Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum. Salam lebaran buat semua. :)
Hari nie dah 14 Syawal 1434H. Dah 2 minggu Ramadhan pergi meninggalkan kita untuk tahun nie. Masihkah kita meneruskan amalan-amalan yang kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan yang lalu? Atau kita telah pun berhenti melakukannya? Sama-samalah kita muhasabah diri kita.
Baiklah, untuk entry kali nie semestinya aku nak kongsikan serba sedikit cerita riang ria raya aku bersama keluarga. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, pagi 1 Syawal kali nie aku tak amek tender isi kuih dalam bekas kuih untuk hidangan para tetamu. Kasik chance kat orang lain pulak yang buat kerja tu. ;) Dan alhamdulillah, tahun nie aku dapat pi solat sunat aidilfitri kat masjid jamek Kg.Jawa bersama-sama dua orang anak saudara aku - Hidayah dan Hazirah. Kami pi dengan satu kereta yang berasingan dengan yang lelaki. ^_^
Berbeza juga daripada tahun-tahun sebelumnya, lepas balik dari solat sunat hari raya, kami pi terjah dapur dulu pi cari makan. Hah, lepas makan barulah sesi bermaafan-maafan dimulakan. :h Then, seharusnyalah sesi bergambar, kan?! 8) Ok, picture yang aku attach kat bawah nie adalah picture kegemaran aku untuk raya kali nie. :L
Berbeza juga daripada tahun-tahun sebelumnya, lepas balik dari solat sunat hari raya, kami pi terjah dapur dulu pi cari makan. Hah, lepas makan barulah sesi bermaafan-maafan dimulakan. :h Then, seharusnyalah sesi bergambar, kan?! 8) Ok, picture yang aku attach kat bawah nie adalah picture kegemaran aku untuk raya kali nie. :L
me and nephews - (from left) Hafiz, Hilman, Hakim, Haziq |
Selesai sesi bergambar, kami sekeluarga gerak pi rumah Mbah - bapak arwah mak - kat Felda Medoi. Meriah sangat kat rumah Mbah sebab bibik2 dan paman2 semua balik beraya kat rumah Mbah tahun nie. Yang mana sepupu, yang mana anak buah pun dah jadi lebih kurang je waktu tu. Hah, masa tu lah baru sedar diri yang aku dah lama jadi SIWO rupa-rupanya. Al-maklum, setakat dengan adik-beradik sendiri, I'm always BIBIK. Ikut keluarga sebelah bapak pun, aku tetap BIBIK jugak. Keluarga sebelah arwah mak nie la baru boleh aku jadi SIWO. Hahahaha :P
keluarga besar sebelah arwah mak |
Habis kisah 1 Syawal. Next, kisah malam 4 Syawal (Sabtu malam Ahad). Atas permintaan anak-anak, alhamdulillah, berjaya jugak diadakan majlis selawat secara kecil-kecilan kat rumah pada malam tu. Dimulakan dengan tahlil ringkas khusus buat arwah mak lepas solat Maghrib, yang kemudian disusuli solat Isyak berjemaah dan seterusnya bacaan serta alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
fokus pada Muhammad Bunyamin |
Itulah sedikit perkongsian aku sempena lebaran tahun nie. Dan dikesempatan yang ada, aku ingin memohon ampun maaf zahir batin dari semua seandainya ada salah silap yang aku lakukan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi di entry akan datang, ya. :d
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! ^_^
0 comments:
Post a Comment