Tuesday, 31 December 2013

Hadiah Akhir Tahun

Assalamu'alaikum.

Just nak share satu picture konvo aku masa atas pentas terima sijil. Alhamdulillah, lepas genap 4 minggu dari tarikh konvokesyen aku, tadi dalam pukul 4.10 petang aku dah terima gambar konvokesyen aku. :e


Hadiah akhir tahun atau hadiah tahun baru sebenarnya? :brow ;)

Okay-lah. That's all. See you on next entry!. :h

Friday, 27 December 2013

24 Safar = 24 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ni 24 Safar 1435H genaplah usiaku 24 tahun. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi atas nikmat usia, kesihatan dan juga rezeki yang telah dilimpahkan buat diri ini. Alhamdulillah!


Sunday, 22 December 2013

Kejutan Manis

Assalamu'alaikum!


Entry kali nie nak cerita pasal dua kejutan manis yang aku terima dalam bulan Disember nie. ;)

1st, surprised from Kak Jilah & Abg Ibrahim
Me & Kak Jilah - Aidilfitri 2012

Rancangan awal untuk meraikan konvokesyen aku awal bulan aritu sebenarnya Kak Jilah dan Abg Ibrahim akan turut serta (dari Terengganu) ke Kedah pada 1hb tu. Tapi disebabkan Kak Jilah tak berapa sihat, mereka berdua tak jadi nak pergi.

Huhuhu :( Aku dah kecewalah jugak pagi tu sebab masa awal2 bertolak pagi tu, ada call Kak Jilah tanya jadi pergi ke tak. Tapi tak payah dengar jawapan direct, cukup dengar suara Kak Jilah aku dah tahu dah jawapannya apa. :c

Sampai kat homestay petang tu, aku ada SMS Kak Jilah, "Sedih tau sebab adik-beradik lelaki je yang dapat ikut. Tak ada pun adik-beradik perempuan yang ada sama2. Kak Nina pun sampai hari kejadian (3 Disember).", macam tu la lebih kurang ayat aku hantar kat Kak Jilah selain beritahu dah sampai.

But then, petang 2 Disember tu Kak Jilah call aku tanya kitorang semua kat mana? Kat umah (homestay) ada orang tak? - jgn ckp akak aku sorang nie dah ada kat UUM?!!! :o - Aku ngan family masa tu ada kat tapak pesta konvo. Lepas makan, anak2 sedara aku yang kecik2 comel2 tu nak main kat tempat permainan yang ada kat tapak pesta. So, kitorang sekeluarga lepak la kejap kat situ.

Kak Jilah suruh aku rahsiakan dulu dari yang lain2. Kak Jilah cakap konon nak buat surprised, tapi tak dapat la sebab kena call aku jugak untuk tanya jalan nak pi ke homestay kitorang tu. Hahahaha. Kejutan yang tak berapa menjadi! :P

Disebabkan 'rahsia', jadi aku memang tak beritahu kat family aku. Jenuh aku fikir untuk lengah2kan lagi masa kitorang kat tapak pesta konvo tu sementara Kak Jilah sampai. Sekali dah masuk dalam kereta, ready untuk balik, terlihat dua kelibat manusia yang dikenali sedang berjalan kaki ke arah kami. Hihihihi 8)

Bak kata Kang Iman lepas nampak Kak Jilah & Abg Ibrahim masa tu, "aku dah agak dah bila dengar Aishah tanya nak beritahu sape2 tak masa cakap kat phone tadi?". Ngeee :$

Aku masa tu??? Suka100x!!!! :e Hehehehe :O

on my convocation day!
******************************************************************************************************************

2nd, surprised from Kak Watie
Me & Kak Watie - Aidilfitri 2011M

Jumaat lepas masa aku tengah siapkan hidangan nak lunch lepas Bapak balik dari solat Jumaat, tetiba hp bunyi. Kak Watie calling... Rupa2nya call minta jemput kat bus stand kejap lagi sebab dah sampai Jementah.

Ececeh... Buat surprised pulak balik tak beritahu. ^_^ Aku pun kelam kabutlah jugak makan. Sebab Jementah-Segamat dah tak jauh sangat pun. Lepas makan, terus bersiap untuk pi jemput Kak Watie. 

But then, ada SMS masuk. Kak Watie mesej beritahu bas rosak. Baru je lepas Jementah. Pulak??? Lepas siap, aku pun memandulah ke jalan Segamat-Jementah bukan ke bus stand untuk jemput Kak Watie. ;) Hah, nie satu lagi kes nak buat kejutan, tapi tak menjadi! :P

Walaupun macam tu, aku tetap happy!! :L :h

Terima kasih buat Kak Jilah & Kak Watie untuk kejutan manis ini. :k
(tp lps nie nk wat surprised, biar la btl2 surprised ea. kih3 :O)

Sekian. Hehehe :r

Tuesday, 10 December 2013

Epilog Kembara di UUM

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, penantian selama 1 tahun 1 bulan dari tarikh hantar laporan praktikal telah pun berakhir pada minggu lepas.


3 Disember 2013 - Hari konvokesyen ku! :e

Aku kini secara rasminya ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian - Bachelor's Degree in Business Administration with Honors dari Universiti Utara Malaysia. 8)


Terima kasih buat seluruh ahli keluargaku yang menjadi tulang belakangku sepanjang kembaraku di bumi Sintok. :h

Terima kasih tak terhingga juga buat Bapak, Kak Nina sekeluarga, Kak Jilah sekeluarga, Kang Iman sekeluarga dan juga Kang Romzi sekeluarga yang dapat hadir untuk bersama-sama meraikan kejayaanku ini. :k


Tak dilupakan, terima kasih banyak buat kak Kiran & abg Zawawi sekeluarga yang sudah seperti keluargaku sendiri sepanjang 3 tahun aku di negeri jelapang padi ini. :$ Semoga hubungan kekeluargaan ini berterusan, in sha Allah! ^_^


Last but not least, buat sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan, terima kasih dan tahniah buat kalian! :party Ukhuwah fillah abadan abada <3

pra-konvo
pra-konvo
hari konvo!

Next, let's continue aiming for awesomeness! ;)



with love,
Siti Aishah binti Mat Angsar

Saturday, 14 September 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Bismillahirrahmannirrahim.

Hari ini, 23 tahun lalu - Aku dilahirkan ke dunia pada hari Jumaat keliwon jam 0040 bersamaan dengan 24 Safar 1411H.

Hari ini, 10 tahun lalu - Aku sudah punya handphone sendiri dengan menggunakan perkhidmatan Maxis. Kad sim tersebut masih kekal hingga ke hari ini dan ia dibeli bukan dengan harga RM5 atau RM10 seperti sekarang.

Hari ini, 9 tahun lalu - Aku mula mengenakan arm socks sebagai salah satu proses menutup aurat dengan lengkap.

Hari ini, 1 tahun lalu - Aku masih berpraktikal. Habis waktu pejabat, aku bergegas meninggalkan pejabat untuk bertemu Kak Watie di KLCC dan seterusnya bersama-sama menunggu bas di situ untuk pergi melawat Bapak di IJN.

Hari ini - Genap usiaku 23 tahun mengikut kalendar Masihi. Aku bersyukur atas nikmat usia yang Allah kurniakan kepadaku. Semoga usiaku yang telah lalu dan yang bakal bertambah ini diberkati dan diredhaiNya.

Tuesday, 10 September 2013

Diari 3 Hari

Bismillahirrahmannirrahim.

Sabtu, 7 September 2013

Bertolak ke Klang lepas solat Zohor (hampir pukul 3.00 jugak) bersama-sama Bapak, Kang Iman, Kak Sue dan pastinya si kenes Adam Aryan. 8) Sangat seronok tengok pemandangan langit lepas masuk highway nak ke Klang tu. Awan yang pelbagai rupa dengan cuaca kejap-kejap hujan, kejap-kejap ok kat beberapa kawasan. Sampai Klang, rumah Kak Nina lebih kurang pukul 6.30 petang. Jangan tanya kenapa lambat.


Ahad, 8 September 2013

Lepas Subuh aku dah get ready nak keluar dating. Hehehe :O Pukul 8.30 keluar, Abg Azmir hantar sampai KTM Klang. Dapat train pukul 9 tepat!
Sampai KL Sentral belum pun pukul 10 pagi. Finally, dapat jugak jumpa cik Yana after more than 4 months tak jumpa. Lepas rindu la konon. Ahaks! ;)

waiting for monorel @ KL Sentral

Lokasi dating kali nie ialah di Berjaya Times Square.
Dan seperti kebiasaannya bila kitorang dating, kitorang akan cari makanan dulu before mulakan sebarang aktiviti yang lain. :P

    

lunch @ The Chicken Rice Shop

Lepas isi perut, barulah kitorang teruskan misi utama dating kali nie iaitu memanah. 8) Hah, inilah hobi baru aku and the gang. ^_^ Jatuh cinta dengan archery lepas 1st time main kat i-City 5 bulan yang lepas. :L Sunnah kan, lagilah aku jatuh cinta berkali-kali. :$ I really recommend you should try it! :angel


my best score!


Dah sudah main tu, kitorang pi solat. Then baru pi jalan-jalan cuci mata kat dalam TS tu. Before balik, kitorang berdua pilih untuk makan aiskrim as a dessert. ;)


Plan asal sepatutnya aku balik ke Keramat Wangsa lepas dating. Tapi disebabkan tuan rumah follow 'beraya', maka aku kenalah tukar plan.
Dari KL Sentral, aku naik LRT pi Kelana Jaya untuk ke rumah Kak'A kat Sri Damansara. Punyalah lama tunggu bas kat LRT Kelana Jaya tu untuk ke Bandar Utama. Tu belum lagi nak tunggu bas dari Bandar Utama pulak (dlu time praktikal mcm nie jgk. Igtkn dah ade prubhn. Rupe2nye sme je)LastlyAbg Rahim and Haziq datang jemput kat stesen LRT.


Hah, kek kat atas tu sempena birthday Abg Rahim esok, 9 September. :) Doanya pulak untuk Hakim dan aku sekali - kitorang yang birthday bulan 9 nie.
Hakim, 4 September dan aku, 14 September. :party

Isnin, 9 September 2013


Bapak ada appointment kat IJN jam 2.20 petang. Lepas Zohor baru gerak dari rumah Kang Amir kat Keramat Wangsa. Nak dekat 2.30 petang jugak sampai IJN. Lepas daftar, Bapak diminta untuk pi satu bilik nie untuk periksa tekanan darah.
Sejam lepas tu baru dapat masuk jumpa doktor. xP
Jumpa doktornya tak sampai pun 10 minit. >.<

Selesai semua urusan kat IJN termasuk urusan pengambilan ubat, kitorang rombongan dari Segamat nie terus bertolak balik. Keluar IJN pukul 5 petang - waktu orang balik kerja. Jammed! :f Tapi kitorang tak balik Segamat terus. Balik Tangkak dulu. Sebab esoknya Kang Iman and Kak Sue kerja. Kalau balik Segamat terus, nanti lewat sangat pulak nak balik Tangkak. Dengan penatnya lagi kan. Sampai Tangkak belum pun pukul 8 malam. Singgah makan dulu before balik rumah.

Selasa, 10 September 2013


Masih di Tangkak. Petang nanti baru balik Segamat.
Sementara tu, siapkan entry nie! 8)

Sekian, wassalam. :h

Friday, 30 August 2013

3 Bulan Lagi

30 Ogos 2013 - 30 November 2013 : 3 bulan lagi

Ape bnda yg 3 bln lg tu? Knp dgn tarikh tu? Jeng! Jeng! Jeng!
Meh cnie aku bgtau ada apa dgn tarikh tu. Sila bce announcement kat bwh nie.

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

UUM ONLINE: SUKACITA dimaklumkan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-26 Universiti Utara Malaysia seperti berikut:

Tarikh : 30 November – 3 Disember 2013 (Sabtu – Selasa)
Tempat : Dewan Mu'adzam Shah, UUM


Hah, korang dah faham dah kan ape yg aku cube sampaikan..?? Bagus...! :tup

Huhuhu.. Punye lama nak tunggu konvo. Lbh dr setahun dari tarikh aku hntr report praktikal aku tau. :@ Aku hntr report 11 November 2012. Dan aku tak rse la aku dpt konvo pd hari pertama 30 November 2013 tu. Mgkn 2nd day, mgkn 3rd day, or mgkn jgk last day. :( (tapi klu dpt 1st day tu pun bgus jgk. alhamdulillah! ^_^)

Aritu, lps je kluar tarikh yg official nie, aku mmg jd down abes. D0k sms dgn member, dia ckp nak 'blk kg' naik flight bagai. Tp aku yg tgh down wktu tu, x rse excited lgsg. Smpi dia pun perasan and ckp, dia x prnh tgk aku sedown tu. Putus cinta pun x mcm nie! >.< (pernah putus cinta ke, aishah?? hehehe)

Bak kata member aku tu, "nie klu kawen, dah blh dpt anak sorang tau, sha. hahaha" :P Btl jgk kn? Murah rezeki, dah dpt ank sorang. Itu klu rezeki dpt sorang, klu rezeki dpt kembar?? Hah, x payah la den nk smbg ayt pnjg2.

Penantian tu satu penyeksaan tau! Huhuhu :~

Buat mse skrg, terus terang ckp, rse excited aku utk konvo mmg dah gone. Harap2nye akan dtg blk la rse tu. Yelah, nie la 1st time aku nk konvo kan. Dpt raikan ramai2 dgn keluarga and kawan2. Andai kata ade rezeki smbg bljr, konvo, mse tu mgkn dah x semeriah mcm konvo prgkt bachelor degree nie. :||

Pape pun, korang doa2kn la utk aku ea. Aku pun nak merasa pakai jubah konvo jgk!

(atau mgkn Allah nk bg aku pluang gunakn mse yg ada nie utk kawen dlu kot! :brow hahahaha.. xP)

Ok lah, see you all next time. Thanks sbb sudi bce aku mmbebel kali nie. :i

Wednesday, 28 August 2013

Majlis Selawat

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu. :)
Hari nie dah 21 Syawal 1434H.

Entry kali nie aku nak kongsikan sikit aktiviti aku dan keluarga pada hujung minggu lepas.

Pagi-pagi Sabtu, aku dan Bapak dah bersiap-siap nak bertolak pi Melaka untuk hadirkan diri dalam Majlis Malam Cinta Rasul - Melaka Berselawat kat Stadium Hang Tuah. Tepat jam 7.15 pagi, kami berdua memulakan perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah sebab dah janji dengan Kak'A sekeluarga untuk meet kat Petronas lepas plaza tol Ayer Keroh dalam pukul 9 pagi macam tu. Kena awal sebab lepas pukul 10 Abg Rahim dah kena pi stadium untuk sound-check and rehearsal semua. Jadi, lepas meet kat tempat yang dijanjikan, aku pun follow-lah ke Bandar Hilir untuk ke hotel penginapan kami sekeluarga.

Sampai-sampai kat hotel je, terus diajak untuk bersarapan. Hah, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal-lah waktu tu. :P Lepas sarapan, kami terus check-in. Dan yang menariknya bila masuk bilik, bukak tingkap, boleh nampak laut yang terbentang luas saujana mata memandang. I love it!!! :L

   

Lepas Asar, kami sekeluarga pun bersiap-siaplah untuk ke stadium. Maghrib di stadium. Lepas Isyak dan ketibaan tetamu VIP, barulah majlis bermula. Qasidah, burdah & tausiyah. ALLAH! <3 (gambar sekitar majlis, boleh klik link nie, MALAM CINTA RASUL - MELAKA BERSELAWAT) Hampir tengah malam jugak majlis selesai. Kami sekeluarga sampai kat hotel pun hampir 1 pagi. Masa untuk berehat. :)


Pagi Ahad tu, lepas sarapan kami pun check-out. Sebelum masing-masing balik ke tempat masing-masing - aku & Bapak balik Segamat, Kak Watie & Kak'A sekeluarga balik KL - kami singgah di Bukit Beruang dulu. Beraya kat rumah abang sepupu. Masih lagi dalam bulan Syawal kan. ;) Kami gerak balik dah nak dekat pukul 1. Aku dan Bapak sampai rumah lebih kurang pukul 2.45 petang. Alhamdulillah! ^_^

   


Siwo Watie & 'Aisyah Humaira

Sebagai penutup, aku nak zahirkan kesyukuran aku pada Illahi sebab dah pinjamkan semangat yang kuat dan hati yang tatak (cekal) untuk memandu ke Melaka, bawa Bapak untuk bersama-sama dalam Majlis Melaka Berselawat kali nie walaupun pada awalnya aku memang tak punya keyakinan untuk memandu jauh sebab selalu drive kat sekitar bandar Segamat je. :|| Ditambah pulak jalan Segamat-Tangkak yang macam ular kena palu tu, lagilah buat aku kecut perut nak drive. xP Tapi, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan-Nya. ^_^

"A journey of a thousand miles starts from the FIRST step." - indeed!
Aishah dah tak lagi takut-takut untuk tekan minyak! ;)

Sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang ya.
Salam kasih sayang dariku, Siti Aishah.

Wednesday, 21 August 2013

Corat-coret Lebaran 2013

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum. Salam lebaran buat semua. :)

Hari nie dah 14 Syawal 1434H. Dah 2 minggu Ramadhan pergi meninggalkan kita untuk tahun nie. Masihkah kita meneruskan amalan-amalan yang kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan yang lalu? Atau kita telah pun berhenti melakukannya? Sama-samalah kita muhasabah diri kita.

Baiklah, untuk entry kali nie semestinya aku nak kongsikan serba sedikit cerita riang ria raya aku bersama keluarga. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, pagi 1 Syawal kali nie aku tak amek tender isi kuih dalam bekas kuih untuk hidangan para tetamu. Kasik chance kat orang lain pulak yang buat kerja tu. ;) Dan alhamdulillah, tahun nie aku dapat pi solat sunat aidilfitri kat masjid jamek Kg.Jawa bersama-sama dua orang anak saudara aku - Hidayah dan Hazirah. Kami pi dengan satu kereta yang berasingan dengan yang lelaki. ^_^

Berbeza juga daripada tahun-tahun sebelumnya, lepas balik dari solat sunat hari raya, kami pi terjah dapur dulu pi cari makan. Hah, lepas makan barulah sesi bermaafan-maafan dimulakan. :h
Then, seharusnyalah sesi bergambar, kan?! 8) Ok, picture yang aku attach kat bawah nie adalah picture kegemaran aku untuk raya kali nie. :L

me and nephews - (from left) Hafiz, Hilman, Hakim, Haziq

Selesai sesi bergambar, kami sekeluarga gerak pi rumah Mbah - bapak arwah mak - kat Felda Medoi. Meriah sangat kat rumah Mbah sebab bibik2 dan paman2 semua balik beraya kat rumah Mbah tahun nie. Yang mana sepupu, yang mana anak buah pun dah jadi lebih kurang je waktu tu. Hah, masa tu lah baru sedar diri yang aku dah lama jadi SIWO rupa-rupanya. Al-maklum, setakat dengan adik-beradik sendiri, I'm always BIBIK. Ikut keluarga sebelah bapak pun, aku tetap BIBIK jugak. Keluarga sebelah arwah mak nie la baru boleh aku jadi SIWO. Hahahaha :P
(dah semakin tua aku ini nampaknya xP)


keluarga besar sebelah arwah mak

Habis kisah 1 Syawal.
Next, kisah malam 4 Syawal (Sabtu malam Ahad). Atas permintaan anak-anak, alhamdulillah, berjaya jugak diadakan majlis selawat secara kecil-kecilan kat rumah pada malam tu. Dimulakan dengan tahlil ringkas khusus buat arwah mak lepas solat Maghrib, yang kemudian disusuli solat Isyak berjemaah dan seterusnya bacaan serta alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


fokus pada Muhammad Bunyamin


Itulah sedikit perkongsian aku sempena lebaran tahun nie. Dan dikesempatan yang ada, aku ingin memohon ampun maaf zahir batin dari semua seandainya ada salah silap yang aku lakukan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi di entry akan datang, ya. :d

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! ^_^

Tuesday, 9 July 2013

9 Julai - Hari Pertama Berpraktikal

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum wbt :)

Seperti yang telah aku janjikan dalam entry sebelum nie, entry kali nie aku nak kongsikan sikit pengalaman aku berpraktikal kat Persatuan Remisier tahun lepas.

9 Julai 2012 - Hari pertama aku berpraktikal. Beberapa hari sebelumnya, penyelia tempat kerja dah ada call beritahu yang aku boleh datang lapor diri pukul 11 pagi. Dia saja bagi masa lewat sikit sebab faham je kot2 ada yang sesat tak jumpa jalan ke kan. Hihihi ^_^

Aku pulak, punyalah dedikasinya, pukul 9 lebih dah sampai office 8) Hah, apsal aku sampai awal sangat tu? Aku follow nasihat akak aku yang suruh pi awal. Sebab hasil pengalaman kami berdua yang dah pi survey beberapa hari sebelumnya, sangatlah lama tunggu bas kat KLCC tu untuk pi Jalan Tun Razak. Berdiri, duduk, berdiri lagi, duduk lagi, dan berdiri lagi. Penat tunggu! xP Walaupun aku sampai awal, aku tak terus pi lapor diri pun. Aku duduk tenangkan diri dulu kat kafe. Nervous! :ice Lagipun, dah kata lapor diri pukul 11 kan, pukul 11 lah baru aku pi lapor diri 8| Hehehe :D

Pukul 11 pagi aku masuk lapor diri. Masa tu tinggal seorang je lagi yang belum sampai untuk lapor diri. Actually, student UUM yang bakal berpraktikal kat situ ada 4 orang termasuk aku. Tapi dalam 4 orang tu, aku seorang je perempuan. Tak best betul! :|| Then, disebabkan aku praktikal kat Persatuan, office pun just satu bilik kecik yang boleh muat 4 meja kerja, so lepas taklimat ringkas, kitorang pun diagih2kan ikut ahli yang ada. Lepas tu kitorang semua gerak pi kafe untuk lunch ramai2.

Lepas lunch kitorang berempat 'melepak' tengok market sementara tunggu penyelia masing2 bawak balik office masing2. Lepas 'melepak' tu, barulah aku dihantar ke office penyelia aku (dihantar - sebab penyelia aku tak join taklimat pagi tu), dekat sangat dengan KLCC, seberang jalan je ;) Kerja pertama aku kena buat hari tu sebelum dapat balik adalah cop borang2 dan dokumen2 perjanjian yang perlukan sign penyelia aku. Then, baru boleh balik :P

market

Aku bersyukur sangat sebab aku dapat tempat kerja yang dekat. Means dekat dengan KLCC. Sebab perjalanan aku jadi mudah - naik bas dari rumah abang, then naik LRT and berhenti kat stesen KLCC, pastu jalan kaki pi office ^_^
*Jadi, jgn pelik kalau aku cakap aku rindu KLCC. Mana taknye, hari2 lalu kat situ pergi-balik kerja selama 4 bulan. Kdg2 tu waktu lunch pi la beli makanan kat situ :L

Antara pengalaman yang paling tak boleh aku lupakan adalah masa penyelia aku pi holiday kat Korea selama seminggu! >.< Aku diberi kepercayaan untuk uruskan IPO baru yang bakal masuk dalam senarai Bursa Saham Malaysia. Walaupun bukanlah dari A-Z aku kena buat sendiri, tapi lebih kurang G-Z jugaklah yang aku kena buat. :~ Kena jawab soalan2 daripada klien pasal unit2 saham diorang and pasal bayaran pembelian saham tu semua, kena make sure semua dokumen yang diperlukan untuk perjanjian lengkap, dan segala yang berkaitanlah. Hari pertama tu memang beberapa kali jugaklah aku call akak kat HQ tanya apa yang patut. Hari kedua tu dah ok sikit dah. Sampai akak kat HQ pulak yang call aku, tanya ada masalah ke tak. Hihihi ;) Alhamdulillah, aku berjaya lalui tempoh mencabar tu. Dan walupun tengah bercuti, penyelia aku tetap guide aku untuk buat semua tu :) Terima kasih sangat2 kat akak berdua! :k
*Untuk makluman, aku kerja berdua je dengan akak supervisor aku tu. Dia remisier. Bila aku masuk praktikal kat situ, aku jadi pembantu dia la, pembantu remisier (perasan!). Sbb tu bila dia takde, aku yg kena buat sorang2.

Yang menariknya masa aku praktikal nie, buat pertama kalinya ada orang panggil aku dengan panggilan Siti. Hehehe :D Ada seorang brother (Indian) kat Capital Department nie panggil aku Siti. Mungkin sebab awal2 dulu aku kenalkan diri as Siti Aishah kan, so dia captured yang Siti jelah kot ;) Tiap kali dia call suruh ambil cheque, memang akan keluarlah nama Siti tu :) Pape pun, aku nak berterima kasih jugaklah kat brother tu and akak2 (2 Malay & 1 Chinese) kat Capital Department tu atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang aku praktikal kat situ.
*Knp diorg br4 je? Sebab kat department tu, dengan diorang br4 je yg selalu aku berurusan.

Eh2! Dah panjang jugak perkongsian aku nie. Rasanya cukuplah setakat tu je kan. Walaupun kerja yang aku lakukan hari2 hampir sama je sepanjang 4 bulan tu, tapi aku tetap bersyukur dan gembira  dengan ilmu dan pengalaman yang aku dapat. Saham - salah satu perkara yang aku tak minat, tapi akhirnya aku menimba pengalaman daripadanya dengan berpraktikal di broker saham.

Dan bercakap pasal saham, marilah kita sama2 menambah saham kita di akhirat dengan mempertingkatkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan yang akan datang nie. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia. Ampun dan maaf atas salah silap ku. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan dalam bulan Ramadhan yang mulia. Sekian, wassalam.


Monday, 24 June 2013

24 Jun - Setahun Berlalu

Bismillahirrahmannirrahim. Salam Nisfu Syaaban!
Apa khabar semua? Semoga sihat2 saja hendaknya.

24 Jun - Pada tarikh ini setahun yang lepas, pagi-pagi lagi aku dah berkemas-kemas dan bersiap-siap untuk meninggalkan UUM. Hari terakhir aku di UUM, sebelum aku mula berpraktikal di KL pada bulan Julai nanti.

Bapak, Kang Amir, Kang Iman, Kak Sue dan Adam Aryan telah pun sampai semalamnya dari KL dengan dua buah kereta dan menginap di University Inn. Kak Watie yang telah pun sampai beberapa hari sebelumnya juga sibuk membantu aku mengemas. Jangan sampai ada barang penting yang tertinggal! Selesai urusan memunggah barang ke dalam kereta, aku pun berpamitanlah dengan Kak Melly, roommate ku dan sahabat-sahabat yang masih belum pulang kerana masih ada lagi exam yang perlu diduduki. Setelah itu, aku terus ke Pejabat DPP Tradewinds untuk urusan pemulangan kunci dan proses daftar keluar.

Kami sekeluarga seterusnya bergerak ke rumah Kak Kiran di Taman Teja, Changlun. Kak Kiran dah pesan awal-awal, agar kami bersarapan di rumahnya sebelum berangkat pulang. Baik sungguh Kak Kiran sekeluarga. Kehadiran mereka membuatkan aku rasa tak pernah jauh dari keluarga sepanjang tiga tahun pengajianku di UUM. Kami dijamu dengan nasi kerabu special pagi itu. Selepas beberapa ketika di rumah Kak Kiran, kami meminta diri untuk pulang. Nak berjalan-jalan dulu ke Padang Besar sebelum berangkat pulang ke KL.

Dan sebenarnya, perbualan di dalam kereta antara Kang Iman dan Kak Sue sewaktu dalam perjalanan keluar dari DPP Tradewinds menuju pintu gerbang UUM itulah yang membawa aku untuk menulis dan berkongsi pengalaman singkat ini di sini.

"Aishah dah abes nie, nak keluar, balik kampung, takde sedih2, nangis pun. Happy, rileks je.", kata Kang Iman. Dan balas Kak Sue, "Mestilah happy. Dah abes belajar, takde nak stress2 dgn assignment semua lagi." (perbualan sebenar tak dapat ku ingati betul2 kerana aku sendiri hampir terlupa tentangnya. tapi begitulah isi perbualannya) Dan aku yang duduk di depan, di sebelah Kang Iman hanya mampu tersenyum dengan perasaan yang bermacam-macam.

Sungguh, perasaan aku ketika itu berbaur. Gembira, sedih, takut, semua ada. Gembira sebab aku hampir berjaya menamatkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda aku. Sedih untuk meninggalkan tempat ku menimba ilmu dan pengalaman selama tiga tahun dengan kawan-kawan yang selalu berada di sisi. Takut untuk menghadapi tempoh praktikal selama empat bulan akan datang. - Mampukah aku menempuh satu alam baru yang tak pernah aku lalui? Bolehkah aku lulus dan dapat A? Bagaimana kalau aku gagal dalam praktikal nanti? - Persoalan-persoalan itu benar-benar membuatkan aku 'cuak' dan hampir saja menyerah kalah.

Dengan kebesaran Illahi, alhamdulillah aku berjaya menjalani tempoh praktikal dengan jayanya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Dan hari ini aku boleh menulis di sini, bercerita tentangnya.

Tapi apa yang pasti, satu perkataan untuk menggambarkan perasaan ku pada hari ini setahun yang lepas ialah SAYU. Benar, aku terasa begitu sayu waktu tu. Cuma saja aku tak mampu untuk membiarkan airmata ku tumpah di hadapan ramai orang. Sebagaimana kenangan yang tercipta selama tiga tahun itu ku abadikan di dalam lubuk hati, begitu juga ingin ku pendamkan airmata ini jauh ke dasar hati. Biar saja senyuman dan kegembiraan mewakili diri.

Sampai di sini saja. Sebagai penutup, ingin ku laungkan ucapan TERIMA KASIH ku buat semua yang menyumbang kepada warna-warni kehidupan ku sepanjang aku berada di UUM, bergelar seorang penuntut jurusan pentadbiran perniagaan. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya. Amin!

*insyaAllah pengalaman berpraktikal akan ku kongsikan di entry akan datang

Saturday, 22 June 2013

Islam, Iman & Ehsan

Bismillahirrahmannirrahim.

Hadis sahih Muslim, daripada Abdullah bin Umar, katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:

Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda seperti orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorang pun daripada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan Nabi s.a.w.. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah. Dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya sendiri.

Dia berkata, "Wahai Muhammad, beritahu kepadaku mengenai Islam."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, mengerjakan puasa Ramadhan, membayar zakat, dan menunaikan ibadat haji jika mampu."

Lelaki itu berkata, "Kamu berkata benar."

Umar berkata: Tentu saja kami merasa hairan kepada orang itu, sebab dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkan (jawapan Rasulullah).

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan kepadaku mengenai iman."

Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, beriman kepada hari akhir dan juga kepada qadak qadar-Nya yang baik dan yang buruk."

Lelaki itu berkata, "Kamu telah berkata benar." Kemudian beliau menyambung, "Beritahukan kepada diriku mengenai ehsan."

Rasulullah bersabda, "Hendaknya kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak berasa melihat-Nya maka hendaklah kamu merasa dilihat oleh-Nya."

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat."

Rasulullah menjawab, "Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dibandingkan dengan yang bertanya."

Lelaki itu berkata, "Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya saja."

Rasulullah bersabda, "Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya, kalau kamu telah menyaksikan orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat, penggembala kambing saling berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi."

Umar berkata: Kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu beberapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku, "Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan?" Aku menjawab: Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalian semua."

Wallhu'alam.

Saturday, 4 May 2013

Pesta Buku 2013

Buku! Buku! Buku! :fire

Hah~! Kalau dalam entry sebelum nie aku ada kongsikan hasil tuaian BB1M aku, entry kali nie aku nak kongsikan hasil tuaian BB1M terakhir aku yang berbaki RM50 dan beberapa buah buku yang dapat aku beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL'13) yang berlangsung di PWTC. PBAKL'13 nie dah berlangsung dari 26 April 2013 yang lepas dan akan berlanjutan hingga esok, 5 Mei 2013 (hari mengundi).


Maksudnya aku ke KL lagilah!??? :brow Yup, KL! ^_^ Aku ke KL hari Isnin (29/4/2013) tu dengan follow Kang Romzi yang akan balik ke Klang setelah seminggu bercuti di kampung (jimat belanja beli tiket bas ke KL.. hehehe :D)


Disebabkan aku dah plan ke PBAKL'13 hari Rabu (1 Mei = cuti hari pekerja) dengan Kak Watie, maka hari Selasa tu aku ajak Hafiz teman aku pergi cc untuk download Running Man yang latest :e (cukupkn stok RM! :party).


Dan 1 Mei tu, keluarlah aku ke PBAKL'13 bersama-sama Kak Watie and Yana. :) Aku rasa sangat excited masa dah sampai kat PWTC tu. Yelah, dah berapa tahun kan tak pergi PBAKL, tu yang jadi excited lebih tu. :O Plus tak sabar nak dapatkan buku terakhir dalam senarai 'wanted' aku. ;)


Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah - akhirnya, aku dapat jugak buku yang aku nak nie kat booth Jasmin. xD Harga asal buku nie RM55, bila beli kat Pesta Buku jadi RM45. Aku nak bayar guna BB1M terakhir aku. Untuk tidak membiarkan baki RM5 BB1M burn begitu saja, aku pun belilah sekali buku Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra tu dengan tambahan cash RM11. :D


Lepas tu, aku dan Yana dah tak sabar-sabar nak ke booth Popular untuk dapatkan novel Biarkan YM Terus Berbicara karya Hanni Ramsul iaitu kesinambungan daripada novel Biarlah YM Berbicara. :e Mula-mula aku nak beli novel tu satu je, tapi rupanya Popular offer beli combo 3 buku (picture kat atas tu) dengan harga RM57 je, maka aku pun dengan senang hatilah membelinya. :P Hahaha!


Akhir sekali, atas bantuan Yana yang dah dulu-an pergi terjah booth Jemari Seni, aku berjaya beli novel Nama Atas Kertas nie! ;) Tak sure betul-betul best ke tak, tapi sinopsisnya dah cukup buatkan aku tertarik untuk masukkan novel nie dalam senarai 'wanted' masa aku sibuk-sibuk 'usha' buku yang nak dibeli lepas dapat BB1M aritu. Hihihi~ :)


Lepas je dapat buku-buku yang aku nak, aku dan Kak Watie pun bersesak-sesak la dengan orang ramai kat dalam PWTC tu untuk keluar dan seterusnya beredar menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Seriously, ramai betul orang hari tu! xP Sampai kat TBS, kitorang terus tuju kaunter tiket. Aku nak balik Segamat pulak! Disebabkan masa tu dah dekat pukul 1.30, aku decided beli tiket pukul 3.30 petang ke Segamat. Jadi sempatlah aku dan Kak Watie lunch and solat Zohor dulu. :||


Alhamdulillah, aku selamat sampai Segamat pukul 6.30 petang. Penat, tak payah cakaplah. Memang tersangatlah penat! Bapak tanya, aku nak drive ke? Aku cakap tak nak la. Kaki dah tak larat nak tekan pedal, dah terasa nak terbaring je hah. xP Pape pun, I'm happy sebab dikelilingi buku-buku yang banyak! :e Hehehe :r


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting