Saturday 24 December 2011

Babak Akhir Semester 5

Assalamu'alaikum...

Ok! Smggu dari arinie, aku akan mghadapi final exam. Ada 7 subjek yg aku amek sem nie. Dan tarikh exam aku pun blh tahan la. Ada yg sempat utk aku tarik nafas, ada yg wat aku sesak nafas pun ye jgk. Huhuhu +__+ Apa2 pun, aku nk share jadual final exam aku kat cnie.. =)


31 Disember 2011
Etika Perniagaan Islam & Tanggungjawab Sosial
8.30 pm - 11.00 pm @ DMS

4 Januari 2012 
Undang-undang Syarikat
9.00 am - 12.00 pm @ DMS

8 Januari 2012
Pengurusan Pengeluaran & Operasi
9.00 am - 11.30 am @ DMS

Pengurusan Sumber Manusia
2.30 pm - 5.00 pm @ BK4 (FWB)

10 Januari 2012
Pengurusan Kewangan 1
9.00 am - 11.30 am @ DMS

16 Januari 2012
Kaedah Penyelidikan
9.00 am - 11.30 am @ DMS

17 Januari 2012
Pengurusan Sumber Manusia Dalam Perspektif Islam
8.30 pm - 11.00 pm @ DMS


Hah! Amcm??? Menarik x jadual final exam aku? 'Tip-top' kan? #__# Pape hal pun, insyaAllah aku akan balik ke Segamat 18hb tu. Tp, tiket x beli lg... Ahhh! Akan cuba jgk utk dapatkn tiket brtarikh
18 Januari 2012 tu. Hehehe ;D


Ok lah, dikesempatan nie aku nak mohon maaf atas salah silap aku selama nie. Khusus buat sahabat2 aku kat UUM nie, selamat menghadapi peperiksaan akhir semester pertama sesi 2011/2012 (A111) ye ^__^ Buat kawan2 aku yg kat U lain yg bakal exam final jgk, selamat maju jaya wat korang ~__^


Tuesday 20 December 2011

Aku & SPR UUM

Assalamu'alaikum!

Bertemu lg kita dlm rancangan 'Ape Citerrr?'... Hahaha! Apbla aku sdg brdepan dgn mood yg bipolar. Tu pasal la jd cmnie. Abaikn jelah ea ketidak-betulan ku ini ye kwn2.. ~__^


Ok, sbnrnya kali nie aku nak cerita suka duka aku sepanjang dah 3 semester aku turut serta dlm Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Utara Malaysia, SPR UUM. Aku mulakan langkah pertama dlm sekretariat nie masa aku sem 3. Tu pun cik Ima Althafunnisa' yg beria2 ajak aku daftar masuk dlm sekretariat nie masa Hari Organisasi Pelajar (HOPE Day) UUM tahun 2010.

Bermulalah perjalanan aku sbgi ahli SPR UUM. First event yg aku join ialah program buka puasa - Ihya Ramadhan SPR UUM. Dlm program nie aku jd ajk aktiviti dan merangkap ajk protokol. Pulak??? Mcm mna blh jd lagu tu??? Hah, xyah citer la.. Pnjg sgt! Hahaha... ;P

gotong-royong memasak juadah berbuka

Selesai dgn program buka puasa, aku di'tarik' plk utk join Kempen Gegar Rasuah Sempena Pesta Konvokesyen UUM kali ke-23. Musim tengkujuh plk waktu tu. Baru 2 hari buka booth, dah trpaksa kna tutup sbb banjir. Huhuhu... Tapi, seronok msa jga booth. Dpt kongsi2 pendapat dgn pegawai2 dari PTPTN yg buka booth sbumbung dgn kami. Dan ada seorang pakcik nie (pgwai dari booth sblh kami.. tp aku x igt booth apa tu.. -_-) 'interview' aku msa aku kna jga mlm 1st day tu. Lama jgk kami brdua + seorg member aku + seorg pgwai pakcik tu = 4 org, berborak dan brbincang pasal rasuah. Byk jgk idea yg djana dan trjana waktu tu :)

1st day - Kempen Gegar Rasuah

Lps aku join dua program tu, tiba-tiba aku dpt tau yg aku tercalon sbgi MT utk sesi akn dtg. Errkkk... Mcm mimpi laa plk #__# Maka, pd tanggal 29 Januari 2011, rasmilah aku sbgi setiausaha SPR UUM utk tahun 2011. Perasaan wktu tu, cuak babe! Mna xnye, ada 2 org yg trcalon utk mgisi jwtn tu - yg menang akan jd setiausaha, yg kalah akan jd timbalan. So, moral of the story, menang ke kalah, aku tetap akan kna pegang jwtn. Ada amanah yg perlu dipikul dan dlaksanakn. Berat tu!


Tapi, aku terima. Belajar erti tanggungjawab... Dan, prkra prtma kami MT baru kna buat ialah attend dinner dgn Dato' NC UUM. Hah, amek kau! ;P


Ok! Program pertama kami ialah Rasuah, Islam & Mahasiswa. Terus terang, aku x pi program nie sbb aku ada hal lain wktu tu. Minta maaf ye kpd barisan pelaksana program trutama kpd pengarah program dan juga lain2 yg trlibat dlm program nie. Bkn x support, cuma mmg ada hal lain yg x dpt dielakkan.

barisan jawatankuasa pelaksana - Program Rasuah, Islam & Mahasiswa

Sempena dgn kemasukan adik2 baru kat UUM nie, kami telah mmbuka kaunter selama 3 hari spnjg HOPE Day UUM 2011 utk merekrut ahli2 baru. Ramai jgk ahli2 baru yg brjya direkrut ke dlm SPR UUM pd HOPE Day kali nie ^__^

2nd day - HOPE Day UUM 2011

Seterusnya, program Jalinan Ukhuwah SPR UUM adlh program ke-2 yg dijalankan utk tujuan brkenal2an dgn ahli2 baru dan mngeratkn lagi ukhuwah sesama ahli. Program yg nie pun aku x dpt pi pd hari kejadian sbb aku ada exam prtengahn semester pagi dan malam tu. Huhuhu :/

AJK & peserta Program Jalinan Ukhuwah SPR UUM

Pengalaman plg menarik dan indah bg aku dlm SPR UUM nie adlh bila aku dpt peluang ke UKM utk Konvensyen SPR IPT 2/2011. Sungguh! Byk ilmu dan pengalaman yg aku dpt spnjg 4 hari konvensyen tu. Gembira dpt kenal rakan2 sekretariat dari universiti lain. Satu pengalaman yg x semua org brpeluang utk merasainye :D

@ DECTAR, UKM

Sampai sekarang, semangat aku utk brcerita pasal konvensyen belum turun2 lg. Pantang, jgn dsebut tentang konvensyen tu! Sure aku akn jadi excited gilerrr lah! ~__^

4th day - @ Panggung Seni, UKM

STOP! Sampai situ jelah citer pasal konvensyen. Kang x sudah2 plk. Korang pun mesti bosan asyik dgr aku citer prkra yg sma je kan? Hmmm... Ok lah, program trakhir sbgi penutup takwim 2011 kami ialah Mesyuarat Agung Tahunan SPR UUM. Pada tanggal 19 Disember 2011 (lbh kurg pukul 9.20 mlm), maka dgn rasmilah aku sebagai mantan setiausaha SPR UUM. Tamat kontrak sudah! Hehehe ;D

Di kesempatan nie aku nak ucapkan terima kasih sgt2 buat Ketua Sekretariat aku, MT n Exco2 yg lain, yg byk tlg aku utk pastikan kerja2 aku x trgendala kat tgh jalan. Aku jgk nak minta maaf ats salah silap aku spnjg kita bkrjsma di bwh satu organisasi nie. Maafkan aku ye =)

Buat barisan kepimpinan SPR UUM yg baru, teruskan usaha korang dlm mnjalankn tugas sbgi duta kecil kpd SPRM ye. Klu ada apa2 mslh, blh rujuk kpd kami. InsyaAllah, klu kami blh tlg, kami akan tlg. Sokongan kami tetap padu utk korang!

Lastly, bersama lakukan perubahan, perangi rasuah!



Monday 19 December 2011

Rantaian Kehidupan

Assalamu'alaikum...

Apa khabar, semua? Semoga sihat2 selalu...

Maaf ye klu mood entry kali nie agak emosi ckit. Aku rasa marah sgt2 mlm td. Geram pun ye jgk. Tapi, x dapat nak luahkn, x dapat nak lepaskn. Last2 aku yg nangis sndri. Astagfirullahal'adzim... MARAH tu senjata syaitan! Pastinye syaitan gembira, ketawa riang bila aku marah mlm td. Kan??? Tlg kawal amarahmu lps nie AISHAH!


Aku bukan sgja nak marah2 kat org. Cuma tahap kesabaran aku dah ada kat ujung tanduk malam td. Aku nak senangkn ko, ko tlg la jgn susahkn aku. Aku tau ko busy, tp bukan ko sorg yg busy. Klu org lain blh sempat nk buat, knp ko x blh? Aku blh sabar selama mna aku blh sabar je. Tu pun dah byk kali aku bg peluang kat ko and diri aku sndri. Aku pujuk diri sndri utk beri lg kesempatan buat ko. Tapi??? Malas nk cakap...

Sahabat, ko mesti selalu dgr kan yg hidup kita nie umpama roda? Perumpamaan tu selalu dikaitkan dgn susah senang kita dlm mghadapi cabaran hidup kat dunia nie. Dan kita jgk mesti igt yg antara kita akan saling memerlukan antra satu sma lain. Cthnye, seorang peniaga x akan berjaya dlm perniagaannya tanpa ada pembeli yg akn beli barangan atau perkhidmatan yg dtawarkn. Korang bayangkn klu xde binatang atau tumbuhan2an kat muka bumi nie? Agak2 mudah ke nnti utk korang nk teruskn kelangsungan hidup dgn sejahtera dan 'mewah' mcm skrg nie? Nmpk kan, betapa dlm hidup nie kita saling memerlukan. Bukan sja kita sesama manusia, tapi kita dan alam sekeliling kita.

Ingat lg 3 perkara yg perlu djaga???
1-Jaga hubungan dgn ALLAH SWT
2-Jaga hubungan sesama manusia
3-Jaga hubungan dgn alam sekeliling

Hah, igt x 3 perkara nie??? Aku ckp kat cnie bukan sbb aku nie dah bagus sgt. Mgkn ada lg lompang2 yg perlu aku kambus blk. Tp, nie utk peringatan kita bersama. Ko x nak org susahkn ko, jd ko janganlah susahkn org. Susah ke?


Kat cnie aku nak minta maaf pada semua kalau2 aku pernah mnyusahkn korang atau apa sja la yg wat korang rse mnyesal kenal dgn aku. MAAF sgt2. Aku cuba lakukan yg terbaik utk kita. Tp kalau jalan yg aku pilih tu salah, aku mohon korang betulkan dgn cara berhikmah. Aku sayang korang. Korang kan saudara aku. Lg skli, aku minta maaf ye.

Sunday 11 December 2011

Pengalaman

Assalamu'alaikum...
Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat n ceria2 selalu ^__^

Alhamdulillah, tghri td selesai urusan pndaftaran praktikum (praktikal) aku yg insyaAllah akan ku jalani brmula Julai 2012 depan. Dan petang td plk dah selamat buat presentation subjek 'Etika Perniagaan Islam & Tanggungjawab Sosial'. Member aku ckp x nmpk pun aku nervous, tp hakikatnye dah sejuk giler dah tgn aku waktu tu. Pdhal bukannye x biasa dok dlm air-cond. Huhuhu

Ada 2 bnda aku nk kongsikan kali nie. Yelah, arinie je bru sempat nk mlawat blog aku nie. Agak busy lps blk dr UKM lbh 2 mggu lps.

Firstly, alhamdulillah program aku, 'Semarak Impian' berjalan dgn lancar dan jayanya. Apa ke bnda plk program 'Semarak Impian' tu ek? Program nie brbentuk ceramah motivasi sbnrnya. Khas utk adik2 semester 1 kat kolej kediaman aku yg aku tggl skrg. Program tu brlangsung pd 2 Disember yg lps. Pengalaman pertama jd pengarah projek. Cuak tuu! Selama nie jd ajk bawahan je. Tiba2 dah sem 5 nie, dilamar utk jd pengarah plk. Mmg igt nk tolak mula2 tu, tp bila fikir2 blk, nak cuba lah! Yelah, pasnie blm tntu ada lg pluang yg serupa dtg lg kan? Selain tu, boleh bljr n tmbh ilmu.


Aha! Knp plk smpi 4 nma program kan? Sbnrnya ada 4 program yg brlgsg serentak dlm satu hari tu. Program aku start dari pukul 2.30 smpi la pukul 4.30 ptg. Alhamdulillah, ceramah yg dsampaikn Ustaz Yusnaidi ptg tu rsenye mncapai objektif program. Lps abes program aku, dsambung plk dgn majlis perasmian penutup program 'Jejak Tradewinds'.

Mira, Sha, Yana & Wani

Ok, abes citer pasal program. Nie nk citer pasal yg lain plk. Jumaat lps brsamaan 9 Disember 2011, aku ngan member aku kluar pi Changlun. Beli brg ckit. Dlm perjalanan kitorg dlm bas nak ke Changlun tu, ada la sekumpulan aweks Arab naik. Diorg duduk betul2 kat blkg aku ngan member aku tu. Dari sejak diorg mlangkahkn kaki naik bas tu, brcakap x brhenti. Siap nyanyi2 bagai. Bukan takat satu lagu, 3, 4, 5 lagu skli diorg karok. Buat bas tu mcm bas sndri je. Adesss~~ #__# Dan, lega sgt bila kitorg turun kat Changlun tu. Klu kitorg terus ke Jitra or Alor Setar tu, sure aku dah pindah tmpt dah +_+ hmmm...

Hah, itulah serba sdikit citer aku spnjg 2 mggu nie. Byk lg sbnrnye, cuma x larat nk taip pnjg2. Lgpun pasnie nk siapkn assignment ngan sediakn apa2 yg patut utk AGM SPR UUM next week. Siap awal kn dah senang. Blh buat keje lain plk. Betul x??? ~__^ Sehingga bertemu lagi! ;D

Wednesday 7 December 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat

Assalamu'alaikum! ^_^

Entry kali nie aku tulis khas sempena birthday bff aku. Mal, happy birthday my dear friend. Sayang kau! Semoga ukhuwah yg terjalin antara kita akan terus berpanjangan. Terima kasih atas sokongan dan nasihat yg kau kongsikan kat aku selama kita berkawan nie. Walau aku terasa berat sangat masa nak berpisah dgn kau dlu, tapi sekarang aku dah sedar yg semua tu adalah sesuatu yg mmg perlu utk aku pelajari, yg perlu aku lalui dlm kehidupan nie.

Nur Amalina binti Ahmad Kastalani






kau pamerkan senyuman mesra
keletah manjamu menarik hati
membuat aku begitu ingin mengenalimu

syukur alhamdulillah
aku berjaya untuk mendekatimu
kau sungguh istimewa rupanya

ada satu macam perasaan dalam diriku terhadapmu
seakan-akan menarik aku untuk lebih mengenalimu

tangan ku hulurkan sebagai permulaan hubungan
kau menyambut huluran salam itu dengan penuh kerelaan
bibit-bibit kemesraan antara kita semakin berkembang
kita sulam hubungan ini dengan benang kejujuran
kau dan aku... kita bersama
di mana ada kau, di situ ada aku
begitu juga sebaliknya
kita sudah diibaratkan seperti isi dengan kuku
walaupun ada mata yang tak senang dengan hubungan ini
kita tetap tabah menghadapinya
kerana kau dan aku percaya
setiap cabaran yang melanda pasti ada hikmah disebaliknya

akan tetapi, perpisahan tetap kunjung tiba
untuk menguji sejauh mana teguhnya ikatan yang kita telah simpul bersama
kau tinggalkan aku sendirian di sini
tapi aku tahu, bukan itu maksud sebenarmu

aku lepaskanmu dengan seribu keazaman dalam diri
semoga dengan perpisahan ini
kita tetap terus tabah mengharungi hari akan datang
sekalung ucapan terima kasih aku rakamkan khas buatmu
untuk tempoh waktu yang singkat ini
moga kita akan bertemu suatu hari nanti
akan ku panjatkan kepada Illahi semoga harapan itu akan jadi nyata

oleh: Siti Aishah Mat Angsar, Majalah Sri Bentara 2006



belum pernah ku temui
sahabat sepertimu
suka duka silih berganti
onak duri ditempuhi
kau tetap bersamaku

akan ku lakar namamu
dalam setiap relung jasadku
segala kenangan yang telah kita bina
akan ku simpan di lubuk hati yang paling dalam
sejarah silam kita bersama
akan tetap ku kenang
tak mungkin ku lupakan

walau perpisahan ini amat pedih
akan ku telan kepahitannya
supaya sisa kemanisan itu tetap ku rasa

sekalung doa ku pohonkan kepada Illahi
semoga hubungan yang kita jalinkan ini
tetap kukuh, utuh dan sejati

semoga perpisahan ini
menjadi pembakar semangat
untuk kita terus berjuang...

SEMOGA BERJAYA...!!!

oleh: Siti Aishah Mat Angsar, Majalah Sri Bentara 2006




Sekali lagi, selamat hari ulang tahun kelahiran yg ke-21 tahun Mal [dah tua dah kwn aku sorg nieh! hehehe ;D] Semoga kau bahagia dan ceria2 selalu, sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan berada dlm rahmat kasih sayang-Nya. Amin!


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting