Monday 31 December 2012

Lulus!

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum wbt. Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu ^_^

Hah! Sejak akhir2 nie banyak pulak kan entry baru yang aku tulis. Hehehe. Sementara duduk kat rumah nie tak berapa nak ada kerja, aku konon2 merajinkan diri menulis kat blog la, apa lagi.. ~_^

Ok~! Entry kali nie bukanlah satu entry yang panjang. Entry nie cuma nak share mood bahagia dan gembira aku yang baru je lulus ujian kereta dengan JPJ tadi. Wink3! *_* Alhamdulillah, lulus jugak akhirnya. Penutup tahun 2012 yang tidak mengecewakan ^_^ Terima kasih kepada semua yang sama2 mendoakan aku. Sayang awak juga~~~!


Tuesday 25 December 2012

Mandi Kolam!

Assalamu'alaikum!

Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah petang tadi. Hmmm... Selamat sampai rumah, balik dari mana ek? Hehehe. :D Sebenarnya aku dengan Bapak ikut Kak'A sekeluarga pi bercuti kat A'Famosa Resort semalam. Petang semalam pi, petang tadi dah balik dah. Tak lama, semalam je. Keluarga Kak Nina pun join sekali. Entry nie saja aku tulis atas permintaan kakak aku (Kak Watie) sebab dia tak dapat join. Nak tengok gambar sebenarnya. ~_^




Sunday 23 December 2012

Kenduri

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, selesai dah majlis kenduri arwah malam tadi. Rasa bahagia dapat berkumpul bersama-sama seluruh kesayanganku. Dapat jumpa sekali adik-beradik arwah mak yang dah beberapa bulan tak ditemui. Kehadiran jiran tetangga yang datang tolong masak. Sungguh, gembira betul! ^_^ Kat bawah nie aku ada share beberapa keping gambar buat tatapan semua. Biarlah gambar yang menceritakan segalanya ye. ;)

persediaan memasak

berhenti makan aiskrim jap ~_^

sesi memasak telah bermula

salah satu menu - kari daging

'Ya Hanana' dari anak2

marhaban

Huhu. Mengalir air mata aku mse marhaban tu. :c
Dan lps marhaban, majlis diakhiri dengan jamuan makan.

*nota kaki: gmbr org mkn xleh selit dalam nie. sekian.

Wednesday 12 December 2012

The Limit Is Me!

"There is only one person who is capable to set limits to your growth: it is YOU.



YOU are the only person who can revolutionize your life.

YOU are the only person who can influence your happiness, your realization and your success.

YOU are the only person who can help yourself.

Your life does not change when your boss changes, when your friends change, when your parents change, when your partner changes, when your company changes.

Your life changes when YOU change, when you go beyond your limiting beliefs, when you realize that you are the only one responsible for your life.

"The most important relationship you can have, is the one you have with yourself"

Examine yourself, watch yourself.

Dont't be afraid of difficulties, impossibilities and loses: be a winner, build yourself and your reality.

Source:
Personal Growth, Personal Independence: The Limit Is Me
By Robin Good

Monday 15 October 2012

Hadiah Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Apa khabar, semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu... ^_^

Entry kali nie aku nak kongsikan pasal apa yg brlaku pd tarikh 14 Oktober 2012 iaitu semalam (baca sampai abes ye kalau nak tau pasal apa). Hehehe :D


posing sementara menanti ketibaan komuter ke Subang Jaya

Ok la, mcm nie. Kalau korang nak tau, semalam aku dgn member2 kamceng aku akhirnya berjaya melaksanakan plan kitorg utk keluar 'hang-out' beramai2. Plan asalnya, kitorg nak keluar dating masa bulan puasa aritu, tp sbb masing2 sibuk, jadi tak sempat. Setelah bbrpa kali plan nie ditunda, akhirnya semalam kitorg dpt keluar bramai2.. ^_^

Berpagi-pagi lagi kitorg dah keluar dari rumah masing2 sbb dah rasa sgt teruja utk 'hang-out' a.k.a 'girls outing'. Kih3 :D Misi utama kitorg semalam adalah bermain ice-skating. Tentatif awal sepatutnya aku, Yana n Mira akan meet n gerak sama2 ke KL Sentral dari LRT Setiawangsa, tapi last2 tggl aku dgn Mira je yg dari Setiawangsa. Yana gerak dari LRT Masjid Jamek sbb dia hntr adik dia kat Pudu.


Kitorg decided meet kat KL Sentral sbb aku dgn Yana nak beli tiket train 'balik kampung' masa hntr report bulan 11 nanti. Lps beli tiket, kitorg ke Subang Jaya naik komuter dari KL Sentral. Sampai kat stesen komuter Subang Jaya, dah ada bas mini yg tggu nak ke Sunway Piramid. Kitorg pun terus terjah naik la, apa lagi kan.. ~_^

bas mini dari stesen komuter Subang Jaya ke Sunway Piramid

Sampai2 je kat Sunway Piramid tu, kitorg terus cari kedai makan utk sarapan. Yelah, dah keluar dari rumah pun awal pagi, tak sempat la nak sarapan bagai. Makan a.k.a sarapan itu penting ye, kawan2! Hahaha.

             

menu sarapan kami.. sarapanKAH?? hahaha


Lepas sarapan, barulah boleh pi main kan. Dah selesai buat bayaran utk pas masuk dan beli glove n stoking, kitorg tanpa melengahkan masa, terus check-in and snap a few picture!


Kat bawah nie aku kongsikan bbrpa gambar buat tatapan korang. Tak perlukn byk kata2, cukuplah gambar2 nie yg menceritakan semuanya ye.. ^_^






Yup! Seronok memang seronok, tapi sbb awal2 masuk aku dah jatuh 2 kali, maka aku amek langkah selamat utk main kat tepi2 je. Aku tak nak merisikokan diri sendiri sbb masa tu kesihatan aku pun tak berapa baik. Kalau aku paksakan diri jgk, rasanya mau dua, tiga hari jgk aku akan collapsed lps tu (sape yg tau tu, akan faham la kan). Huhu.

Ok2! Next, aku nak share gambar yg plg aku suka dlm byk2 gambar yg kitorg snap semalam.


aku & Ima



aku & Mira



aku & Ain



aku & Yana



mereka berempat - Mira, Ain, Ima, Yana - comel kan..?? ~_^


Haruslah byk gmbr aku kan. Hahaha! Lps puas main, tenaga pun dah abes. Kitorg pun apa lagi, pi serang kedai makan skli lagi la kan. Hehehe :D


kali nie layan fast food je


Hah, lps lunch yg dah tak brpa nak lunch tu, kitorg pun beransur pulang. Ready tggu bas kat luar Sunway Piramid tu.


posing lagi sementara tunggu bas nak balik


Pape hal pun, kat sini aku amek kesempatan nak ucapkan terima kasih kat Yana, Mira, Ain and Ima utk semalam. Best sgt3 outing dgn korg! Terutama kat Mira dgn Ain. Wlupun kita baru 1st time jmp, tapi kita terus ngam! Cayalah, korg! InsyaAllah nanti lain kali, kita 'hang-out' sama2 lagi ye... ^_^

Ok la my dear, sampai sini je ye. Rasa penat semalam still ada lagi sikit2. Nak sambung rehat. Hahaha. See you again next time! Wassalam.


receive my love ~ ~ ~ cewwaahhh!

*nota kaki : hadiah hari lahir lps sebulan birthday aku

Sunday 7 October 2012

Hot Issue

Assalamu'alaikum, my dear readers!
Semoga semuanye sihat2 sejahtera hendaknye... ^_^

Entry kali nie aku nak kongsikan ckit pengalaman dating with my dear 'lalink', Hawa Jalilah kat Berjaya Times Square semalam.

we both @ Uni Cafe, UUM

Plan asal nak keluar dating dgn Hawa 20hb or 21hb nanti. Tapi disebabkan aku ada janji lain pada tarikh tu, aku kena la awalkan janji kitorg. Lgpun Hawa tak dpt nak join kitorg  keluar ramai2 14hb nnti. So, aku ajak dia keluar dating in advance la konon2nye. Hehehe :D

Kitorg meet kat stesen LRT Setiawangsa dan kitorg terus ke Stesen LRT Masjid Jamek. Sampai2 je kat situ, azan Zohor pun berkumandang. Kitorg yg dah hampir nak lost kat situ sbb tak sure nak tuju arah mana nak naik Star LRT utk ke Stesen Hang Tuah, pun decided la tanye pakcik polis kat situ. Naik2 je escalator, LRT pun smpi. Kitorg pun ape lg, terjah masuk la terus. Sampai kat Stesen Hang Tuah, kitorg keluar dari train dan terus brjalan keluar dari stesen utk tuju ke Berjaya Times Square.

Anak saudara aku ada bgtau cara lain utk ke situ. Naik monorail dan berhenti kat Stesen Imbi. Tapi disebabkn Hawa tau cara mcm tu utk smpi ke Berjaya Times Square tu, kitorg redah la cara yg kitorg yakin kan.

Sampai kat Berjaya Times Square, port pertama yg kitorg cari ialah surau. Lps solat Zohor, kitorg decided nak makan kat McD je sbb malas nak pi turun byk2 tgkt utk smpi kat food court. Sambil2 makan, boleh tgk org main yg terjerit2 masa tgh main tu.


Lps 'isi minyak', kitorg mulakan misi kitorg. Yeahhh~!!! Dari satu kedai ke satu kedai kitorg singgah. Aku yg mula2 cadang cuma nak berwindow shopping je, last2 dpt 2 barang yg sgt brnilai. Hehehe :D

Ok, fokus kitorg adalah pada baju, kasut dan handbag. Dan benda pertama yg kitorg dpt ialah handbag aku. Lps tu, utk bbrpa kedai yg kitorg masuk, Hawa d0k busy tgk baju je. Then, dia dpt la sehelai baju yg plg mahal dlm byk2 helai yg dia beli semalam. Lps tu dia dpt sehelai lagi baju. Murah ckit drpd yg td. Lps tu, dia dpt baju lagi. Kali nie 2 helai terus dia sapu sebab mmg murah baju2 kat kedai tu. Keluar je dari kedai tu, katakan 'X' kat kedai2 baju yg strusnye kitorg nmpk. Kang ada budak borong baju tak sudah2 kang. Hahaha!

Kitorg turun pi tgkt lain plk, nak cari kasut. Sampai kat satu kedai nie, aku betul2 trtarik dgn 1 kasut boot kat situ. Semua nie gara2 Hawa berhenti kat satu kedai kasut yg byk jual kasut boot yg murah2 kat tgkt ats td tu la. Ada less 20%, tapi harganye still mahal tak mahal jgk la. Kat bahagian yg lain dlm kedai yg sama, kitorg nmpk plk kasut boot yg girlish ckit. Mcm kasut yg Yana pakai masa dinner Tradewinds aritu. Sepatah kata Hawa bila try kasut tu, "heaven!".

Aku mmg dah betul2 trtarik dgn kasut boot yg mula2 masa aku masuk kedai tu. Nak ke tak nak???! Pape hal, pi solat Asar dlu sblm buat keputusan nak beli or tak. Kitorg naik blk pi tgkt 7 utk solat and then turun blk ke tgkt 3 utk tgk blk kasut tu. Akhirnye! aku decided utk beli kasut tu. Wink3!!! ~_* (gmbr brg2 yg kitorg dpt smlm tu x perlulah letak kat cnie kn..? ~_^)

Lps je aku beli kasut tu, kitorg tak fikir nak pi tmpt lain lg dah. Kitorg dah fikir nak blk je sbb dah agak lewat masa tu. Masa Hawa bgtau dia dah sampai umah, waktu tu aku baru je dpt bas nak blk umah. Huhu! Pape pun, alhamdulillah, slmt sampai umah dan Maghrib pun tak trlepas bgtu sja.


Lalink, semoga ukhuwah antara kita berpanjangan, selamanya~~~ Amin!
Thank for the great moment that we share together yesterday ~_^

+++++++

Oh, ye! Sblm aku tutup entry nie, meh cnie aku bgtau dlu sbb apa tajuk entry nie mcm xde kna mgena je dgn cerita yg aku kongsikan nie. Mesti korg rasa mcm tu kan bile baca? Hihihi~ :D Sebenarnya, tajuk nie aku guna sbb masa kitorg masuk satu kedai kasut tu, kitorg ttbe dgr lagu nie dmainkn. Sape2 yg tgk Family Outing season 1 mesti tau pasal lagu nie. Lagu nie diorg sibuk mention masa Song Jihyo jadi guest. Diorg d0k cbuk suruh Jihyo menari lagu nie la. Hot issue! ~_^ Klu tak caya, cer check blk ea.

Ok, sekian dlu utk kali nie. Adios amigos!

Friday 28 September 2012

Dirantai Digelangi Rindu


-Dirantai Digelangi Rindu-

Tentu ramai yg tau lagu nyanyian kumpulan Exist nie kan? TAPI bukan semata-mata lirik lagu nie yg aku nak ceritakan kat sini. Yg aku nak kongsikan adalah kenangan lagu nie dlm diri aku.

Mcm nie, semalam ada sorang sahabat aku nie tetiba post kat wall FB aku pasal dia ada terdengar semula lagu nie setelah sekian lama. Nie hah yg dia post"skali ada sorang enck kat opis td psng lgu2 kat lappy die, kua lgu exist dirantai digelangi rindu.... teringat kat kmu! hehehe.. lgu sdh tp sy senyum sorang2 cuz teringat mksud disebalik lgu tu ^___~". Posted by, Miss Liyana Khairuddin.

Ya! Mmg ada rahsia disebalik lagu nie. Rahsia yg membawa seribu satu macam perasaan pada aku. Meh sini aku ceritakan sikit macam mana lagu nie blh jd istimewa buat aku.

Sebelum nie kalau korang masih ingat, aku ada post entry pasal Konvensyen SPR. Ingat tak? Sebelum delegasi SPR UUM ke UKM utk mengikuti konvensyen tu, aku sebenarnya mmg tgh giler layan lagu 'Dirantai Digelangi Rindu' nie.

Nak dijadiakn cerita, masa dlm perjalanan blk dari Konvensyen SPR tu, aku ada terdengar lagu nie dimainkan kat radio dlm bas yg kitorang naik tu. Masing-masing dah buat hal sendiri waktu tu. Aku yg mmg tgh mood lagu nie, sempat la layan perasaan jap. Pulak tu, kat luar tgh hujan lebat, lagi la feeling kan..? ~_^

Dlm perjalanan blk tu kitorang ada berhenti rehat kat R&R mana ntah, aku tak ingat. Masa berhenti rehat tu, sempat la pulak aku buat sesi luahan rasa kat Yana. Sesi luahan rasa tu tak berhenti kat R&R tu je tau. Ia bersambung sampai ke dlm bas sambil kitorang berdua menikmati cup corn yg kitorang beli masa kat R&R tadi.

Ok, masa tu tak keluar pun lagi cerita pasal lagu 'Dirantai Digelangi Rindu' nie. Semuanya bermula bila Cik Yana nie datang terjah bilik aku selepas beberapa hari kitorang balik. Masa tu aku mmg tgh syok lagi layan lagu nie. Kalau dah berulang-ulang kali aku play lagu nie kat laptop and handphone, maunye dia tak persoalkan..? Dan masa tu la tersingkap rahsia rasa hati aku disebalik lagu nie. Bermula la satu lagi sesi luahan rasa. Hehehe... Dan sejak Cik Yana tu tau pasal lagu nie, mmg tak sudah-sudah la dia dgn 'Dirantai Digelangi Rindu' dia tu! ^_^

Rasanya tak perlu la aku cerita in details pasal rahsia rasa hati aku tu kat sini. Cukup sekadar aku bgtau yg lagu nie sgt bermakna buat aku. Setiap kali dengar lagu nie, pasti aku akan terbayang kenangan sepanjang 4 hari Konvensyen SPR kat UKM tu.

Bercakap pasal kenangan 4 hari kat UKM, sebenarnya ada lagi satu lagu yg mengikat hati aku. Yg nie agak patriotik sikit lagunya. Lagu '1 Malaysia' nyanyian Ronnie & Ernie.


Aku masih ingat lagi macam mana kitorang wakil-wakil SPR IPT Zon Utara d0k beria-ia nak menghafal lagu nie sebab Ketua Fasilitator ckp yg kitorang akan kena perform depan V.I.P masa malam pertandingan kreatif anti-rasuah nanti. Aku, Yana and Ima yg terlebih excited nie siap download and search lirik lagu nie. Dah dapat, kitorang salin kat kertas and then 'passing2' kat geng SPR UUM yg lain. Masa dlm bas double-decker nak balik ke tmpt penginapan, aku dgn Yana sempat lagi pasang lagu nie berulang-ulang kali nak bagi cepat hafal sebab tak nak la nampak pegang kertas depan V.I.P kan.

Sayangnya, kitorang tak jadi nak perform malam tu. Sebab masa dah lewat sgt. Esok still ada slot program yg kena dipenuhi. Frustrated la jgk masa tu. Tapi perasaan tu tak lama sebab kitorang have fun balik lepas tu.

Mmg sampai sekarang, walaupun aku dah dengar lagu nie kat tempat-tempat dan program-program yg lain, ingatan aku tetap akan membawa aku ke detik-detik 4 hari kat UKM tu. Sebabnya waktu tu mmg aku dapat rasa kebergantungan dan kebertanggungjawaban antara kitorang geng SPR UUM nie. Yelah, kitorang pi UKM tu hanya berlima belas orang tu jelah. Tak ada pegawai pengiring pun. Wakil IPT yg lain masing-masing ada pegawai pengiring masing-masing. Bukan nak kata yg kitorang tak boleh nak berdikari, tapi disebabkan yg pi tu semua muka-muka baru, secara peribadi mmg aku rasakan perlu ada pegawai pengiring yg boleh guide kitorang utk berurusan dgn orang atasan. Walaupun macam tu, Alhamdulillah, kitorang mampu berdiri di atas kaki sendiri!

Mmg la, sungguh! Konvensyen SPR nie meninggalkan kesannya yg tersendiri dlm diri aku. Utk tu, aku nak ucapkan terima kasih kat Kerol selaku Ketua Sekretariat SPR UUM waktu tu, a.k.a my boss. Kalau bukan atas 'desakan' dari dia mintak aku pi, mungkin aku tak join pun. Dan pastinya aku tak akan dapat pengalaman yg cukup berharga nie. Pape hal, thanks boss ^_^

Eh2! Dah panjang sgt rupa-rupanya aku melalut kat sini. Maaf ye, teremosi plk tetiba. Bukan apa, bila ada seseorang / sesuatu yg membangkitkan kenangan aku sepanjang 3 tahun kat UUM, mmg aku jadi sensitif la kejap. Rindu sgt! Rasa macam baru semalam family aku hantar aku mendaftar kat UUM. Sekarang nie aku tgh berpraktikal utk melengkapkan kos aku. Tggl sebulan je lagi utk aku tamatkan praktikal aku nie. Pantasnye masa berlalu.

Ok lah, cukup-cukup la aku berceloteh kali nie. Nanti lain kali kita cerita lagi. Kpd yg sudi baca entry nie sampai abes, terima kasih daun keladi, kalau boleh jangan baca yg nie je, jemputlah baca yg lain-lain sekali. Hihihi ~_^

Sehingga berjumpa lagi!
Salam kasih sayang, Shasha Aishah Hanan.

Tuesday 11 September 2012

Bapak Di Hospital

Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar, semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu ~_^

Hmmm... Mood entry kali nie tak berapa happy sgt. Semalam pg Kak Watie, Kak Nina & Kang Romzi bawa Bapak pi hospital utk buat check-up. Nak tau apa sbnrnye sakit Bapak.


Bapak at KPJ Selangor Specialist Hospital

Lps buat pemeriksaan, Kak Watie bagi mesej bgtau keadaan sebenar Bapak, "assalamualaikum kbh.gor arek bgtau.bpk sbnre kng serangn jantung major..kiye ko arek refer ijn ndea ngntr nggng ambulan.baren2lh kito dungokke bpk yo.."

Mula2 aku baca mesej tu, aku macam lega. Alhamdulillah Bapak tak pape2. Tapi...! Eh, bukan ayat Kak Watie td tu ckp pasal serangan jantung ke!? Serangan jantung major. Major??!! M.A.J.O.R kn??!! Bukan MINOR. Terus trsentap sekejap! Tak tau nak bereaksi mcm mana. Untung jgk kat office pg smlm ada jgk keje, smbil buat keje tu la aku cuba tenangkan diri balik. Dalam setengah jam lps tu, Kang Romzi plk telefon, smpikn prkra yg sma. Alhamdulillah, aku dah lebih tenang masa tu.

Tghri tu (dah tak berapa tghri pun) Bapak dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dari IJN sbb kat IJN dah tak ada katil kosong. Hari Khamis nie Bapak akan dibawa ke IJN semula.

Bapak at Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Pg td trsedar awal dok trkebil-kebil atas katil, fikir patut aku pergi keje ke, patut aku pi melawat Bapak? Dgn keadaan tubuh badan yg tak berapa nak okay sbb mlm td sakit aku dtg mnyerang akibat kepenatan, maka aku buat keputusan minta excuse utk pi melawat Bapak kat hospital.

Aku keluar rumah pukul 9 pg, tggu bas n naik LRT sgla, aku smpi kat KL Sentral, pi plk kaunter KTM Komuter. Naik komuter pukul 10.15 pg, smpi kat Kg. Raja Uda pukul 11.15 pg. Fuhhh! Sejam dok dlm komuter sja. Pi singgah jmput Kak Watie kat umah Kak Nina, aku mkn sarapan nasi ckit (sbb dah lapar sgt), pukul 1 lbh jgk smpi hospital.

Waktu melawat tghri smpi pukul 2 je sbnrnye. Tapi kitorg adik-beradik turun pukul 2.30 sbb pakcik guard dah naik utk mempersilakan pelawat2 keluar. Dari hospital, kitorg pi kedai makan dlu, then ke Tesco sbb Kang Romzi nak beli barang. Persediaan utk menyambut Kak Jilah yg insyaAllah akan smpi dari Terengganu mlm nie. Dan ptg td aku blk dgn Kang Amir dlm pukul 6.15 dari hospital. Dah alang2 Kang Amir dtg melawat Bapak, aku blk la dgn kakanda ku itu. Kata dok satu rumah.

Mood aku skrg nie, ntah la. Sukar ditafsirkan! Ada air mata yg tersimpan, tp masih belum mampu utk keluar. Tu je kata2 yg sesuai utk jelaskan keadaan aku skrg. Pape pun, mohon doa drpd kalian buat kesihatan ayahanda ku ye. Terima kasih!

Friday 31 August 2012

Blogku 1 Tahun

Bismillahirrahmannirrahim...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yg ke-55 tahun. Juga selamat ulang tahun yg pertama buat blog kesayangan ku nie. Hehehe :D


Ok2, entry kali nie bkn nak cerita pasal merdeka or birthday blog aku nie.
Tapi aku nak cerita pasal...~

Macam nie, siang td saat aku duduk kat opis sorang2 dari pagi sampai la ke petang (huhuhu.. sedih2), aku terdengar lagu nie kat radio. Ntah knp, ttbe je aku rasa sayu dgr lagu nie. Terkenang pengalaman pertama aku menghabiskan raya kat KL. Rindu kenangan lebaran2 yg lalu. Rindu sgt2 dgn family aku even skrg nie aku dah duduk dekat dgn mereka. Ok, jgn salah faham. Mood lagu nie mmg la riang ria raya, cuma aku je yg ttbe rasa lain macam. Syahdu je rasanye.

Bila difikirkan blk, mmg aku sndri tak sangka dan tak percaya yg skrg nie aku sedang hidup di KL. Sejak kecik wlupun aku selalu je ke KL, pi rumah abg or kakak aku, tapi aku tak pernah berani utk membayangkan yg satu hari nanti aku akan turut serta mengharungi hidup kat KL nie. Sekarang, lihat apa yg berlaku. Aku kini berdiri di bumi Kuala Lumpur, brsma2 menjalani kehidupan di Kuala Lumpur yg penuh dgn 1001 ragam manusia.

Pape pun, aku tetap bersyukur yg hingga ke hari nie ALLAH masih mengurniakan aku kekuatan utk terus menjalani kehidupan di dunia pinjaman nie. Alhamdulillah! Dan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia hari nie, semoga kita turut sama2 memerdekakan minda dan fizikal kita drpd prkra2 yg dlarangNya. InsyaAllah!

nie la lagu yg aku maksudkan

Wednesday 15 August 2012

Novel - Contengan Jalanan

Assalamu'alaikum wbt!
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu dalam meniti hari2 terakhir Ramadhan kali nie.

Ok lah, entry kali nie aku cuma nak kongsikan sikit pasal satu novel karya Hlovate nie.
Tajuknye 'Contengan Jalanan'.


Novel nie ada 2 part. Yg 1st mengisahkan pasal perjalanan Affendy mencari Tuhannya dan yg 2nd plk kisah perjalan Ku Kamaruzzaman mencari Tuhannya.
Serius! Mula2 baca mmg mcm 'jenuh' jgk la. Sebabnye aku tak berapa nak faham terms2 yg digunakan [kalau nak tau apakah terms yg aku maksudkan, silalah baca sendiri ye]. Tp, start menarik bila perjalan mencari Tuhan tu bermula. Lg2 kembara si Fend (Affendy) dan Chad (Irsyad) ke bumi kanggaru dlm bulan puasa. Mmg kena sgt la aku baca time Ramadhan nie. Terasa menusuk ke kalbu!
Secara keseluruhannya, daripada 5 bintang, aku blh bg 4 setengah jelah. Sebab ape tak cukup kan je yg setengah lg? Semua tu sebab terms2 yg aku tak faham tu la. Hahaha ~_^

Ok, nak out dulu. Dah nak masuk waktu berbuka dah. InsyaAllah raya nanti aku sediakan satu entry baru ye. See you next time!
Selamat berbuka ^_^

Saturday 28 July 2012

Cerita 3 Minggu

Assalamu'alaikum wbt!
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu... ^_^


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan juga para sahabat.

Alhamdulillah, sedar x sedar, dah 3 minggu aku menjalani tempoh praktikal ku. Bermakna, telah hampir sebulan aku berada kat KL nie. Siapa sangka (aku la yg x sangka tu maksudnye), aku berjaya jgk mengharungi deras arus manusia kat KL nie dlm tempoh 3 minggu nie. Walaupun ia belum lg satu pencapaian yg patut dibanggakan, tapi buat diri ku sendiri, aku dapat merasai perbezaannye. Cukup la kan bila aku dah rasa dapat sesuaikan diri kat KL nie? Lagipun aku yg bakal menjalani kehidupan aku nie, bukannye org lain.

Minggu pertama kat KL sblm aku mula praktikal, aku berkesempatan utk mengikuti Maulid Akbar di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Walaupun perasaannye kurang ckit drpd Majlis Maulid yg pernah ku ikuti pada Maulidur Rasul yg lalu, tapi aku tetap bersyukur atas kesempatan yg dpt aku isi malam tu.

Selepas seminggu berpraktikal, aku rasa 'lost' kejap. Maka, aku bertindak pergi 'berjalan' menikmati panorama alam ke Sri Damansara, rumah Kak'A. Dan seminggu kemudiannya atau lebih tepat ujung minggu lepas, aku kembali ke Sri Damansara utk sama2 balik ke kampung halaman bagi menyambut Ramadhan bersama2 bapak.

Dan, minggu nie aku kembali semula ke Sri Damansara! Hah! (Dah mcm jd kewajipan plk kan utk ke Sri Damansara setiap hujung minggu.. ~_^) Hehehe... Ok lah, sebenarnye aku kembali ke Sri Damansara nie sbb nak kena teman Muhammad Bunyamin buat persembahan nasyid sekolah tadikanya kat SACC Mall, Shah Alam. Tu jelah sebenarnye ;D

Ok, tu je dulu buat kali nie. Sebagai penutup, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin muslimat di seluruh dunia. Bersama-samalah kita menghayati keindahan bulan Ramadhan nie. Semoga rahmat dan redhaNya sentiasa ada mengiringi setiap langkah perjalanan kita di atas muka bumi nie. Amin, insyaAllah!

Sehingga berjumpa lagi!
Wassalam.

Friday 6 July 2012

Bermula Kelana Di Kuala Lumpur

Assalamu'alaikum wbt!
Semoga kalian sihat dan ceria2 selalu.. ^_^

Alhamdulillah, hari Selasa lepas tepat jam 1.30 ptg, aku telah selamat menjejakkan kaki di bumi Kuala Lumpur. Kak'A dan Abg Rahim bersama si kecik ayu Siti Khadijah yg dtg jemput aku kat Terminal Bersepadu Selatan. Dlm prjalanan blk nk ke umah Kang Amir, kami singgah makan tghri (yg dah x brpa nk tghri tu) kat HADRAMAWT - The Best Yemeni and Arabian Food in Town (yeke???). Makan nasi arab! Minum air fresh manggo yg sgt2 pekat dan likat. Mmg mangga semata yg dikisar utk dijadikan jus. Sedut punye sedut, mcm x kurang2 je level fresh manggo aku tu. Dah la aku kongsi dgn si kecik Khadijah, mmg x abes2 la jawabnye. Hahaha... ;D

Dan alhamdulillah semalam aku dah pi wat lawatan sambil belajar ke 'bakal tmpt' praktikal aku. Terima kasih sgt2 pada Kak Watie yg sudi teman aku pi wat survey semalam ~_^ Buat masa skrg, kurg ckit dah rasa cuak nk mula berpraktikal Isnin nie lps dpt tgk sndri tmpt praktikal tu cmne. Lps wat survey, kitorg pi la jalan2 kat sekitar Wangsa Maju (Carrefour lbh tepat!).

Samsung Champ Deluxe Duos C3312

Hah, korang nmpk kn gmbr hp kat atas nie?? Agak2 korang, apsal ek ttbe je ada gmbr tu kat dlm entry aku kali nie? Tak rasa mcm lari topik ke? Hahaha...! Ok la, nk bgtau, tu la hp baru aku smpna kehidupan baru aku kat KL nie. Sblm nie aku prnh ceritakan perihal handphone2 aku dlm satu entry khas kan? Jadi, utk brlaku adil aku kena la ceritakn jgk pasal hp aku C3312 nie. Aku beli C3312 nie masa jalan2 cuci mata dlm prjalanan blk lps wat survey semalam. Hehehe ;D

Ok la, tu je dlu utk kali nie. Lgpun jap lg aku dah kena brsiap2 nk pi ke rumah Kak'A. Sbb petang nie nak ikut pi Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa. Ada Maulid Akbar, Majlis Ta'lim Darul Murtadza pukul 9 malam nie. Jom, sahabat2 dan saudara2 ku semua, kita ke sana!

Thursday 21 June 2012

8 jam 30 minit

Assalamu'alaikum!
Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria2 selalu.. ^_^

Alhamdulillah, setakat nie aku dah lps 4 paper. Tinggal ada satu lg paper sblm aku aku blk kg dan mula berpraktikal 2 minggu dari skrg. Kali nie nak kongsi cerita sesi fotografi dgn geng aku yg plg 'kamceng' kat UUM nie. Tempah kereta sewa pukul 8 pg, tp pukul 8.45 baru dpt kereta sbb org ramai sgt. Huhuhu! (bikin rosak ana punya program je) 

@ Dewan Muadzam Shah UUM

Destinasi pertama kami pg tu ialah Dewan Muadzam Shah (DMS), UUM. Kami sarapan pg kat dataran depan jam besar kat DMS tu. Biarpun orang mcm pelik je tgk kami makan kat situ, tp kami wat dekkk je. Lgpun perut msg2 dah lapar waktu tu, bedal jelah apa yg ada depan mata tanpa pedulikan org lain yg lalu lalang kat situ. Hehehe :D


Secara peribadinya buat diriku, aku rasakan itulah sarapan pg plg brmakna sepanjang 3 tahun hidup kat UUM nie. Kalau aku boleh pinjam ayat Liyana, "mknn biasa je tp sbb mgkin ni la kali terakhir kn breakfst sme2..kat tmpat yg pnuh smbolik..huhuhu..so jd bermkna sgt kn.."

posing dulu jap lepas sarapan


Lps sarapan, kami ke Taman Botani plk. Snap beberapa gambar jap kat situ.

@ Taman Botani UUM


Seterusnya kami ke Canselori UUM. Kat depan Canselori tu ada kawasan utk snap gmbr yg cantik. Lama jgk jd model kat situ. Hahaha!

with my dear ex-roommate, Ima

Dari Canselori, kami ke library (Perpustakaan Sultanah Bahiyah). Dok lepak kat library baru. Sempat jgk snap gmbr kat dlm library tu. Keluar dari library, kami ke Dataran Perdana. Posing jap kat situ dgn berlatarbelakangkan pancuran air. Syio0ookk nye~!

@ Dataran Perdana UUM


Dari library, kami transform dan terus ke Pusat Sukan. Mula2 cari surau dulu. Lps solat zohor, kami terus pi serang kaunter Pusat Sukan utk dapatkan kebenaran guna gym. Disebabkan tak boleh nak swim kat swimming pool, kami cuma mintak kebenaran utk snap beberapa picture je kat situ. Sebagai kenang-kenangan kan.. ~_^

@ swimming pool, Pusat Sukan, UUM


Kalau ikut tentatif program, kami sepatutnya ke Taman Rusa. Tp sbb dah petang sgt, kami buat keputusan utk terus keluar makan kat Changlun jelah. Lgpun sblm nie dah pernah snap gmbr kat Taman Rusa tu.


Ok lah, gmbr kat atas nie ialah destinasi photoshoot terakhir kami sblm kami ke KFC Changlun utk isi perut kami yg dah berlagu lapar waktu tu. Yelah, hampir seharian jd model kan. Tenaga pun dah tggl tak byk dah. Keke~keke~keke~ ;D


Utk gmbr2 lain yg byk lg tu, boleh la klik kat sini dan kat sini satu lg ^_^ Sampai sini dlu la. Esok2 aku wat lg entry baru ye. Lgpun aku ada satu lg paper Sabtu nie. Lps exam nnti, aku conteng2 lg kat cnie ek.. ~_^ See you!!


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting