Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu. :)
Hari nie dah 21 Syawal 1434H.
Entry kali nie aku nak kongsikan sikit aktiviti aku dan keluarga pada hujung minggu lepas.
Pagi-pagi Sabtu, aku dan Bapak dah bersiap-siap nak bertolak pi Melaka untuk hadirkan diri dalam Majlis Malam Cinta Rasul - Melaka Berselawat kat Stadium Hang Tuah. Tepat jam 7.15 pagi, kami berdua memulakan perjalanan ke Melaka Bandaraya Bersejarah sebab dah janji dengan Kak'A sekeluarga untuk meet kat Petronas lepas plaza tol Ayer Keroh dalam pukul 9 pagi macam tu. Kena awal sebab lepas pukul 10 Abg Rahim dah kena pi stadium untuk sound-check and rehearsal semua. Jadi, lepas meet kat tempat yang dijanjikan, aku pun follow-lah ke Bandar Hilir untuk ke hotel penginapan kami sekeluarga.
Sampai-sampai kat hotel je, terus diajak untuk bersarapan. Hah, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal-lah waktu tu. :P Lepas sarapan, kami terus check-in. Dan yang menariknya bila masuk bilik, bukak tingkap, boleh nampak laut yang terbentang luas saujana mata memandang. I love it!!! :L
Lepas Asar, kami sekeluarga pun bersiap-siaplah untuk ke stadium. Maghrib di stadium. Lepas Isyak dan ketibaan tetamu VIP, barulah majlis bermula. Qasidah, burdah & tausiyah. ALLAH! <3 (gambar sekitar majlis, boleh klik link nie, MALAM CINTA RASUL - MELAKA BERSELAWAT) Hampir tengah malam jugak majlis selesai. Kami sekeluarga sampai kat hotel pun hampir 1 pagi. Masa untuk berehat. :)
Pagi Ahad tu, lepas sarapan kami pun check-out. Sebelum masing-masing balik ke tempat masing-masing - aku & Bapak balik Segamat, Kak Watie & Kak'A sekeluarga balik KL - kami singgah di Bukit Beruang dulu. Beraya kat rumah abang sepupu. Masih lagi dalam bulan Syawal kan. ;) Kami gerak balik dah nak dekat pukul 1. Aku dan Bapak sampai rumah lebih kurang pukul 2.45 petang. Alhamdulillah! ^_^
Siwo Watie & 'Aisyah Humaira |
Sebagai penutup, aku nak zahirkan kesyukuran aku pada Illahi sebab dah pinjamkan semangat yang kuat dan hati yang tatak (cekal) untuk memandu ke Melaka, bawa Bapak untuk bersama-sama dalam Majlis Melaka Berselawat kali nie walaupun pada awalnya aku memang tak punya keyakinan untuk memandu jauh sebab selalu drive kat sekitar bandar Segamat je. :|| Ditambah pulak jalan Segamat-Tangkak yang macam ular kena palu tu, lagilah buat aku kecut perut nak drive. xP Tapi, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan-Nya. ^_^
"A journey of a thousand miles starts from the FIRST step." - indeed!
Aishah dah tak lagi takut-takut untuk tekan minyak! ;)
Sehingga bertemu lagi di entry yang akan datang ya.
Salam kasih sayang dariku, Siti Aishah.
0 comments:
Post a Comment