Friday 28 September 2012

Dirantai Digelangi Rindu


-Dirantai Digelangi Rindu-

Tentu ramai yg tau lagu nyanyian kumpulan Exist nie kan? TAPI bukan semata-mata lirik lagu nie yg aku nak ceritakan kat sini. Yg aku nak kongsikan adalah kenangan lagu nie dlm diri aku.

Mcm nie, semalam ada sorang sahabat aku nie tetiba post kat wall FB aku pasal dia ada terdengar semula lagu nie setelah sekian lama. Nie hah yg dia post"skali ada sorang enck kat opis td psng lgu2 kat lappy die, kua lgu exist dirantai digelangi rindu.... teringat kat kmu! hehehe.. lgu sdh tp sy senyum sorang2 cuz teringat mksud disebalik lgu tu ^___~". Posted by, Miss Liyana Khairuddin.

Ya! Mmg ada rahsia disebalik lagu nie. Rahsia yg membawa seribu satu macam perasaan pada aku. Meh sini aku ceritakan sikit macam mana lagu nie blh jd istimewa buat aku.

Sebelum nie kalau korang masih ingat, aku ada post entry pasal Konvensyen SPR. Ingat tak? Sebelum delegasi SPR UUM ke UKM utk mengikuti konvensyen tu, aku sebenarnya mmg tgh giler layan lagu 'Dirantai Digelangi Rindu' nie.

Nak dijadiakn cerita, masa dlm perjalanan blk dari Konvensyen SPR tu, aku ada terdengar lagu nie dimainkan kat radio dlm bas yg kitorang naik tu. Masing-masing dah buat hal sendiri waktu tu. Aku yg mmg tgh mood lagu nie, sempat la layan perasaan jap. Pulak tu, kat luar tgh hujan lebat, lagi la feeling kan..? ~_^

Dlm perjalanan blk tu kitorang ada berhenti rehat kat R&R mana ntah, aku tak ingat. Masa berhenti rehat tu, sempat la pulak aku buat sesi luahan rasa kat Yana. Sesi luahan rasa tu tak berhenti kat R&R tu je tau. Ia bersambung sampai ke dlm bas sambil kitorang berdua menikmati cup corn yg kitorang beli masa kat R&R tadi.

Ok, masa tu tak keluar pun lagi cerita pasal lagu 'Dirantai Digelangi Rindu' nie. Semuanya bermula bila Cik Yana nie datang terjah bilik aku selepas beberapa hari kitorang balik. Masa tu aku mmg tgh syok lagi layan lagu nie. Kalau dah berulang-ulang kali aku play lagu nie kat laptop and handphone, maunye dia tak persoalkan..? Dan masa tu la tersingkap rahsia rasa hati aku disebalik lagu nie. Bermula la satu lagi sesi luahan rasa. Hehehe... Dan sejak Cik Yana tu tau pasal lagu nie, mmg tak sudah-sudah la dia dgn 'Dirantai Digelangi Rindu' dia tu! ^_^

Rasanya tak perlu la aku cerita in details pasal rahsia rasa hati aku tu kat sini. Cukup sekadar aku bgtau yg lagu nie sgt bermakna buat aku. Setiap kali dengar lagu nie, pasti aku akan terbayang kenangan sepanjang 4 hari Konvensyen SPR kat UKM tu.

Bercakap pasal kenangan 4 hari kat UKM, sebenarnya ada lagi satu lagu yg mengikat hati aku. Yg nie agak patriotik sikit lagunya. Lagu '1 Malaysia' nyanyian Ronnie & Ernie.


Aku masih ingat lagi macam mana kitorang wakil-wakil SPR IPT Zon Utara d0k beria-ia nak menghafal lagu nie sebab Ketua Fasilitator ckp yg kitorang akan kena perform depan V.I.P masa malam pertandingan kreatif anti-rasuah nanti. Aku, Yana and Ima yg terlebih excited nie siap download and search lirik lagu nie. Dah dapat, kitorang salin kat kertas and then 'passing2' kat geng SPR UUM yg lain. Masa dlm bas double-decker nak balik ke tmpt penginapan, aku dgn Yana sempat lagi pasang lagu nie berulang-ulang kali nak bagi cepat hafal sebab tak nak la nampak pegang kertas depan V.I.P kan.

Sayangnya, kitorang tak jadi nak perform malam tu. Sebab masa dah lewat sgt. Esok still ada slot program yg kena dipenuhi. Frustrated la jgk masa tu. Tapi perasaan tu tak lama sebab kitorang have fun balik lepas tu.

Mmg sampai sekarang, walaupun aku dah dengar lagu nie kat tempat-tempat dan program-program yg lain, ingatan aku tetap akan membawa aku ke detik-detik 4 hari kat UKM tu. Sebabnya waktu tu mmg aku dapat rasa kebergantungan dan kebertanggungjawaban antara kitorang geng SPR UUM nie. Yelah, kitorang pi UKM tu hanya berlima belas orang tu jelah. Tak ada pegawai pengiring pun. Wakil IPT yg lain masing-masing ada pegawai pengiring masing-masing. Bukan nak kata yg kitorang tak boleh nak berdikari, tapi disebabkan yg pi tu semua muka-muka baru, secara peribadi mmg aku rasakan perlu ada pegawai pengiring yg boleh guide kitorang utk berurusan dgn orang atasan. Walaupun macam tu, Alhamdulillah, kitorang mampu berdiri di atas kaki sendiri!

Mmg la, sungguh! Konvensyen SPR nie meninggalkan kesannya yg tersendiri dlm diri aku. Utk tu, aku nak ucapkan terima kasih kat Kerol selaku Ketua Sekretariat SPR UUM waktu tu, a.k.a my boss. Kalau bukan atas 'desakan' dari dia mintak aku pi, mungkin aku tak join pun. Dan pastinya aku tak akan dapat pengalaman yg cukup berharga nie. Pape hal, thanks boss ^_^

Eh2! Dah panjang sgt rupa-rupanya aku melalut kat sini. Maaf ye, teremosi plk tetiba. Bukan apa, bila ada seseorang / sesuatu yg membangkitkan kenangan aku sepanjang 3 tahun kat UUM, mmg aku jadi sensitif la kejap. Rindu sgt! Rasa macam baru semalam family aku hantar aku mendaftar kat UUM. Sekarang nie aku tgh berpraktikal utk melengkapkan kos aku. Tggl sebulan je lagi utk aku tamatkan praktikal aku nie. Pantasnye masa berlalu.

Ok lah, cukup-cukup la aku berceloteh kali nie. Nanti lain kali kita cerita lagi. Kpd yg sudi baca entry nie sampai abes, terima kasih daun keladi, kalau boleh jangan baca yg nie je, jemputlah baca yg lain-lain sekali. Hihihi ~_^

Sehingga berjumpa lagi!
Salam kasih sayang, Shasha Aishah Hanan.

0 comments:

Post a Comment


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting