Saturday, 26 January 2013

2 Minggu Bercuti

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamu'alaikum!

Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah hampir pukul 4 petang tadi. Akhirnya aku kembali ke Kampung Jawa setelah 2 minggu meninggalkannya. Hehehe :D Ke mana jelah aku pergi dalam 2 minggu tu ek? Meh sini aku 'story-mory' kat korang.

Sabtu, 12 Januari yang lepas - Aku ikut abang aku hantar Bapak pi KL utk appointment kat IJN hari Selasa. Balik dari IJN petang Selasa tu, aku ke Klang, ikut Bapak pi rumah abang aku. Aku kembali ke KL hari Khamis malam Jumaat sebab hari Jumaat tu dah janji dengan my niece nak keluar pi beli tiket untuk ke Terengganu.

Sabtu, 19 Januari - Aku ke rumah kakak aku kat Sri Damansara. Duduk kat situ 3 hari, hari Isnin aku balik semula rumah abang aku kat Keramat Wangsa. Malam tu d0k sibuk mengemas barang untuk pi Terengganu esoknya.

Selasa, 22 Januari - Aku and my niece pun bertolaklah pi Terengganu naik bas pukul 10.45 pagi (bas gerak pukul 11 pagi). Sampai stesen bas Kuala Terengganu pukul 7.30 malam. Maghrib! Kakak aku pun bawaklah kami berdua solat dulu kat Masjid Negeri. Lepas solat, baru pi makan. Alhamdulillah.

Rabu, 23 Januari - (BIRTHDAY BAPAK), aku bersama kakak dan anak buah aku keluar melaksanakan misi jalan2 cuci mata. Hahaha! Tempat pertama yang kami lawati ialah Taman Tamadun Islam (TTI). Kat bawah nie aku ada kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan korang. ^_^







pintuKAH ATAU tingkapKAH???!

 Lepas berjalan-jalan tengok monumen kat TTI, waktu Zohor pun masuk. Kami pun pi lah solat kat Masjid Kristal. Alang2 dah kat situ kan. Lagipun bila lagi nak merasa solat kat Masjid Kristal. ;)


Lepas solat, kami teruskan misi jalan2 kami ke Muzium Negeri Terengganu. Masuk muzium dalam pukul 3.45 petang. Kami tak dapat lama kat situ sebab muzium tutup pukul 5 petang. Sebelum pukul 5 kami dah keluar dari bangunan muzium sebab nak gerak pi tengok kapal besar pulak. Ngeee~ :D

Muzium Negeri Terengganu



Setelah penat seharian berjalan-jalan (pi 2 tempat je pun), akhirnya kami singgah di Pizza Hut untuk mengisi perut yang dah kelaparan. Hihihi~ :D

having meals at Pizza Hut

Khamis, 24 Januari - Lepas Zohor kami pi bekwoh kawan kakak aku kawen (tak ingatlah area mana bekwoh tu). Balik dari bekwoh, kami ke Kelulut. Makan kepok and sotong goreng celup tepung kat tepi pantai. Seronok dan tenangnya dapat tengok laut terbentang luas depan mata. ^_^

Pulau Kapas - pandangan dari jauh

Sabtu, 26 Januari (hari ni la) - Bas dari Terengganu pagi tadi pukul 9. Tapi aku sampai stesen bas pukul 9.03 pagi. Hampir2 aku tertinggal bas tau. Huhuhu. Alhamdulillah, sempat jugak naik.

Alhamdulillah juga my niece selamat sampai kat Hentian Putra KL nak dekat pukul 5 petang tadi.

Akhir kata, terima kasih tak terhingga buat abang2 dan kakak2 ku yang sudi menerima kunjungan ku di rumah mereka. Sayang awak juga~! ^_^

0 comments:

Post a Comment


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting