut jugaklah bila Abang menyelit antara dua buah lori masa berhenti kat traffic light dalam perjalanan nak balik tu. Tapi, ia tetap jadi kenangan manis buat aku. Pengalaman hari ini dalam sejarah buat seorang Siti Aishah. Cuba merasai perjalanan pergi-balik suamiku, KL-Segamat, Segamat-KL. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pemelihara.

Dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari rahmat kasih sayang-Nya, kasih antara kitorang berdua suami isteri bersemi dan menyubur. :h

I love my hubby, Mohamad Zakwan bin Md Mohid.! :L <3



Saturday 25 April 2015

Aishah & Zakwan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt. Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu di bawah naungan rahmat kasih sayang Allah SWT. Sudah agak lama saya tak menulis di sini kan? Dan entry ini merupakan entry pertama saya untuk tahun 2015.

Perkongsian kali ini ingin saya khabarkan bahawa hari ini genap dua minggu saya bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, pada tarikh 11 April 2015 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1436H, dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Mohamad Zakwan bin Md Mohid pada jam menghampiri 11 pagi.


Tiada kata lain yang mampu diungkap selain kesyukuran yang tidak terhingga kerana majlis berjalan lancar. Setinggi-tinggi terima kasih buat kedua-dua belah keluarga, saudara mara, jiran tetangga serta sahabat handai yang banyak membantu dan yang hadir memeriahkan majlis. Jazakallah khairan kathira.

Mohon doa juga dari semua buat kami berdua agar kami kuat, tabah dan sabar dalam membangun dan menyuburkan baitul muslim yang baru terbina ini.


Salam kasih sayang dari saya dan suami,
Aishah & Zakwan


Assalamu'alaikum wbt.


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting