Saturday 14 April 2012

Anugerah Nasyeed.Com

Assalamu'alaikum wbt.


Alhamdulillah, mlm td brkesempatan utk mendengar dan menyaksikan Anugerah Nasyeed.Com yg bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur. Kali terakhir menjejakkan kaki di Dewan Muktamar kalau tak salah saya adalah pd 3 atau 4 atau 5 tahun yg lepas. Hadir utk menyaksikan mlm kemuncak Carta NMI atau Carta IKIM.FM, saya sendiri pun dah lupa [mcm dah tua sgt! hehehe]. Tp, mlm td saya tak berada pun kat Dewan Muktamar tu utk menyaksikan Anugerah Nasyeed.Com, saya sekadar berada di hadapan laptop saya, mendengarkan secara online menerusi Nasyid.FM pd jam 9 mlm dan seterusnya pd jam 10 mlm saya menonton siaran tertunda yg disiarkan di TV ALHIJRAH. Secara peribadinya, saya puji usaha murni pihak penganjur atas percubaan pertama menganjurkan Anugerah Nasyeed.Com ini yg telah di pengerusikan oleh Jef Hazimin dan Irma Hasmie.

Mlm td, dlm Anugerah Nasyeed.Com ini juga kita dapat saksikan kemunculan nama2 baru dlm industri nasyid di Malaysia seperti Ammar Hamdan, Varianz, Algebra, Asyraf, All One, Muadz, Du'a, R-IF dan Al Mawlid. Tak ketinggalan artis2 nasyid yg telah lama berada dlm industri seperti InteamRabbaniRaihanHijjazUNICMesticaFar EastDevoteesNowseeheartSaujanaUstaz Amal dan Ustaz Akhil Hayy.

Ok lah, saya tak nak ckp byk kat cnie sbb rasanya ramai jgk yg telah menyaksikan sendiri Anugerah Nasyeed.Com mlm td. Jd, dlm entry nie saya sekadar ingin berkongsi keputusan bg pemenang2 yg telah mendapat undian yg tertinggi oleh para pendengar.

Kategori Nasyeed Cinta
Lagu : Saat Lafaz Sakinah
Artis : Far East

Kategori Nasyeed Perjuangan
Lagu : Bebas Palestin

Kategori Nasyeed Sirah
Lagu : Sumayyah
Artis : Hijjaz

Kategori Nasyeed Amar
Lagu : Berjalan Tanpa Henti
Artis : Devotees

Kategori Nasyeed Munajat
Lagu : Menanti Di Barzakh
Artis : Far East

Kategori Nasyeed Selawat
Lagu : Binnabil Huda
Artis : UNIC

Seterusnya adalah keputusan pemenang bg kategori2 yg telah diadili oleh juri2 khas yg profesional dan berpengalaman dlm bidang masing2.

Anugerah Video Muzik Terbaik
Lagu : Pedoman
Artis : Nora featuring Voice of Ummi
Pengarah : Erama Creative Sdn Bhd

Anugerah Susunan Muzik Terbaik
Lagu : Dia Muhammad
Artis : Inteam
Penggubah : Along Exist

Anugerah Persembahan Vokal Terbaik
Lagu : Inikah Petanda
Artis : Rabbani featuring Mawi

Anugerah Lirik Terbaik
Lagu : Menanti Di Barzakh
Artis : Far East
Penulis Lirik : Ito Lara

Anugerah Lagu Terbaik
Lagu : Dia Muhammad
Artis : Inteam
Komposer : Frizdan

Antara yg menarik perhatian saya dlm Anugerah Nasyeed.Com ini selain drpd persembahan2 yg mantap drpd artis2 nasyid adalah rakaman ucapan dari penaung kehormat Anugerah Nasyeed.Com iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga anugerah khas iaitu Anugerah Khalifah Nasyeed.Com yg telah dianugerahkan kpd Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin.

Dan akhir sekali, kemuncak segala anugerah dlm Anugerah Nasyeed.Com adalah,

Anugerah Juara Carta
Lagu : Bebas Palestin

Ada yg tak puas hati ke dengan keputusan akhir Anugerah Nasyeed.Com nie? Bg saya, saya sangat senang dan berpuas hati melihat dan mengetahui keputusan nie [sbb keputusan nie mampu membuatkan saya tersenyum hingga ke saat akhir saya menyudahkan entry nie].

Akhir kata, sebelum saya tutup entry kali nie, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat para pemenang yg telah menggenggam trofi dlm Anugerah Nasyeed.Com kali ini (dan tak lupa buat Abg Rahim & Inteam, tahniah ye! - bkn bias, tp yg nie sbgi salah satu bentuk penghargaan dan sokongan buat keluarga sendiri - harap tak ada pihak yg berkecil hati - terima kasih kerana memahami). Dan buat semua penggiat nasyid tanahair, teruskan usaha kalian dlm menyampaikan mesej2 dakwah. Semoga usaha kalian dirahmati dan mendapat redhaNya. Amin!

Sehingga berjumpa lagi! Assalamu'alaikum wbt.

0 comments:

Post a Comment


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting