Thursday, 31 December 2015

Penutup Diari 2015


Bismillahirrahmannirrahim. 

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. 

Nampaknya tahun ni tak banyak entry yang sempat untuk dicatatkan di sini. Tapi tak apa, hari ni saya mengambil kesempatan di hari terakhir tahun 2015 untuk meluangkan masa di sini.

Saya kongsikan sedikit sekitar majlis bertandang pada hari Sabtu, 26 Disember 2015 yang lalu. Selepas lebih 8 bulan nikah dan kena jadi pengantin lagi sekali, agak-agak apa rasanya? Hahaha. Sukar untuk ku gambarkan dengan kata-kata.

bersama keluarga belah pengantin perempuan

bersama keluarga belah pengantin lelaki


Apa pun, sangat bersyukur majlis berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Jutaan terima kasih buat kedua belah keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga yang banyak membantu serta para tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Jazakallahu khairan jazak.


Saturday, 15 August 2015

Semangat Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk timbul di sini setelah agak lama tenggelam.

Ramadhan telah berlalu dan Syawal baru saja melabuhkan tirai. Kini bulan haji mengambil gilir. Kepada bakal-bakal jemaah haji, selamat berlepas ke tanah suci. Semoga selamat dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi. Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh berada di sana dan semoga beroleh haji yang mabrur. Amin.

Turn off mood skema, turn on mood santai.

Majlis kenduri kahwin kembali memenuhi hujung minggu sejak awal raya hari tu. Minggu ni Bapak tak ada jemputan kenduri kahwin, jadi semalam aku balik rumah mentua sebab rasa macam dah lama sangat tak balik sana. Balik lepas rindulah konon.

Hari ni aku menyibukkan diri aku dengan meng ikut Mak Abah pi dua jemputan kahwin. Makan lauk rumah pengantin la kita. :party

Ada sesuatu yang menarik perhatian aku masa pi majlis tadi dan aku suka! Aku suka bila ada seorang pakcik ni datang majlis kahwin dengan berbaju melayu siap sampin. Al-kisahnya pakcik ni dari jemputan rumah terbuka sempena raya dan lepas tu terus datang memenuhi undangan majlis kahwin. Pada orang lain aku tak tahu, tapi pada aku itu menarik! Sebab seingat aku, aku belum pernah ternampak dalam mana-mana majlis kahwin sebelum ni. Selalunya dalam majlis kahwin yang biasa segak berbaju melayu selain pengantin yang nak akad nikah, keluarga dan saudara mara ...dan juga pengapit. Tapi kali ni bila nampak tetamu yang datang dengan berbaju melayu, aku yang semangat! Wahhh~!

Dan bercerita pasal semangat majlis kahwin ni, aku terasa nak meluahkan rasa semangat aku.

Sejak dari kecik tak berapa nak kecik, aku memang suka tengok majlis kahwin. Tapi bukan yang pergi ikut Bapak dan arwah Mak tu. Suka tengok yang ada kat TV, kat majalah ke, kat surat khabar ke. Hah, yang macam tu. Boleh berangan, “nanti majlis kahwin aku tema macam ni, pelamin nak macam tu, baju pulak macam ni”, macam-macam. Paling suka tengok warna inai kat jari pengantin perempuan.

Diakui dulu aku memang suka dan rasa nak buat majlis kahwin aku secara besar-besaran, gah dan mewah. Terpengaruh dengan statement ‘wedding of the year’. Tapi, alhamdulillah pengaruh ‘wedding of the year’ tu semakin berkurangan seiring peningkatan usia, ditambah dengan pendedahan yang ada dan ilmu yang dicedok sikit-sikit.

Alhamdulillah majlis kahwin aku hari tu berjalan seperti yang diharapkan walaupun rasa macam masih ada ‘over’ sikit. Biasalah, semangat majlis kahwin namanya. Dikesempatan ni aku mohon maaf andai ada kekurangan dalam majlis tu, ye.

Dan dengan semangat yang masih terbawa-bawa sampai sekarang, kalau nak pi majlis kahwin (pi sendiri), aku akan cuba datang dekat-dekat waktu ketibaan pengantin. Sebab aku suka nak tengok pengantin tu. Konon-kononnya aku pun pengantin jugak. Ahaksss!

Baiklah, sekian untuk kali ini.


Semoga kasih, sayang, cinta dan rindu ini kerana Allah dan berpanjangan hingga ke syurga.

“Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah”.


Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting