Sunday, 14 April 2013

Pensel Warna ku

Assalamu'alaikum :b


Wah~! Dah lama jugak aku tak conteng2 kat blog aku nie ek. :||
Banyak benda nak dikongsi sebenarnya, tapi tak rajin nak online and hadap blog lama2. Hehehe :P
Pape pun, hari nie genap 271 bulan umur aku! :party Ngeee~ :$
Ok lah, meh start cerita meh. :)

Jumaat minggu lepas bersamaan 5 April 2013, aku ke KL untuk melaksanakan 1 misi penting. (cewwaahhh~ ape jelah yg pntg sgt tu kn? :P) Sebenarnya aku ke KL kali nie adalah bertujuan untuk nak pergi amek bekalan ubat bapak kat IJN. Walaupun tarikh amek ubat sebenarnya 12 April, tapi aku saja datang awal. Dah amek awal kan dah senang. ;) Kurang lebih, pukul 10 malam jugak aku sampai kat umah abang aku malam tu.

Esoknya aku keluar pi cari (beli) buku dengan kakak aku ke Jaya Jusco, Wangsa Maju. Macam mana aku boleh 'gagah' sangat nak beli buku, padahal duit nak beli topup pun tinggal ciput je!??? Meh sini aku bagitau. Actually aku baru je dapat BB1M hari Khamis sebelum pi KL tu. xD Alhamdulillah, tak lama aku tunggu. Tepat lepas seminggu aku hantar surat ke SAC, selamatlah BB1M tu dihantar sampai kat umah. :e Dan 3 naskhah buku kat bawah nie lah antara hasilnya setelah beberapa jam kat dalam MPH tu. ^_^

 [1 naskhah 'Indahnya Hidup Bersyariat' buat Kak Watie <3]

* * * * * * * * *


Hari Ahad pulak aku keluar dating dengan Yana and Ima ke i-City, Shah Alam. :O Untuk kitorang yang 'kaki posing underground' nie, Yana cadangkan kitorang pergi Art Trick Museum kat i-City tu. Fuhhh~! :f Penat posing kat dalam tu. xP


Yang menariknya dating kitorang kali nie adalah . . . . :o Jeng! Jeng! Jeng!


Kitorang bertiga cuba aktiviti baru iaitu memanah! 8) Mula-mula rasa macam banyak je 30 arrows setiap sorang. Tapi bila dah habis 30 tu, tak puas! :fire
[untuk tau kisah lanjut pasal date kitorang bertiga nie, boleh terjah blog Yana ye]

* * * * * * * * *


Dan picture kat bawah nie pulak adalah hasil tuaian BB1M aku kat Popular Book Co. Sampai je dari KL, and lepas je letak beg dalam kereta, aku terus ajak bapak pergi 1 Segamat Mall nak sambung borong buku. :L But, unfortunately buku yang aku cari tak ada stok kat Popular Segamat nie. Kalau nak jugak, kena pi Melaka atau Muar. >.< Mak aihhh~! Jauh tu!!! <\3
Kechiwa punya pasal, maka aku pun belilah 3 buah novel nie buat pengubat luka (alasan!) :P


Hahaha. Pape pun, baki baucer RM50 lagi tu aku nak simpan untuk beli buku yang aku nak tu. :D Tapi, nak cari kat mana ek?? :/ Di Pesta Buku Antarabangsa mungkin...? :brow InsyaAllah! ^_^

Sampai sini dulu ye. Sampai jumpa lagi. :h

Sunday, 24 March 2013

Kami 'Balik Kampung'!

Assalamu'alaikum! :)


Ahad! Ahad! Kuliah! Kuliah! Kuliah!
Hehehe ;) Tak tau kenapa, dalam 2, 3 minggu nie, aku rasa rindu sangat zaman bergelar siswi kat UUM! Rasanye kalau boleh, aku nak kembali berada kat sana, mengulang saat2 indah :d

Ok2, alang2 aku ada mood nak menulis nie kan, meh sini aku nak kongsi detik2 bahagia masa aku dan 2 orang lagi member aku 'balik kampung' untuk hantar laporan praktikal lebih 4 bulan lepas.

@ Stesen KTM Alor Setar ^_^

Kami bertiga - aku, Yana & Hawa - decided nak 'balik kampung' gunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 8) Yelah, selalu sangat dah balik naik bas. So, kali nie nak try naik train pulak. Kitorang pilih Kelas Superior Malam sebab nanti boleh baring, tidur sepanjang perjalanan malam tu :i Train kitorang berlepas dari KL Sentral pada 8/11/2012 jam 2120.

 


Dan sebagaimana yang tertulis kat tiket, kitorang sampai kat stesen KTM Alor Setar tepat jam 0716, 9/11/2012. :)

      

Kami sampai jugak kat UUM setelah sekian lama menunggu bas kat Shahab untuk perjalanan masuk ke UUM. :f Sampai2 je letak beg kat bilik and then terus pi serang kafe untuk lunch. Kesian Su sebab lama tunggu kitorang untuk lunch sama2. ;)

Petang tu pulak, lepas hujan reda, kami - aku, Yana, Hawa & Su - pakat ramai2 pi serang kafe DPP EON untuk makan chicken chop kat situ :party Dan seharusnya my ex-roommate, cik Ima pun ada sekali. :e

chicken chop - our dinner @ cafe DPP EON

Report dah siap, tinggal nak hantar je 11/11/2012. :L So, 10/11/2012 tu kitorang pun keluar la berjalan2 kat Changlun. ;) (Changlun jelah sebab plan A and plan B dah terpaksa cancel. :( Guna la backup plan akhirnye. :||)

Pape pun, alhamdulillah, sebab segala urusan berkaitan laporan praktikal dan yang lain2 dapat diselesaikan sepanjang kitorang kat sana. :D Terima kasih sangat2 buat Su dan roommatenye sebab sudi tumpangkan kitorang untuk menginap kat bilik diorang :L

Dan sebelum aku tamatkan entry nie (yg dah pnjg jgk aku brceloteh rupenye), aku secara peribadi rasa happy sangat sebab dapat jumpa dan kumpul balik ramai2 dengan member2 rapat aku selama 3 tahun aku kat UUM.

Selain tu, aku rasa bersyukur sangat sebab akhirnya aku dapat merasa naik train setelah sekian lama aku impikan. Kalau sebelum nie aku pernah kongsikan pengalaman dan perasaan aku dapat merasa naik flight dalam entry terbang di awan biru, kali nie aku kongsikan pengalaman dan perasaan naik train pulak. :o (wlupun x byk yg aku cter pasal tu kn.. :$ Hehehe :i)

Ok, sampai sini dulu. Sehingga bertemu lagi dalam entry2 akan datang. ;)
Wassalam :)


*entry pengubat rindu ;)


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting