Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk timbul di sini
setelah agak lama tenggelam.
Ramadhan telah berlalu dan Syawal baru saja melabuhkan tirai. Kini bulan haji mengambil gilir. Kepada bakal-bakal jemaah haji, selamat berlepas ke tanah suci. Semoga selamat dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh berada di sana dan semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.
Ramadhan telah berlalu dan Syawal baru saja melabuhkan tirai. Kini bulan haji mengambil gilir. Kepada bakal-bakal jemaah haji, selamat berlepas ke tanah suci. Semoga selamat dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh berada di sana dan semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.
Turn off mood skema, turn on mood santai.
Majlis kenduri kahwin kembali memenuhi hujung minggu sejak
awal raya hari tu. Minggu ni Bapak tak ada jemputan kenduri kahwin, jadi
semalam aku balik rumah mentua sebab rasa macam dah lama sangat tak balik sana.
Balik lepas rindulah konon.
Hari ni aku menyibukkan diri aku dengan meng ikut Mak Abah
pi dua jemputan kahwin. Makan lauk rumah pengantin la kita. :party
Ada sesuatu yang menarik perhatian aku masa pi majlis tadi
dan aku suka! Aku suka bila ada seorang pakcik ni datang majlis kahwin dengan
berbaju melayu siap sampin. Al-kisahnya pakcik ni dari jemputan rumah terbuka
sempena raya dan lepas tu terus datang memenuhi undangan majlis kahwin. Pada orang
lain aku tak tahu, tapi pada aku itu menarik! Sebab seingat aku, aku belum
pernah ternampak dalam mana-mana majlis kahwin sebelum ni. Selalunya dalam
majlis kahwin yang biasa segak berbaju melayu selain pengantin yang nak akad
nikah, keluarga dan saudara mara ...dan juga pengapit. Tapi kali ni bila nampak
tetamu yang datang dengan berbaju melayu, aku yang semangat! Wahhh~!
Dan bercerita pasal semangat majlis kahwin ni, aku terasa
nak meluahkan rasa semangat aku.
Sejak dari kecik tak berapa nak kecik, aku memang suka tengok
majlis kahwin. Tapi bukan yang pergi ikut Bapak dan arwah Mak tu. Suka tengok
yang ada kat TV, kat majalah ke, kat surat khabar ke. Hah, yang macam tu. Boleh
berangan, “nanti majlis kahwin aku tema macam ni, pelamin nak macam tu, baju
pulak macam ni”, macam-macam. Paling suka tengok warna inai kat jari pengantin
perempuan.
Diakui dulu aku memang suka dan rasa nak buat majlis kahwin aku
secara besar-besaran, gah dan mewah. Terpengaruh dengan statement ‘wedding of the
year’. Tapi, alhamdulillah pengaruh ‘wedding
of the year’ tu semakin berkurangan seiring peningkatan usia, ditambah
dengan pendedahan yang ada dan ilmu yang dicedok sikit-sikit.
Alhamdulillah majlis kahwin aku hari tu berjalan seperti
yang diharapkan walaupun rasa macam masih ada ‘over’ sikit. Biasalah, semangat majlis kahwin namanya. Dikesempatan
ni aku mohon maaf andai ada kekurangan dalam majlis tu, ye.
Dan dengan semangat yang masih terbawa-bawa sampai sekarang,
kalau nak pi majlis kahwin (pi sendiri), aku akan cuba datang dekat-dekat waktu
ketibaan pengantin. Sebab aku suka nak tengok pengantin tu. Konon-kononnya aku
pun pengantin jugak. Ahaksss!
Baiklah, sekian untuk kali ini.
Semoga kasih, sayang, cinta dan rindu ini kerana Allah dan
berpanjangan hingga ke syurga.
“Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah”.