Sunday, 11 December 2011

Pengalaman

Assalamu'alaikum...
Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat n ceria2 selalu ^__^

Alhamdulillah, tghri td selesai urusan pndaftaran praktikum (praktikal) aku yg insyaAllah akan ku jalani brmula Julai 2012 depan. Dan petang td plk dah selamat buat presentation subjek 'Etika Perniagaan Islam & Tanggungjawab Sosial'. Member aku ckp x nmpk pun aku nervous, tp hakikatnye dah sejuk giler dah tgn aku waktu tu. Pdhal bukannye x biasa dok dlm air-cond. Huhuhu

Ada 2 bnda aku nk kongsikan kali nie. Yelah, arinie je bru sempat nk mlawat blog aku nie. Agak busy lps blk dr UKM lbh 2 mggu lps.

Firstly, alhamdulillah program aku, 'Semarak Impian' berjalan dgn lancar dan jayanya. Apa ke bnda plk program 'Semarak Impian' tu ek? Program nie brbentuk ceramah motivasi sbnrnya. Khas utk adik2 semester 1 kat kolej kediaman aku yg aku tggl skrg. Program tu brlangsung pd 2 Disember yg lps. Pengalaman pertama jd pengarah projek. Cuak tuu! Selama nie jd ajk bawahan je. Tiba2 dah sem 5 nie, dilamar utk jd pengarah plk. Mmg igt nk tolak mula2 tu, tp bila fikir2 blk, nak cuba lah! Yelah, pasnie blm tntu ada lg pluang yg serupa dtg lg kan? Selain tu, boleh bljr n tmbh ilmu.


Aha! Knp plk smpi 4 nma program kan? Sbnrnya ada 4 program yg brlgsg serentak dlm satu hari tu. Program aku start dari pukul 2.30 smpi la pukul 4.30 ptg. Alhamdulillah, ceramah yg dsampaikn Ustaz Yusnaidi ptg tu rsenye mncapai objektif program. Lps abes program aku, dsambung plk dgn majlis perasmian penutup program 'Jejak Tradewinds'.

Mira, Sha, Yana & Wani

Ok, abes citer pasal program. Nie nk citer pasal yg lain plk. Jumaat lps brsamaan 9 Disember 2011, aku ngan member aku kluar pi Changlun. Beli brg ckit. Dlm perjalanan kitorg dlm bas nak ke Changlun tu, ada la sekumpulan aweks Arab naik. Diorg duduk betul2 kat blkg aku ngan member aku tu. Dari sejak diorg mlangkahkn kaki naik bas tu, brcakap x brhenti. Siap nyanyi2 bagai. Bukan takat satu lagu, 3, 4, 5 lagu skli diorg karok. Buat bas tu mcm bas sndri je. Adesss~~ #__# Dan, lega sgt bila kitorg turun kat Changlun tu. Klu kitorg terus ke Jitra or Alor Setar tu, sure aku dah pindah tmpt dah +_+ hmmm...

Hah, itulah serba sdikit citer aku spnjg 2 mggu nie. Byk lg sbnrnye, cuma x larat nk taip pnjg2. Lgpun pasnie nk siapkn assignment ngan sediakn apa2 yg patut utk AGM SPR UUM next week. Siap awal kn dah senang. Blh buat keje lain plk. Betul x??? ~__^ Sehingga bertemu lagi! ;D

Wednesday, 7 December 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat

Assalamu'alaikum! ^_^

Entry kali nie aku tulis khas sempena birthday bff aku. Mal, happy birthday my dear friend. Sayang kau! Semoga ukhuwah yg terjalin antara kita akan terus berpanjangan. Terima kasih atas sokongan dan nasihat yg kau kongsikan kat aku selama kita berkawan nie. Walau aku terasa berat sangat masa nak berpisah dgn kau dlu, tapi sekarang aku dah sedar yg semua tu adalah sesuatu yg mmg perlu utk aku pelajari, yg perlu aku lalui dlm kehidupan nie.

Nur Amalina binti Ahmad Kastalani






kau pamerkan senyuman mesra
keletah manjamu menarik hati
membuat aku begitu ingin mengenalimu

syukur alhamdulillah
aku berjaya untuk mendekatimu
kau sungguh istimewa rupanya

ada satu macam perasaan dalam diriku terhadapmu
seakan-akan menarik aku untuk lebih mengenalimu

tangan ku hulurkan sebagai permulaan hubungan
kau menyambut huluran salam itu dengan penuh kerelaan
bibit-bibit kemesraan antara kita semakin berkembang
kita sulam hubungan ini dengan benang kejujuran
kau dan aku... kita bersama
di mana ada kau, di situ ada aku
begitu juga sebaliknya
kita sudah diibaratkan seperti isi dengan kuku
walaupun ada mata yang tak senang dengan hubungan ini
kita tetap tabah menghadapinya
kerana kau dan aku percaya
setiap cabaran yang melanda pasti ada hikmah disebaliknya

akan tetapi, perpisahan tetap kunjung tiba
untuk menguji sejauh mana teguhnya ikatan yang kita telah simpul bersama
kau tinggalkan aku sendirian di sini
tapi aku tahu, bukan itu maksud sebenarmu

aku lepaskanmu dengan seribu keazaman dalam diri
semoga dengan perpisahan ini
kita tetap terus tabah mengharungi hari akan datang
sekalung ucapan terima kasih aku rakamkan khas buatmu
untuk tempoh waktu yang singkat ini
moga kita akan bertemu suatu hari nanti
akan ku panjatkan kepada Illahi semoga harapan itu akan jadi nyata

oleh: Siti Aishah Mat Angsar, Majalah Sri Bentara 2006



belum pernah ku temui
sahabat sepertimu
suka duka silih berganti
onak duri ditempuhi
kau tetap bersamaku

akan ku lakar namamu
dalam setiap relung jasadku
segala kenangan yang telah kita bina
akan ku simpan di lubuk hati yang paling dalam
sejarah silam kita bersama
akan tetap ku kenang
tak mungkin ku lupakan

walau perpisahan ini amat pedih
akan ku telan kepahitannya
supaya sisa kemanisan itu tetap ku rasa

sekalung doa ku pohonkan kepada Illahi
semoga hubungan yang kita jalinkan ini
tetap kukuh, utuh dan sejati

semoga perpisahan ini
menjadi pembakar semangat
untuk kita terus berjuang...

SEMOGA BERJAYA...!!!

oleh: Siti Aishah Mat Angsar, Majalah Sri Bentara 2006




Sekali lagi, selamat hari ulang tahun kelahiran yg ke-21 tahun Mal [dah tua dah kwn aku sorg nieh! hehehe ;D] Semoga kau bahagia dan ceria2 selalu, sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan berada dlm rahmat kasih sayang-Nya. Amin!


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting