Bismillahirrahmannirrahim.
Hari ini, 23 tahun lalu - Aku dilahirkan ke dunia pada hari Jumaat keliwon jam 0040 bersamaan dengan 24 Safar 1411H.
Hari ini, 23 tahun lalu - Aku dilahirkan ke dunia pada hari Jumaat keliwon jam 0040 bersamaan dengan 24 Safar 1411H.
Hari ini, 10 tahun lalu - Aku sudah punya handphone sendiri dengan menggunakan perkhidmatan Maxis. Kad sim tersebut masih kekal hingga ke hari ini dan ia dibeli bukan dengan harga RM5 atau RM10 seperti sekarang.
Hari ini, 9 tahun lalu - Aku mula mengenakan arm socks sebagai salah satu proses menutup aurat dengan lengkap.
Hari ini, 1 tahun lalu - Aku masih berpraktikal. Habis waktu pejabat, aku bergegas meninggalkan pejabat untuk bertemu Kak Watie di KLCC dan seterusnya bersama-sama menunggu bas di situ untuk pergi melawat Bapak di IJN.
Hari ini - Genap usiaku 23 tahun mengikut kalendar Masihi. Aku bersyukur atas nikmat usia yang Allah kurniakan kepadaku. Semoga usiaku yang telah lalu dan yang bakal bertambah ini diberkati dan diredhaiNya.

0 comments:
Post a Comment