Thursday, 1 May 2014

Selamat Hari Pekerja

Assalamu'alaikum.
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu.! ^_^

Hari nie 1 Mei bersamaan dengan hari pekerja. Jadi aku nak amek kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua yang bergelar pekerja; baik yang bekerja makan gaji mahupun yang bekerja sendiri, baik yang bercuti mahupun yang bekerja hari nie. Bagi yang bekerja hari nie, selamat menjalankan tugas! ;)

Soalan:
Aku nie termasuk dalam golongan pekerja yang patut diraikan tak? :et

Jawapan:
Tak! 8) Sebab aku masih lagi bergelar penganggur tegar.!
Hahahaha :P

Soalan: 
Kenapa aku tak kerja lagi? :brow

Jawapan:
Biarlah rahsia. Hahahaha :P
(Ekk??? Macam tu punya jawapan pun ada ke..?? >.<)

Hehehe. Ok-lah, meh sini aku explain sikit jawapan aku tu. Setiap seorang daripada kita dah dijanjikan rezeki masing-masing oleh Allah, kan? Dan bila sebut pasal rezeki nie membawa pengertian yang luas. Nikmat yang Allah kurniakan tu rezeki, ujian yang Allah berikan tu pun rezeki.

Untuk persoalan tu, ini jawapan aku; "rezeki aku sekarang nie adalah untuk jaga Bapak, untuk teman Bapak."

Eh2!? Kenapa jadi sesi soal-jawab pulak nie? Hahahaha. Apa-apa jelah! :P

Akhir kata, SELAMAT HARI PEKERJA..!! :party

Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting