Tuesday, 9 July 2013

9 Julai - Hari Pertama Berpraktikal

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum wbt :)

Seperti yang telah aku janjikan dalam entry sebelum nie, entry kali nie aku nak kongsikan sikit pengalaman aku berpraktikal kat Persatuan Remisier tahun lepas.

9 Julai 2012 - Hari pertama aku berpraktikal. Beberapa hari sebelumnya, penyelia tempat kerja dah ada call beritahu yang aku boleh datang lapor diri pukul 11 pagi. Dia saja bagi masa lewat sikit sebab faham je kot2 ada yang sesat tak jumpa jalan ke kan. Hihihi ^_^

Aku pulak, punyalah dedikasinya, pukul 9 lebih dah sampai office 8) Hah, apsal aku sampai awal sangat tu? Aku follow nasihat akak aku yang suruh pi awal. Sebab hasil pengalaman kami berdua yang dah pi survey beberapa hari sebelumnya, sangatlah lama tunggu bas kat KLCC tu untuk pi Jalan Tun Razak. Berdiri, duduk, berdiri lagi, duduk lagi, dan berdiri lagi. Penat tunggu! xP Walaupun aku sampai awal, aku tak terus pi lapor diri pun. Aku duduk tenangkan diri dulu kat kafe. Nervous! :ice Lagipun, dah kata lapor diri pukul 11 kan, pukul 11 lah baru aku pi lapor diri 8| Hehehe :D

Pukul 11 pagi aku masuk lapor diri. Masa tu tinggal seorang je lagi yang belum sampai untuk lapor diri. Actually, student UUM yang bakal berpraktikal kat situ ada 4 orang termasuk aku. Tapi dalam 4 orang tu, aku seorang je perempuan. Tak best betul! :|| Then, disebabkan aku praktikal kat Persatuan, office pun just satu bilik kecik yang boleh muat 4 meja kerja, so lepas taklimat ringkas, kitorang pun diagih2kan ikut ahli yang ada. Lepas tu kitorang semua gerak pi kafe untuk lunch ramai2.

Lepas lunch kitorang berempat 'melepak' tengok market sementara tunggu penyelia masing2 bawak balik office masing2. Lepas 'melepak' tu, barulah aku dihantar ke office penyelia aku (dihantar - sebab penyelia aku tak join taklimat pagi tu), dekat sangat dengan KLCC, seberang jalan je ;) Kerja pertama aku kena buat hari tu sebelum dapat balik adalah cop borang2 dan dokumen2 perjanjian yang perlukan sign penyelia aku. Then, baru boleh balik :P

market

Aku bersyukur sangat sebab aku dapat tempat kerja yang dekat. Means dekat dengan KLCC. Sebab perjalanan aku jadi mudah - naik bas dari rumah abang, then naik LRT and berhenti kat stesen KLCC, pastu jalan kaki pi office ^_^
*Jadi, jgn pelik kalau aku cakap aku rindu KLCC. Mana taknye, hari2 lalu kat situ pergi-balik kerja selama 4 bulan. Kdg2 tu waktu lunch pi la beli makanan kat situ :L

Antara pengalaman yang paling tak boleh aku lupakan adalah masa penyelia aku pi holiday kat Korea selama seminggu! >.< Aku diberi kepercayaan untuk uruskan IPO baru yang bakal masuk dalam senarai Bursa Saham Malaysia. Walaupun bukanlah dari A-Z aku kena buat sendiri, tapi lebih kurang G-Z jugaklah yang aku kena buat. :~ Kena jawab soalan2 daripada klien pasal unit2 saham diorang and pasal bayaran pembelian saham tu semua, kena make sure semua dokumen yang diperlukan untuk perjanjian lengkap, dan segala yang berkaitanlah. Hari pertama tu memang beberapa kali jugaklah aku call akak kat HQ tanya apa yang patut. Hari kedua tu dah ok sikit dah. Sampai akak kat HQ pulak yang call aku, tanya ada masalah ke tak. Hihihi ;) Alhamdulillah, aku berjaya lalui tempoh mencabar tu. Dan walupun tengah bercuti, penyelia aku tetap guide aku untuk buat semua tu :) Terima kasih sangat2 kat akak berdua! :k
*Untuk makluman, aku kerja berdua je dengan akak supervisor aku tu. Dia remisier. Bila aku masuk praktikal kat situ, aku jadi pembantu dia la, pembantu remisier (perasan!). Sbb tu bila dia takde, aku yg kena buat sorang2.

Yang menariknya masa aku praktikal nie, buat pertama kalinya ada orang panggil aku dengan panggilan Siti. Hehehe :D Ada seorang brother (Indian) kat Capital Department nie panggil aku Siti. Mungkin sebab awal2 dulu aku kenalkan diri as Siti Aishah kan, so dia captured yang Siti jelah kot ;) Tiap kali dia call suruh ambil cheque, memang akan keluarlah nama Siti tu :) Pape pun, aku nak berterima kasih jugaklah kat brother tu and akak2 (2 Malay & 1 Chinese) kat Capital Department tu atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang aku praktikal kat situ.
*Knp diorg br4 je? Sebab kat department tu, dengan diorang br4 je yg selalu aku berurusan.

Eh2! Dah panjang jugak perkongsian aku nie. Rasanya cukuplah setakat tu je kan. Walaupun kerja yang aku lakukan hari2 hampir sama je sepanjang 4 bulan tu, tapi aku tetap bersyukur dan gembira  dengan ilmu dan pengalaman yang aku dapat. Saham - salah satu perkara yang aku tak minat, tapi akhirnya aku menimba pengalaman daripadanya dengan berpraktikal di broker saham.

Dan bercakap pasal saham, marilah kita sama2 menambah saham kita di akhirat dengan mempertingkatkan ibadah kita dalam bulan Ramadhan yang akan datang nie. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia. Ampun dan maaf atas salah silap ku. Semoga kita sama2 beroleh keberkatan dalam bulan Ramadhan yang mulia. Sekian, wassalam.


Monday, 24 June 2013

24 Jun - Setahun Berlalu

Bismillahirrahmannirrahim. Salam Nisfu Syaaban!
Apa khabar semua? Semoga sihat2 saja hendaknya.

24 Jun - Pada tarikh ini setahun yang lepas, pagi-pagi lagi aku dah berkemas-kemas dan bersiap-siap untuk meninggalkan UUM. Hari terakhir aku di UUM, sebelum aku mula berpraktikal di KL pada bulan Julai nanti.

Bapak, Kang Amir, Kang Iman, Kak Sue dan Adam Aryan telah pun sampai semalamnya dari KL dengan dua buah kereta dan menginap di University Inn. Kak Watie yang telah pun sampai beberapa hari sebelumnya juga sibuk membantu aku mengemas. Jangan sampai ada barang penting yang tertinggal! Selesai urusan memunggah barang ke dalam kereta, aku pun berpamitanlah dengan Kak Melly, roommate ku dan sahabat-sahabat yang masih belum pulang kerana masih ada lagi exam yang perlu diduduki. Setelah itu, aku terus ke Pejabat DPP Tradewinds untuk urusan pemulangan kunci dan proses daftar keluar.

Kami sekeluarga seterusnya bergerak ke rumah Kak Kiran di Taman Teja, Changlun. Kak Kiran dah pesan awal-awal, agar kami bersarapan di rumahnya sebelum berangkat pulang. Baik sungguh Kak Kiran sekeluarga. Kehadiran mereka membuatkan aku rasa tak pernah jauh dari keluarga sepanjang tiga tahun pengajianku di UUM. Kami dijamu dengan nasi kerabu special pagi itu. Selepas beberapa ketika di rumah Kak Kiran, kami meminta diri untuk pulang. Nak berjalan-jalan dulu ke Padang Besar sebelum berangkat pulang ke KL.

Dan sebenarnya, perbualan di dalam kereta antara Kang Iman dan Kak Sue sewaktu dalam perjalanan keluar dari DPP Tradewinds menuju pintu gerbang UUM itulah yang membawa aku untuk menulis dan berkongsi pengalaman singkat ini di sini.

"Aishah dah abes nie, nak keluar, balik kampung, takde sedih2, nangis pun. Happy, rileks je.", kata Kang Iman. Dan balas Kak Sue, "Mestilah happy. Dah abes belajar, takde nak stress2 dgn assignment semua lagi." (perbualan sebenar tak dapat ku ingati betul2 kerana aku sendiri hampir terlupa tentangnya. tapi begitulah isi perbualannya) Dan aku yang duduk di depan, di sebelah Kang Iman hanya mampu tersenyum dengan perasaan yang bermacam-macam.

Sungguh, perasaan aku ketika itu berbaur. Gembira, sedih, takut, semua ada. Gembira sebab aku hampir berjaya menamatkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda aku. Sedih untuk meninggalkan tempat ku menimba ilmu dan pengalaman selama tiga tahun dengan kawan-kawan yang selalu berada di sisi. Takut untuk menghadapi tempoh praktikal selama empat bulan akan datang. - Mampukah aku menempuh satu alam baru yang tak pernah aku lalui? Bolehkah aku lulus dan dapat A? Bagaimana kalau aku gagal dalam praktikal nanti? - Persoalan-persoalan itu benar-benar membuatkan aku 'cuak' dan hampir saja menyerah kalah.

Dengan kebesaran Illahi, alhamdulillah aku berjaya menjalani tempoh praktikal dengan jayanya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Dan hari ini aku boleh menulis di sini, bercerita tentangnya.

Tapi apa yang pasti, satu perkataan untuk menggambarkan perasaan ku pada hari ini setahun yang lepas ialah SAYU. Benar, aku terasa begitu sayu waktu tu. Cuma saja aku tak mampu untuk membiarkan airmata ku tumpah di hadapan ramai orang. Sebagaimana kenangan yang tercipta selama tiga tahun itu ku abadikan di dalam lubuk hati, begitu juga ingin ku pendamkan airmata ini jauh ke dasar hati. Biar saja senyuman dan kegembiraan mewakili diri.

Sampai di sini saja. Sebagai penutup, ingin ku laungkan ucapan TERIMA KASIH ku buat semua yang menyumbang kepada warna-warni kehidupan ku sepanjang aku berada di UUM, bergelar seorang penuntut jurusan pentadbiran perniagaan. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya. Amin!

*insyaAllah pengalaman berpraktikal akan ku kongsikan di entry akan datang


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting