Saturday, 25 January 2014

Kembali Ke Sekolah!

Bismillahirrahmannirrahim.

"Salam sha.InsyaAllah esok akan ada surprise utk ko.Doa banyak2 ea."

Hah! Tu sms yang Mal hantar kat aku malam tadi. Gaya suruh doa banyak2 macam orang nak datang bawa rombongan meminang je. :P Hahaha.

Dan alhamdulillah, lebih kurang pukul 3.30 petang tadi Mal sekeluarga sampai. Then, boleh pulak cik kak nie ajak aku pi sekolah! Aku mula2 tu macam tak nak sebab arinie kan cuti. Bukan boleh jumpa cikgu2 pun. Tapi, bila fikir2 balik, bagus jugak cadangan nak pi melawat sekolah tu. Taklah segan sangat nak posing sebab takde orang. :e Hehehe :O

Dari kawasan letak kereta kat bahagian depan, kitorang berdua menapak pi blok paling belakang yang dekat dengan asrama. And of course bila dah sampai kat kelas kitorang masa form 3 dulu, mestilah kitorang nak masuk! Lagi2 bila Mal keluarkan ayat, "Sha, tempat kita dulu Sha." Hah, lagilah membuak2 rasa hati nak masuk kelas tu and duduk kat tempat duduk kitorang dulu. :L

3 KAA 1 - SMKDBDS - 2005

     

Setelah puas lepas rindu kat dalam kelas, barulah kitorang ronda2 keliling sekolah. Hah, kat bawah nie ada beberapa gambar yang boleh aku kongsikan.

~ biarlah foto berbicara ~






@ Taman Astakona SMKDBDS

Sedar tak sedar, dah lebih sedekad rupanya usia persahabatan kitorang nie. Ukhuwah fillah abadan abada, insyaAllah! :k Semoga redha Allah selalu mengiringi perjalanan kita di muka bumi ini. Amin! :h

...: <3 Sha & Mal <3 :...

with love,
Siti Aishah binti Mat Angsar
23 Rabi'ul Awal 1435H

Monday, 13 January 2014

Kisah Cinta

Bismillahirrahmannirrahim.

11 Januari 2014

Dating again! :e

Destinasi pilihan Yana untuk kitorang date kali nie ialah One Utama. Kenapa One Utama? Biarlah rahsia... Hehehe :D

Dari stesen LRT Taman Bahagia kitorang berdua naik teksi untuk ke One Utama. Bro teksi tu hantar kitorang kat pintu masuk yang dekat dengan Sri Pentas.

Masuk2 je bangunan One Utama tu, perkara pertama yang kitorang berdua cari ialah direktori. 8| Hahaha. Direktori tu penting ye kawan2 bila masuk shopping mall yang besar gedabak tu. :P And what are we looking for? We are looking for Pizza Hut... Hihihi. Macam biasalah kan, tiap kali keluar dating perut mesti mau penuh dulu before teruskan dengan sebarang aktiviti lepas tu. xD

Pizza Hut has been found! :party
TAPI, ada sesuatu kat sebelah Pizza Hut tu yang lebih menarik perhatian Yana! :L
Taraaa~ katak ijo! :tup
Bersungguh2 Yana posing dengan prince frog dia. Akakaka~ :P

Yana & her boyfriend??? Ahaks! :P

Dah sudah makan, kitorang pi surau dulu untuk solat Zohor sebab dah masuk waktu. Lepas solat barulah bermula sesi jelajah One Utama oleh kitorang berdua.

First, kitorang pi terjah U-Bowl. Aku ajak Yana main bowling sekali tapi dia tak nak pulak. Takut bola banyak masuk longkang katanya! :~ 
[Madam, sila tengok result saya nie. Teruk ok! Nie sebab banyak masuk longkang jugak la nie. Al-maklum, dah setahun lebih tak main bowling kan. Sepatutnya kamu join je saya main. Kita boleh sama2 buat rekod bola paling banyak masuk longkang. Hahaha]


Hentian kitorang yang seterusnya ialah MPH Bookstores sebab Yana cakap dia nak beli novel. Keluar je dari MPH kitorang decided nak balik sebab tak nak lewat sangat sampai rumah.

Seperti yang telah aku janjikan dengan Yana masa mula2 kitorang masuk One Utama tu, aku cakap aku akan pastikan untuk bawa dia keluar melalui pintu yang sama dengan yang kitorang masuk. Dan aku berjaya! :e
[Yana, sila belanja saya chicken chop dan tolong sediakan pingat ilmu, budi, bakti untuk saya ye! Hihihi]

Sha & Yana @ One Utama

12 Januari 2014

Memenuhi jemputan majlis pertunangan kat Taman Permata. :e

Jumpa Ima kat LRT Setiawangsa dalam pukul 10 lebih untuk gerak sama2 pi Taman Melati. Yana and her parents jemput kat LRT Taman Melati sebelum kami berlima sama2 pi majlis tu. Happy together! Wink3 ;)

.: <3 Ima, Sha, Yana - we trio together again <3 :.

Ucapan khas buat my lalink,
"Tahniah, Hawa! Semoga dipermudahkan urusan Hawa dan tunang dalam persiapan menempuh alam rumah tangga lepas nie. Jangan lupa sediakan kad jemputan VVIP untuk saya sempena majlis walimah kamu nanti ye." ;)


.: <3 amek berkat - congratz my dear lalink, Hawa Jalilah <3 :.


Dua gambar kat bawah nie pulak sempat disnap sementara tunggu ayah Yana amek kereta masa dah nak balik tu. Caption untuk dua gambar nie, 'kami di bawah pohon bamboo!'. Hihihi :$ Terima kasih buat mak and ayah Yana sebab sudi tumpangkan saya dan Ima. Nice to meet you both, pakcik and makcik. :)

        

with love,
Siti Aishah binti Mat Angsar

Wednesday, 1 January 2014

Azam Tahun Baru 2014



Selamat tahun baru 2014 buat semua! :party

Entry kali nie tersangatlah pendek sebab aku just nak share salah satu azam aku untuk tahun 2014 nie iaitu aku berazam untuk mengeratkan sillaturrahim! :h

Sekian. :P


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting